Ini merupakan kali pertama ana berani kan diri untuk membela pokok cantik manis si petunia. Masyaa Allah kalau tengok dari foto dan video-video di IG dan Reel memang mabuk kepayang, punya lah cantik-cantik warna warni bunga pertunia yang berjurai-jurai. 

Memang sangat cantik memukau pandangan dengan warna warni dan hibrid aneka kacukan warna yang mekar berbunga. Setakad ini, ana hanya pernah melihat petunia ini dengan kombinasi warna pink, ungu, merah dan putih, cuma sekarang ni banyak yang bercorak dan berbelang dengan pelbagai kacukan agaknya. 



tips penjagaan pokok pertunia


Ana dari dulu suka sangat lihat pokok bunga pertunia ini tapi belum ada keberanian nak membela nya sendiri. Dari perkongsian rakan-rakan dan bacaan dari laman maya, ramai yang berkata ia aak cerewet dan tak mudah di jaga. Harga pun boleh tahan juga untuk sepasu yang selalunya di gantung dalam pasu warna putih. 

Baru-baru ini, terjebak jua bila tergoda dengan koleksi adik blogger Diya Nadia yang cantik sangat di rumahnya. Diya pula baik sangat siap open untuk kirim beli waktu masih pkp fasa 1 hari tu di mana kongsi lala move. Rezeki pun ada lebih sikit , ermm terjebak juga lah kirim dengan Diya 4 pasu petunia aneka warna. Satu pasu berharga RM15.



tips penjagaan pokok bunga pertunia


Akhirnya sampai lah 4 pasu warna warni , Diya siap hantar depan rumah kerana kami tinggal di taman bersebelahan sahaja. Allahu Rabbi.. punya lah teruja nya , melihat kecantikan setiap pasu yang Diya bawa ni. Kembang meriah dan pokok saiz pun besar dan bunga lebat. Masyaa Allah.. 

Setakad ini dah seminggu lebih masih bertahan dan masih berbunga lebat. Pernah satu pasu yang berwarna merah putih tu nampak layu, ana dah cuak sangat. Ana tak tahu sama ada ia terlebih air atau kering. Lepas siram kan air, nampak kembali tegak dahan-dahan nya, syukur Alhamdulillah berjaya di selamat secepat mungkin. 

Kemudian baru-baru ini, ana ke nurseri Sungai Buloh sempat beli satu pasu lagi petunia warna pink kosong. Sama juga harganya RM15 tapi bunganya dan pokoknya nampak masih baru , tak banyak cabangnya lagi. 


tips penjagaan pokok bunga pertunia


Bila dah ada koleksi ni ana kena lah belajar cara penjagaan pokok petunia ni kan, dan ana jumpa satu perkongsian di Fb dan tips dari rakan-rakan di kelab peminat bunga , ana kongsikannya semula di sini. Sambil untuk rujukan ana, boleh juga di kongsikan dengan mereka yang mungkin juga sedang mencari tips dan cara penjagaan pokok petunia. 


tips dan cara penjagaan pokok pertunia.


Tips dan cara penjagaan pokok petunia

Dari rujukan page FB Pokok di nyatakan , Petunia adalah tumbuhan berbunga yang:

PETUNIA SUKA CAHAYA MATAHARI PENUH
 
Maksudnya Petunia tak suka tempat teduh atau tersembunyi. Kalau letak dalam pasu gantung di balkoni atau garaj, cari kawasan yang dapat cahaya matahari lebih banyak. Kalau letak tempat teduh, alamatnya tak berbunga sangatlah dia. Dan ada pula kes yang Pokok Petunia dia menjalar turun sebelah pasu sahaja. Sebelah lagi tak ada daun dan bunga. Sebabnya tak kena matahari. 


PETUNIA TAK SUKA KENA SIRAM AIR BANYAK TAPI POKOK PETUNIA KUAT MINUM AIR

Maksudnya Petunia cukup disiram ala kadar sahaja. Tak perlu air disiram sampai beriya melimpah dan menitik keluar dari pasu. Air membazir, baja pun keluar sekali. Lagi satu, kalau siram banyak-banyak pokok akan lemas dan mudah terkena serangan penyakit. Tapi, tuan puan kena tahu Petunia juga kuat minum air. Jadi kena rajin buat siraman setiap hari. Tambahan pula medium tanaman Petunia jenis tidak menakung air. Jadi, air dalam pasu cepat kering.

Sebaiknya ada musim panas, pokok disiram pagi dan petang. Jika musim hujan, cukup dengan siram waktu pagi sahaja. Tapi ingat, siram sikit sahaja dah cukup. Sekadar membasahkan tanah. Siram pada tanah atau pangkal pokok, bukan pada daun.


tips dan cara penjagaan pokok pertunia


GUNA MEDIUM TANAH YANG TAK MENAKUNG AIR

Ini tips untuk penanaman petunia pula. Elakkan tanam Petunia dalam medium tanah yang menakung air sebab pokok jenis ini takkan subur dan cepat mati dek serangan penyakit pada daun, batang dan akar pokok. Sebaiknya ada campuran cocopeat, tanah merah bakar, sekam bakar, baja tahi ayam (sikit) dan saya selalu letak peatmoss juga sikit. Nak senang beli saja tanah 6 in 1 kat nurseri tu.


