Balik dari makan nasi manggei di Warung Cikgu Sungai Buloh, buntu dah tak tahu nak ke mana. Suami kak ana memang malas sungguh nak masuk KL kalau hujung minggu sebab jemu dah katanya asyik ronda mall jer. Kami pun google laa Elmina Bridge yang pernah viral warna oren di Shah Alam suatu waktu dahulu.

Tak lah jauh sangat dari lokasi kami berada waktu tu. Cuaca pun petang tu nyaman berangin sahaja. Kami makan tengahari pun lewat lepas zohor baru keluar rumah sebab dah ambil sarapan berat sebelumnya. 


Elmina Bridge Centre Park


Jambatan oren Elmina Centre Park


Jambatan oren Elmina Centre Park ni lokasi nya tepi jalan utama masuk ke residensi Elmina tu sahaja. Banyak juga kereta yang parkir di tepi jalan tetapi kak ana dan suami pilih untuk masuk ke susur jalan sebelah kiri di mana di sedia kan parkir untuk awam dan ianya percuma. 

Risau juga kan parkir tepi jalan kerana laluan ni lengang dan tak mustahil kereta yang lalu lalang di pandu laju. Tak nak ambil apa-apa risiko masuklah ke dalam kawasan parkir yang di sedia kan. Kan mudah, cuma kena jalan sikit lah untuk sampai ke jambatan oren unik ni.


Jambatan oren Elmina Centre Park


Jambatan oren Elmina ni merupakan laluan pejalan kaki atau basikal untuk melintasi ke seberang sahaja. Ia menjadi viral kerana keunikan seni bina nya yang seolah melengkung melintasi jalan raya. Nampak cantik dan unik. 

Tambahan pula orang sekarang ni suka bergambar dan pandai dapatkan sudut photografi yang cun, jadi ia nya pernah viral beberapa lama dahulu. Anak-anak kata, masa viral kami tak pun sampai sini, dah tak viral baru sampai. Haha!! Kak ana pun suka ke lokasi yang tak sesak jadi time dah tak viral ni tak lah ramai sangat orang.


Jambatan oren Elmina Centre Park


Waktu kami di sini pun, ramai juga keluarga yang beriadah di kawasan sekitar jambatan ni. Ada yang bawa basikal bersama anak-anak kerana di seberang jalan sana terdapatnya taman rekreasi yang luas. Kak ana lihat ada juga orang bentang tikar dan piknik kat sana. 


Jambatan oren Elmina Centre Park


Kalau nak bergambar memang cun jambatan oren Elmina ni. Pepandai lah korang cari sudut yang menarik. Sangat instagrammable. Ada juga peniaga yang menjual pelbagai produk makanan di sekitar serta ada jual bubble untuk anak-anak bermain. Kawasan sini pun luas dan berangin, memang menjadi bubble berterbangan. 


Jambatan oren Elmina Centre Park

Di lokasi yang berbeza terdapat satu lagi jambatan pelangi atau rainbow bridge di Elmina, Shah Alam ni. Hatt nii kami tak singgah sebab hari dah nak hujan sangat petang tu, dah mula rebas dan kami terus naik kereta bergerak balik.

Dari carian di internet, kak ana tengok rainbow bridge ni lagi cun dari jambatan oren ni. In Syaa Allah ada masa kami cari pula rainbow bridge Elmina. Menarik kan sekali sekala jalan lepak-lepak petang di sekitar jambatan unik berwarna oren di Elmina, Shah Alam.. 

1 Comments

  1. Tempat yang menarik untuk kunjungi. Best kalau tak ramai orang..:)

    ReplyDelete