Kalau sebelum ni kak ana seronok bermain dengan koleksi pokok bunga petunia, namun akhirnya tewas juga bila koleksi pokok petunia kak ana gagal di selamatkan bila di serang bena. Habis kering satu persatu rosak daun-daunnya kemudian pupus dan mati. Sedih lah juga namun kita kena terima hakikat dunia ini tidak ada satu pun yang kekal selain Allah swt..


bunga vinca

Namun sebagai peminat dan pencinta keindahan ciptaanNya ini, mana mungkin kak ana akan mengalah. Kali ini , kak ana jatuh hati pula dengan keindahan pokok bunga vinca. Nampak sangat cantik juga kuntuman-kuntumannya yang kecil dan berwarna-warni.


Koleksi pokok bunga vinca 


bunga vinca


Seperti biasa, kak ana akan ke nursery Sungai Buloh area belakang Hospital Sungai Buloh nun. Kat sini banyak deretan nursery yang menjual pokok bunga vinca. Ada beberapa perbezaan harga dan jenis tanaman. Ada yang di jual dalam polybag , hat ni paling murah di jual pada harga RM5 sahaja. Kalau dah siap-siap dalam pasu dan saiz yang dah besar berbunga lebat pula ada di jual pada harga RM10 .


bunga vinca


Harga pokok bunga vinca 


Ada juga yang di jual pokok bunga vinca ni dalam pasu bergantung. Kalau di sesetengah nursery di sini ada yang di jual pada harga RM10 dan ada juga RM15. Sebab tu kena ronda-ronda dahulu di sekitar kawasan nursery kerana ada banyak nursery dan pada harga yang berbeza-beza. Kak ana pernah alami sendiri. Memang ada beza harga antara nursery di sini. 


bunga vinca


Memang pelbagai jenis warna-warni vinca yang ada di pasaran kini. Kalau di nursery yang selalu kak ana pii tu tak berapa banyak sangat variasi nya. Tapi kalau tengok di Shopee atau secara online memang banyak yang rare warna-warninya.


Warna-warna bunga vinca



bunga vinca


Pokok bunga vinca ni sebelum diperkenalkan benih dalam aneka warna warni yang baharu yang di semai secara hibrid , dahulu di kenali sebagai bunga tapak dara atau ada yang panggil bunga kemunting cina. Ianya tumbuh liar sahaja di kampung-kampung dahulu dengan warna ungu, pink dan putih dan satu titik putih di bahagian tengah nya. Waktu tu tak ada lah warna-warna yang cantik macam sekarang ni. 



bunga vinca merah


Beza sangat ketika tengah trending ni, terhasil secara hibrid aneka warna dengan titik bahagian tengah yang pelbagai memberikan rupa paras vinca yang sangat cantik. Cuma biasalah bila hasil benih hibrid ni ia tidak selasak pokok benih semulajadi. 

Ia memerlukan penjagaan juga dan kak ana tak pasti sama ada ia tahan pada sinaran cahaya matahari direct atau tidak. Jika pokok kemunting cina kampung dahulu tu memang meliar tumbuhnya di tengah matahari terik pun mampu bertahan.


bunga vinca


Dari pengamatan kak ana ketika berada di nursery Sungai Buloh, vinca yang di tanam dalam pasu di bawah cara tumbuhan nya berbeza dengan vinca yang di dalam pasu gantung. Di dalam pasu di bawah ia akan tumbuh tegak berdiri dan mulai rendang dengan dahan-dahan berbunga , tetapi bila di beli dalam pasu bergantung ia menjurai ke bawah pula. 


bunga vinca


Tips penjagaan pokok vinca 


Tips penjagaan bunga vinca ini kak ana ambil dari FB Nasuha Nursery dan kak ana sendiri pada waktu ini tidak lagi mengguna pakai sepenuhnya tip-tip yang di berikan. Kak ana kongsikan di sini mana lah tahu mungkin ada manfaatnya buat pencinta pokok vinca yang lain, naa...