JIKA BARU BELI DI NURSERI: PERIKSA POKOK, KEMUDIAN TUKAR TANAH DAN PASU

Kalau pokok baru dibeli daripada nurseri, jika bernasib baik dapatlah yang subur berbunga. Kalau tak, kurus dan sedih je tengok kan. Jadi sebaiknya, selepas bawa balik kat rumah. Tukar tanah dan pasu baru. Sebabnya, kebiasaan Pokok petunia yang asalnya dari pasu nurseri akar pokok dah terlalu padat. Tanah pun kurang nutrisi. Jadi sebaiknya pindahkan pokok dengan membuang tanah yg melekat pada akar pokok sedikit dan masukkan tanah baru. Kalau tukar pasu lebih besar lagi bagus. Tak percaya cuba la buat.


tips penjagaan pokok petunia


TIPS NAK PETUNIA BERBUNGA SEPANJANG MASA?

Petunia ni manja, kena selalu belek. Seminggu sekali buatlah 'pinching process' iaitu proses memetik dan membuang bunga serta daun yang layu. Bunga petunia yang layu biasanya akan meninggalkan tangkai bunga. Dalam tempoh 3-4 hari tangkai halus tersebut akan mula keluarkan biji benih.

Pokok petunia yang mula mengeluarkan biji benih akan kurang serta malas berbunga dan lama kelamaan ia akan mati. Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku. Buang tangkai bunga tu sebanyak yang boleh. Daun yang layu juga harus dipetik. Jangan biar rosak di dalam pasu.

TRIMMING: KERATAN RANTING

Ada yang sayang pokok tak mahu kerat ranting. Salah tu. Sebulan sekali sebaik baiknya buatlah keratan. Trim la mana patut. Kalau biar sahaja nanti pokok jadi kurus, daun mengecil, bunga mengecil. Sakit mata tengok. Tapi ada yang jenis suka biar Petunianya menjalar turun dari pasu. Pokok pun jadi kurus melidi. Terpulanglah. 


koleksi pokok bunga petunia


BAJA UNTUK PETUNIA

Sama macam pokok lain, Petunia juga perlukan pembajaan. Untuk Petunia , ada 3 jenis baja digunakan iaitu baja pertumbuhan (hijau), baja penggalak bunga (pink) dan baja organik tayam. Baja bunga  beri seminggu sekali. Satu pasu cukup satu sudu kecil. Baja pertumbuhan dan baja organik pula kami isi berselang seli iaitu dua minggu sekali. Kuantiti bagi baja pertumbuhan yang hijau tu sama seperti baja bunga. Kalau baja organik letak lebih sikit tak apa.


CARA TANAM SEMULA PETUNIA


Bila kita nak tanam satu satu pokok, elok ambil tahu ilmu sedikit tentang pokok tersebut. Sebabnya tak mahu pokok terseksa. Beli dekat nurseri elok, balik rumah mati. Rugi dan kesian. Jadi, untuk pengetahuan tuan puan, petunia ni pokok bermusim, usia normal pokok ini hanya 9-10 bulan sahaja. Ada yang boleh tahan sampai dua tahun kalau pandai jaga. Apa pun, untuk elakkan kes kena beli pokok baru sebab pokok mati. Saya sarankan untuk tanam semula Petunia ni sebelum induk pokok mati.
 
Cara pertama:

Kalau ada ranting petunia yang patah (atau potong sendiri ranting), ambil ranting tersebut, buang semua daun. Dan cucuk ranting tersebut dalam medium cocopeat yang lembab. Sembur air setiap pagi. Nanti akan keluar akar dan bila dah besar sikit boleh pindah masuk pasu. Kalau pokok masih kecil tapi dah nak berbunga, buang kuntuman bunga tu dulu. Hehe. Satu lagi pesanan, semasa proses semaian, jangan terlebih siram air. Nanti ranting rosak. 

Cara kedua:

Semaian biji benih. Benih petunia boleh dikumpul dari induk pokok. Caranya, tinggalkan sekuntum dua tangkai bunga besar petunia pada induk. Biar bunga gugur dahulu. Bila tangkai tersebut dah keluarkan buah. Biar pula benih itu kering sepenuhnya. Bila dah kering, ambil benih dan taburkan atas medium cocopeat lembab juga. Letak di tempat yang tak terdedah pada terik matahari. Sembur dengan air dua hari sekali. Dalam seminggu akan keluar anak pokok. Bila anak pokok dah keluar 4 helai daun. Boleh pindahkan anak pokok dalam pasu kecil untuk monitor tumbesaran. Nak senang beli je benih petunia dekat kedai. Setel masalah.

SERANGAN SERANGGA PEROSAK?

Walaupun bau tumbuhan Petunia ini tak adalah wangi macam bunga lain, tapi serangga tetap ada yang menyerang seperti bena putih. Kalau tak kawal. Pokok boleh mati. Jadi untuk elakkannya berlaku. Seminggu sekali semburlah racun organik (utamakan semburan di bahagian bawah daun) untuk menghalau serangan serangga tersebut.

Kredit sumber FB  Pokok 

10 Comments

  1. Cantiknya kak... suka bunganya yg meriah

    ReplyDelete
  2. Cantiknya. Geram tengok warna-warnanya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana tengah belajar nak bagi dia sentiasa berbunga ni PC hehe :)

      Delete
  3. ada ternampak orang kongsi kat facebook. cantik sangat bunga dia warna warni. geram pula tengok..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik TS tapi agak sensetif juga pokok petunia ni hehe :)

      Delete