MURAD Rapid Dark Spot Correcting Serum Langkah pemulihan wajah dari kesan pigmentasi dan dark spot
Mungkin ramai yang dah tahu dan mengenali rangkaian produk penjagaan kulit wajah wanita MURAD ni di pasaran tanahair. Kak ana telah mula mengenali brand MURAD ketika bekerja sambilan di salah sebuah mall di Kuala Lumpur sewaktu menunggu result STPM dahulu. Ini bermakna MURAD telah pun berada di pasaran negara sejak tahun 1990an lagi.
Dari pencarian di internet, ia di asaskan oleh Dr. Howard Murad pada tahun 1989 lagi , seorang dermatologist dan pharmascist dan merupakan brand penjagaan wajah klinikal yang mengenengahkan standard yang tinggi dalam penjagaan wajah wanita.
Murad amat menitik beratkan dalam menghasilkan rangkaian produk dengan bukti klinikal, diyakini selamat dan memenuhi standard piawaian dan bagaikan rawatan dari seorang doktor yang memberikan keberkesanan dan penjagaan penuh.
Hari ini kak ana nak memperkenalkan produk terbaharu dari MURAD iaitu Rapid Dark Spot Correcting Serum yang mampu memberikan solusi kepada masalah kebanyakan wanita meningkat usia waktu ini , pigmentasi dan kesan gelap ( dark spot ) . Kak ana sendiri mempunyai masalah pigmentasi sejak berusia 30 tahun lagi selepas melahirkan anak pertama.
Benarlah pepatah yang mengatakan mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Dahulu kak ana kurang menekankan penjagaan wajah, sekadar mencuci dan memakai pelembab sahaja. Kak ana waktu itu tidak memakai pelindung wajah atau sunblock dan kesannya hingga lah ke hari ini meninggalkan pigmentasi yang dah sebati pada wajah. Menyesal kan.. Jadi korang yang masih muda perlu ambil langkah penjagaan wajah yang betul, naa..
MURAD Rapid Dark Spot Correcting Serum
Dua minggu lepas kak ana mencuba sendiri dua produk MURAD yang di katakan boleh mengurangkan kesan pigmentasi dan dark spot pada wajah kak ana yang kian di telan usia ni. Tak salah mencuba kan, kalau tidak menghilangkan sekali pun, dapat mengurangkan pun dah memadai kerana ia dah terlalu lama.
MURAD Rapid Dark Spot Correcting Serum baharu ini adalah selamat dan bebas dari hydroquinone. Dikatakan dengan penggunaan serum secara intensif ia mampu merubah wajah lebih cerah dan berseri. Penyelidikan Dr. Murad dalam generasi baharu dengan formulasi bahan-bahan pencerahan yang di gunapakai dalam bidang dunia dermatologist.
Kita semua maklum bahawa apa sahaja jenis kulit dan tona wajah boleh sahaja mendapat kesan gelap dan pigmentasi malahan ianya proses normal apabila meningkat usia seperti kak ana sekarang. Di tambah pula dengan faktor-faktor persekitaran seperti pendedahan pada UV , melasma/cholasma sewaktu kehamilan, kondisi kulit wajah seperti jerawat, jeragat, kecederaan, parut dan sebagainya.
Menyedari ia masih belum terlambat untuk mencuba kak ana telah pun menggunakan sendiri MURAD Rapid Dark Spot Correcting Serum ini selama dua minggu dan ia mula nampak pudar dan kesan gelap kian cerah. Kak ana percaya ia merupakan proses yang mengambil masa untuk pulih dan perlukan penggunaan secara konsisten. Ia adalah jenama produk yang tidak menjanjikan pemulihan secara serta merta, kerana ia selamat dan tidak meninggalkan kesan buruk pada wajah.
Jangan mudah percaya pada pencerahan segera ini kerana ia adalah tidak selamat pada wajah kerana pakar dermatologist sering kali menasihati kita semua dalam isu ini. MURAD Rapid Dark Spot Correcting Serum memberikan kesan pemulihan yang tidak sama pada jenis masalah dan tona wajah wanita yang berbeza.
Ianya sesuai untuk semua jenis kulit sama ada normal, berminyak, kering atau kombinasi namun ia mengambil masa yang berbeza untuk nampak keberkesanannya mengikut juga tona warna wajah kita dan permasalahannya.
Cara penggunaan MURAD Rapid Dark Spot Correction Serum
Kak ana menggunakannya dua kali sehari, pagi dan malam selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka. Pamkan 1-2 kali dan sapu rata pada wajah, leher dan sekitarnya. Gunakan pelembab wajah. Untuk kesan penjagaan wajah yang lebih baik gunakan juga pelindung matahari atau sunscreen MURAD di waktu siang. Jangan ulang kesilapan kak ana naa..
Namun jika ia tidak sesuai atau menyebabkan kesan kegatalan dan kemerahan pada wajah, berhenti kan terus penggunaannya. Ini kerana jenis kulit dan sensitiviti setiap kita adalah berbeza.
Kesan penggunaan MURAD Rapid Dark Spot Correction Serum selepas 2 minggu
Seperti yang kak ana ceritta di awal entri ini tadi, mungkin kerana faktor usia dan kesan pigmentasi dan kegelapan kulit wajah yang dah terlalu lama bertapa , selepas dua minggu penggunaanya, kak ana masih belum mendapatkan hasil yang begitu drastik. Namun ia mula nampak pudar dan kecerahan di sekitar wajah itu jelas kelihatan bersih dari bintik-bintik hitam yang cemar.
Mungkin dengan penggunaan yang konsisten, dan mengambil masa ia dapat memberikan kesan yang lebih baik. Kena sabar lah kan.. Tetapi suka kak ana nyatakan kulit wajah terasa lembab dan lembut bila di sentuh. Kak ana juga mempunyai kulit wajah yang cerah semulajadi jadi tidaklah ketara kesan pencerahannya. Ingat jenis kulit kita berbeza, naa..
MURAD City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++
MURAD City Skin® Age Defense Broad Spectrum SPF 50 | PA++++ di formulasi kan untuk melindungi kulit wajah dari pelbagai kesan kerosakan sinaran UV dan UVB di siang hari dan sinar cahaya biru ( blue light ) dari skrin. Malahan ia membantu memberikan tona wajah yang sekata.
3 Comments
kolin pun suka kak...14 hari dah ada kesan elokkk
ReplyDeleteboleh cuba utk hilangkan cela pada wajah ni
ReplyDeleteRamai cakap produk Murad nie bagus kan Ana..
ReplyDelete