Jajan baru kudapan sedap Minni Yellow Pea Puff - wajib try !
Jajan baru korangs... Nii nak share dengan korang baru-baru ni kak ana pii la Selangor International Bussiness Summit di KL Convention Centre, Kuala Lumpur. Alaa kat KLCC tu jer..Banyak booth pameran dan kenyang lah makan dan minum tester produk. Ni yang syok ..
Dalam banyak-banyak booth tu paling happening adalah di booth 5063 Hall 5 . Yang kak ana maksudkan adalah booth GT Spice Manifacture & GT Snack Spice Distributor kerana pada hari itu 7hb Oktober 2022 berlangsungnya perasmian produk baharu mereka jenama Minni.
Minni - Yellow pea puff snacks
Untuk pengetahuan korang sebelum ini mereka telah pun mempunyai rangkaian produk makanan iaitu Kacang Macha dan juga rempah ratus 1001 Rempah. Dan kini hadir pula jenama Minni, snacks untuk kudapan kita semua.
Memang meriah lah di booth Minni dengan pelbagai tawaran harga promosi dan hadiah-hadiah menarik antaranya harga promosi serendah RM2 untuk pek kecil,RM8.90 untuk pek besar dan cuma RM20 sahaja untuk 3 pek besar dan 1 pek kecil. Berbeg-beg lah orang ramai memborong.
Lebih meriah bila dengan pembelian layak menyertai acara 'Spin The Wheel' dan harga percuma facial mask. Siapa tak nak kan, Dengan pembelian Rm31 ke atas dapat pula set Innisfree. Tu la yang membuat kan booth Minni di serbu ramai.
Okay lah.. kak ana pun bawa balik pelbagai snacks dari Minni untuk kak ana cuba sendiri di rumah. Anak-anak awal-awal dah rebut makan. sedap kata depa. Kak ana pun cuba lah Minni perisa Tomato Barbecue . Serius sedapp korang.
Uniknya snack Minni ni ia tidak di goreng, tapi di panggang atau grill dalam oven la agaknya. Jadi ianya snacks tanpa minyak lah. Dan ia di perbuat dari kacang pea kuning atau pun 'Yellow Pea Puff'.
Ianya kaya dengan kandungan protein dan kalsium yang tinggi malah sesuai untuk pengamal vegetarian. Paling penting kak ana nak highlights kan disini ia adalah dengan pensijilan Halal dari Jakim. Alhamdulillah..
Ada 3 perisa pilihan Minni Yellow Pea Puff snacks ni iaitu khas buat penggemar snacks pedas korang kena lah try Korean Spicy ( pek warna merah ) atau Tangy Thai ( pek warna coklat ) . Hat tak tahan pedas macam kak ana ni mestilah akan suka perisa Tomato Barbecue ( pek warna oren ).
Kami makan kudapan kejap je licin sambil tonton movie di tv dengan keluarga. Memang ada kelainan rasa dari snacks yang biasa kak ana makan sebelum ni,korang kena cuba sendiri kay.
Bukan snacks sahaja tapi Minni turut menawarkan Campuran Badam dan Gajus dalam botol. Hat ni pun tak yah cerita lah, kudapan sekelip mata boleh licin. Sedap , rangup kacang badam dan gajus yang di panggang. Ada kesegaran dan keaslian rasa tanpa campuran bahan lain.Original gituew.
Sebelum ini seperti yang kak ana nyata di awal tadi antara rangkaian produk GT juga adalah Kacang Macha iaitu snacks muruku moden dengan pelbagai pilihan perisa seperti Cheese, Sour Cream & Spicy Barbecue dan rempah ratus masakan di bawah label 1001 Rempah.
Kesemua rangkaian produk Minni boleh di dapati secara online di SINI . Korang juga boleh ikuti Minni di mana-mana pautan media sosial mereka di bawah untuk sebarang promosi dan update terkini :
Tiktok : @Minni.my
4 Comments
Warna dia menarik perhatian lah. Pertama kali dengar brand ni.
ReplyDeletenampak sedap dan besar saiznya tu kak...
ReplyDeletemacam2 jenis jajannya nampak sedap n rangup
ReplyDeleteBiasa makan green pea yang yellow pea Minni ni belum pernah cuba lagi
ReplyDelete