Terpengaruh dengan beberapa video tutorial kat Facebook 😀😀Kak ana saja-saja try tanam daun bawang guna teknik mudah ya amat ni. Daun sup dan daun bawang ni memang banyak kegunaannya di rumah kami ni. Suka tabur dalam sup tak kiralah kadang-kadang sayur goreng atau telur dadar pun kak ana buh daun bawang dan daun sup.

Dulu masa tinggal di Ukay Perdana , kak ana tanam daun sup guna lebihan batang yang beli kat kedai acheh jer, tapi bila dah pindah sini mungkin faktor cuaca sini lebih panas dari Ukay yang atas bukit nun, kak ana try beberapa kali tanam daun sup dari batang tak berapa menjadi. Last-last beli pokok daun sup kat nurseri dan simpan. 


cara tanam daun bawang

Ini pertama kali projek tanam daun bawang, dan boleh senyum meleret dengan hasilnya. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya projek ladang daun bawang kak ana kome...😊😊 Lepas lah nak buat tabur atas menu masakan daun bawang segar. In Shaa Allah...

Cara tanam daun bawang 


Meh! Kak ana kongsikan dengan korang cara paling sempoi kak ana tanam daun bawang. Korang yang tinggal di rumah bertingkat pun boleh sahaja cuba kerana ia tak memerlukan ruang yang luas. Tanam dalam pasu sahaja, naa..


cara tanam daun bawang


Mula-mula pii pasaraya atau kedai runcit beli lah bawang besar. Elok kalau dapat yang dah tua sikit dah nampak ada pucuk dah nak naik tu. Kalau tak ada boleh je bawang besar biasa pun. Bawa balik potong bahagian atasnya seperti dalam gambar.

Cantas dalam 1/4 dari sebiji bawang bahagian atasnya, bahagian bawah yang ada akar tu. Isi kan pasu dengan medium tanam dan lembabkan terlebih dahulu. Letakkan separuh permukaan bawang besar ke dalam tanah dan biarkan permukaan atasnya terdedah macam dalam foto di atas. 


cara tanam daun bawang


Letakkan pada ruang yang ada cahaya matahari, macam kak ana buh di luar rumah atas para. Siram setiap hari dan In Shaa Allah selepas seminggu atau dua tiga hari dah mula nampak naik pucuk daun bawang. 

Ada yang lambat dan ada yang cepat naik pucuknya. Dan selepas sepuluh hari macam tu dah boleh tuai dah daun bawang korang nanti. 


cara tanam daun bawang

Hat tu kak ana dah cantas dan guna dalam masakan. Potong daun bawang dan In Shaa Allah ia akan naik tunas baharu untuk kegunaan akan datang. Selamat mencuba naa.. Seeloknya jangan buh pasu kat cucur air hujan sebab daun bawang ni lembut mudah patah.  Selamat mencuba... boleh dah tanam untuk puasa nanti ,petik-petik jer .. 

5 Comments

  1. Subur menghijau daun bawang K.Ana.
    Elok kemenjadiannya.

    ReplyDelete
  2. rajin ana segar daun bawangnya senang nk masak cekodok n apa saja

    ReplyDelete
  3. dah lama dana tak menanam daun bawang ni kak, sekarang kerajinan tak berapa ada

    ReplyDelete
  4. Sama projek kita Kak Ana :)
    Cuma saya sisihkan dari bawang guni tu, mana yg dah bertunas sy tanam. Yang belum tu, buat masak.
    Sejak tanam daun bawang ni, memang tak beli lagilah daun bawangnya...

    ReplyDelete
  5. Wahhh menjadi kak. Seronok tengok hasil tangan sendiri

    ReplyDelete