Dah masuk bulan Rejab ni, ramai antara kita mula ganti puasa atau pun melakukan puasa sunat Rejab, Alhamdulillah. Semoga kita semua akan di pertemukan dengan bulan penuh keberkatan Ramadan Kareem.. Aamiin. Banyak-banyak minta dengan Allah swt ,naa.. Kerana Allah swt suka pada hambaNya yang meminta padaNya .. 

Bila puasa ni antara juadah yang di gemari ketika nak berbuka pastilah yang sejuk-sejuk, manis-manis. Kak ana ke pasaraya dan beli lah se tin buah peach. Tak ada idea lagi nak buat apa, saja-saja beli buat stok kat rumah. Anak-anak ni kalau ada dessert memang suka sangat.


Resepi puding kastad buah peach

Resepi puding kastad buah peach 


Memandang kan ada tepung kastad dan susu cair, kak ana olahkannya terhasillah puding buah peach untuk menu buka puasa kami petang tu. Mudah sangat, kejap je nak buat resepi ni, meh kak ana kongsikan untuk korang semua cuba.. 

Bahan-bahan puding buah peach 

Resepi kak ana ni terbahagi kepada 3 bahagian puding kastad, sos susu cair dan buah peach.


BAHAN A UNTUK PUDING KASTAD :

8 cawan air,
3/4 cawan tepung jagung,
3/4 cawan tepung kastard.
1/2 tin susu pekat.

Larutkn dulu tepung² tu dengan air supaya tak berketul. Panas dengan api perlahan. Kacau jangan berhenti sampai gelegak jap. Tuang dalam acuan.. Sejukkan.


BAHAN B UNTUK KUAH :

1 cawan susu cair
tambah sikit susu pekat untuk rasa manis
dan air dari tin buah peach

Panaskan kejap tapi jangan sampai mengelegak. Sejukkan sebelum simpan dalam peti sejuk .
 
UNTUK HIDANGAN :

Potongkan puding, tuangkan kuah dan hidang bersama buah peach yang dipotong. Sedap sebagai sajian sejuk.  Sedia untuk dinikmati! Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.. 




2 Comments