TIPS PENJAGAAN UNTUK POKOK BUNGA VINCA :
.
1) Memerlukan cahaya matahari sepenuhnya. In which korang kena letak dekat luarlah. ( sebab ramai yang silap, ni suha nak bagitahu, pokok bunga memerlukan cahaya matahari sepenuhnya baru dia keluar pucuk baru and start berbunga, melainkan korang beli dekat Cameron, then it will be different storylah, hehehe.)
.
2) Tidak memerlukan air yang banyak, nak panas tapi air taknak banyak. Basically ni untuk semua pokok bunga yang jenis nak panas tapi air taknak banyak. Nak siram pokoko bunga ni, satu hari sekali cukup, in case kalau korang nak siram belah petang tu boleh, but first check dulu tanah dia, kalau lembab then tak payah siram, terlalu banyak air boleh lead to daun kekuningab, daun jadi sikit dan buruk akar.
.
3) Tanah : untuk pokok bunga jenis yang mcm vinca ni, disarankan menggunakan tanah pro ( tanah tanah organic). Tanah pro ni tanah 6 in 1 lah, in which tanah dia lagi ringan daripada tanah baja. Or korang boleh guna Cocopeat + perlite. And nak lagi lawa? Ni based on pengalaman sndiri. Suha guna peatmoss + perlite. Cepat gila dia membesar tau.
.
4) Baja : sebaik baiknya gunakan baja organic sahaja, kalau guna baja chemical ni terlalu panas and tak berapa nak sesuai dengan jenis pokok bunga yang nak panas tapi taknak air yang banyak. Baja organic contohnya , baja coffee, baja humus, tahi ayam dan sebagainya. TAPI, JANGAN GUNA BAJA TAHI KAMBING DAH. Hehheh. Sebab eventhough tahi kambing organic tapi dia panas and tak sesuai untuk pokok vinca ni. For suha, the best baja is baja humus, bila pakai tu, bunga akan jdi semakin banyak, kembang and lagi sihat.



cara penjagaan pokok bunga vinca

5) Baja nak lgi cantik, better gunakan seminggu sekali. Kalau nak 2/3 minggu sekali pun boleh. Depends on koranglah mcm mana.
.
6) Racun pulak, kadang pokokk bunga ni, akan ada serangga seperti bena ( benda putih putih), belalang, ulat dan sebagainya. So kalau nak selamatkan pokok ni, racunkanlah pokok sebelum nnti serangga serangga ni membiak and berjangkit dekat lain. Racun ada 2 jenis, organic and chemical. Depends on koranglah nak gunakan yg mana. Kalau chemical ni cepat sikit matikan serangga but the cons dia, kalau racunkan kat pokok yg berbuah, then you can only eat it after 2 weeks.

So, setakat ini sahaja tips penjagaan daripada suha. Tips ini juga boleh digunakan untuk pokok bunga seperti bunga vinca, petunia, mini petunia, angelonia, daisy, lavender dan sebagainya. Selamat menanam semua . (sumber : ttps://www.facebook.com/Nasuha.Nursery22/posts/tips-penjagaan-bunga-vinca-/2325526447510252/ )



bunga vinca


Boleh lah nanti kak ana cuba tips penjagaan pokok bunga vinca yang di kongsikan , manalah tahu mampu bertahan dan boleh pula di semai kan semula secara biji benih kan. Sebelum ni kalau pokok kemunting cina ni memang tumbuh anak pokok dari biji benih yang jatuh bertaburan di tanah. Mungkin bila ada benih nanti, kak ana akan cuba semaikan, In Shaa Allah. 


cara penjagaan pokok vinca

Buat masa ini kak ana tak berani letakkannya pada cahaya terus matahari tetapi kak ana susun dalam rak bunga di bawah porch. Ia masih berbunga dan nampak banyak kuntuman pucuk baharu yang keluar. Berapa lama pula ia mampu bertahan ? Waallahu a'lam.. 

Kita kena redha dan faham tanaman berbunga ni agak payah nak kekal lama seperti tumbuhan hijau . Apapun cukup sekadar memberikan pandangan yang mendamaikan hati bila ia cantik berwarna-warni di laman rumah. Ia sangat memberikan terapi pada kak ana..Semoga perkongsian ini ada manfaatnya, In Shaa Allah.. 

2 Comments

  1. vinca ni seakan2 kemunting cina kan..dulu rajin menanam kemunting cina, tapi lama2 dia jadi rimbun sangat, terus malas nak jaga hahahah

    ReplyDelete
  2. cantik bunga vinca nampak macam banyak tumbuh kat laman warna merah ungu putih n pink

    ReplyDelete