Suami kak ana nii selalu layan food hunting Malaysia di Youtube. Ramai youtuber makan yang dia selalu follow untuk mengetahui tempat-tempat makan viral dan sedap yang ada di seluruh negara, khasnya di sekitar KL dan Selangor. Kalau kat tempat-tempat yang luar negeri Selangor tu , mungkin boleh terjah kalau kebetulan berada di sana nanti.

Cuma, kami tak berapa suka juga terjah ke tempat-tempat makan yang sedang viral, bukan apa selalunya terlalu ramai sampai nak beratur berjam-jam tu memang tidaklah bagi kami. Kadang-kadang kami save dulu, bila dah tak trending atau viral baru kami pii, biar lambat asalkan dapat makan dengan selesa.


Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari , Klang


Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari , Klang

Ahad lepas, suami cadang awal-awal lagi nak makan tengahari ke satu lagi lokasi makan yang agak viral suatu masa dahulu di Klang, Selangor ni sahaja. Tu pun selepas menonton video di youtube juga lah. Kami pun waze ke Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari , Klang . Kena letak Klang dalam waze tu sebab rupanya ada beberapa kedai makan dengan nama nasi kenduri kahwin ni.. nanti tersilap sampai pula , tapi tak apa lah janji dapat makan, cuma jauh dengan dekat sahaja lah isunya.. 


Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari Klang

Warong ni terletak kat tepi jalan sahaja dalam deretan khemah dengan dekorasi ala-ala majlis perkahwinan. Masa kami sampai tu agak awal, jadi tak lah ramai pengunjung, mudah je dapat tempat duduk yang di susun bawah khemah kuning ala-ala majlis kenduri kahwin dulu-dulu beralas meja plastik warna sedondon dengan khemah kuning. 

Siap ada bunga manggar, bunga telur sebagai dekorasi nya. Menu yang di sajikan adalah menu masakan kenduri kahwin. Ada pilihan nasi minyak atau nasi hujan panas pada hari yang kami maii nii. Tapi nasi hujan panas belum siap masak lagi, yang ada cuma nasi minyak. 


Warong nasi kenduri kahwin hari-hari, klang


Aneka lauk pauk di sajikan dalam bentuk hidangan buffet untuk korang pilih. Waktu tu tak ramai sangat yang beratur jadi sempatlah kak ana ambil beberapa keping foto untuk di kongsikan dengan pembaca blog kak ana nii...

Ada ayam masak merah, kari daging, kari kambing, rendang ayam, sambal jawa, pajeri, jelatah dan beberapa jenis lauk lagi. Memang mengambil sempena menu kenduri kahwin pilihan lauk pauk nya. Ada dalam set harga atau pun ala carte. 

Harga menu Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari , Klang


Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari , Klang

Harga menu dan set sangat berbaloi kan dan yang kami makan hari tu potongan isi ayamnya memang besar dan masih panas-panas lagi. Air minumannya ais sirap dan ais kosong adalah Percuma sahaja, nak refil pun boleh, Alhamdulillah...


Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari , Klang


Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari , Klang

Sedap ke menu masakan di Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari , Klang nii ? Tengahari tu kak ana makan nasi minyak, ayam masak merah dan kari kambing serta jelatah. Kari kambing ni ambil buh dalam pinggan harganya RM10. Kari kambing depa memang sedap, cukup lemak cukup rasa kuah karinya dan isi kambing pun di potong besar-besar, berbaloi sangat pada harga RM10. 

RM10 tu untuk kari kambing sahaja naa, tak termasuk nasi minyak dan ayam masak merah serta jelatah atau acar timun kerana set nasi minyak tu berharga cuma RM9 sahaja. Air free tau, murah lah kan.. 


Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari , Klang


Suami kak ana pula makan nasi minyak, sambal jawa, acar timun dan daging masak hitam. Set ni pula berharga RM10 sahaja sekali air sirap. Daging masak hitam tu sedap, kak ana suka dan kena pada selera kak ana sekeluarga. Lembut isi daging dan terasa perapan rempah ratus masakannya. 


Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari , Klang


Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari , Klang


Begitu juga dengan masakan ayam masak merah, isi ayam masih panas gorengannya dan sambal masak merah pun sesedap rasa. Sama lah macam korang makan ayam masak merah kat mana-mana kenduri kahwin. Set ayam masak merah dengan nasi dan acar timun pun cuma RM9 sahaja. 


Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari , Klang


Masa nak bayar lepas habis makan tu, Kak Long tanya lah kat cashier berapa harga aiskrim Malaysia yang comel-comel dalam box tepi ais sirap tu? Rupanya hat tu pun percuma, cashier tu suruh ambil sahaja berapa nak selagi ada stok. Kak Long ambillah 4 ketul sorang satu cukup lah kan, kita tinggalkan lah untuk pengunjung kemudian pula, jangan tamak naa.. 


Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari , Klang


Jadi kalau korang mengidam nak makan suasana majlis kenduri kahwin dan tak ada orang jemput ke majlis kahwin sebenar, pii laa ke Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari , Klang nii. Tu pun kalau dekat lah dengan lokasi korang... Cuma jangan pula ambil aneka lauk pauk macam kenduri kahwin sebab hat ni ampa kena bayar ikut lauk yang di ambil huhu :) Sat gii lupa lak ingat makan kenduri buh lauk macam-macam, sat sat pekedai datang ke meja kira mau terperanjat adoi.. 

Sambil makan tu ada lah lagu-lagu orang kahwin berkumandang. Ambil mood gitu, cuma tak ada pengantin dan pelamin sahaja lah kat sana, lain-lain meriah macam majlis kenduri kahwin dah.. 


Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari , Klang

Rezeki suami agaknya, lepas bayar dan borak dengan cashier tu dapat pula goodies bag berisi jajan. Tengok orang lain tak ada pula dapat sorang satu.. atau kak ana tak perasan kut. Untuk korang yang cadang nak try makan menu di Warong Nasi Kenduri Kahwin Hari-hari , ia terletak di Jalan Kempas, Klang. 

Tak jauh dari Meru dan kalau korang dari Puncak Alam pun tak berapa jauh dah. Dalam kawasan perkampungan Melayu. Kami datang dari Rawang, ikut Puncak Alam melalui Jalan Paip , korang waze sahaja mudah nak cari. Kalau ikut info di IG depa, buka setiap hari mulai jam 11 pagi kecuali hari Rabu, depa cuti. 

7 Comments

  1. kalau takde jemputan kahwin bolehlah singgah sini

    ReplyDelete
  2. Tu diaa…ingatkan lauk pauk je ala kenduri kawin, rupanya lengkap dengan dekorasinya. Memang terasa pergi makan kenduri. Teringin jugak saya nak pergi, maklumlah sejak pandemik belum pernah ke kenduri kawin.

    ReplyDelete
  3. wahhhh siap ada sambal goreng, aiskrim pun ada... kalau ada bubur memacam gaya musti best

    ReplyDelete
  4. kena try minggu ni..bulan puasa ada berniaga ke ptg?

    ReplyDelete
  5. Wah, meriah ni kak. Solusi juga bagi sesiapa yang rindu nak makan nasi orang kawin.. Boleh datang sini.

    ReplyDelete