Nii kali kedua kak ana ke Bangi selepas Kak Long bernikah. Kami ke rumah Kak Long bawa tok pula kali ni, sekali dengan adik kak ana sekeluarga. Memang dah plan nak cari baju untuk majlis resepsi Kak Long hujung bulan nanti.

Orang kata, Bangi lah tumpuan beli baju-baju sekarang ni. Tak jauh pun dari rumah Kak Long. Aiman jadi pemandu pelancongnya. Dapatlah baju Melayu warna baby blue untuk ayah, pak usu dan tok. Semua beli di butik Bulan Bintang. 


Bangi Square 2


Kami hat perempuan ni tak dapat pula yang berkenan di hati. Jenuh juga lah masuk dari satu butik ke satu butik. Perempuan, memang cam ni laa kan cerita dia. 


Bangi Square 2

Dah penat ronda-ronda kami pun singgah Asar di masjid dan pak usunya ajak cari tempat makan nak makan sebelum depa nak bertolak balik semula ke kampung malam tu. Aiman bawa kami semua ke Bangi Square.


Makan malam di Bangi Square 2



Bangi Square 2


Aiman tanya kak ana, nak makan kat Bangi Square baru ke lama, kak ana kata nak hat baru mesti lagi best dari tempat lama kan.. Dia pun drive ke Bangi Square 2, hat ni baru katanya. 

Okay, sampai sana memang banyak deretan gerai menjual aneka menu makanan. Berkonsepkan food court lebih kurang sama dengan LAPAKO Tanjung Malim yang pernah kak ana kongsikannya di SINI .


Bangi Square 2


Kak ana suka konsep tempat makan sebegini kerana kita ada pelbagai pilihan menu untuk makan dan minum. Kita boleh sahaja order dari mana-mana gerai, bayar dan peniaga akan bagi kad elektronik yang mana bila menu dah siap, kad akan berbunyi dan pii laa ambil makanan dari gerai yang kita order tadi. 

Cuma untuk minuman tu kena beratur panjang sikit sebab hanya ada satu gerai air minuman dan selepas order dan bayar, nanti pekerja akan hantar ke meja. Pastikan korang tahu nombor meja sebelum pii beratur order naa.. 



Boleh di katakan kesemua menu yang kami order malam tu menepati selera kami sekeluarga. Tok depa suka sangat makan nasi Arab, adik kak ana lanjer lah sepinggan nasi Arab. Boleh tahan la rasa dia sedap tak mengecewakan.

Kak Long dan Mak Usu nya Julia makan bubur nasi. Ada pelbagai pilihan lauk sampingan dan set untuk menu bubur nasi. Kak ana rasa juga sikit sedap sangat bubur nasi dengan sambal sotong.


Menu Bangi Square 2


Suami kak ana makan szling mee sama dengan Adik, kak ana pula kuew tiau goreng sama pula dengan adik kak ana , Lan. Gelak depa sebab order tak sama tapi bila sampai sama menu kami dua beradik. Aiman makan nasi goreng USA dan Haris anak buah kak ana makan nasi lemak dan chicken chop.

Haa... Tu diaa!! Macam-macam menu kami try malam tu. Tak cukup dua menu Haris makan pula waffle sebagai dessert katanya. Erm.. kuat gak dak Haris ni makan. 


Dari segi harga, masih reasonable sama sahaja harga di mana-mana food court di luar sana. Rasa kak ana boleh bagi 3 dari 5 bintang, boleh tahan sesedap rasa dan persekitaran baik, tak bersesak kerana kawasan yang luas, terbuka dan lapang. 


Bangi Square 2

Kipas besar di siling mampu memberikan pengudaraan yang baik tak lah panas waktu makan. Di sediakan juga surau dan tandas. Cuma biasa lah ada pengemis yang datang berjual di meja makan. Tidak lah mengganggu tapi situasi begini jadi biasa dah sekarang di mana-mana pun. 

Ada rezeki rasa nak beli kita beli, kalau tak tolak sahaja dengan baik dan mereka akan pergi. Semua itu ujian kan buat kita semua. 


Bangi Square 2

Apapun kak ana selesa makan di Bangi Square ni dan kalau ada rezeki, di izinkanNya mungkin boleh maii lagi dan cuba menu-menu lain yang ada di sini. Menarik konsep gerai makan dalam satu lokasi sebegini dan semoga akan terus sukses sentiasa, In Syaa Allah.. 



3 Comments

  1. bubur nasi tu menggoda sebab ada banyak lauk kak... dana dah lama tak ke bangi, last masa 2019 kot masa paksu masih belajar dalam kampus lagi, skrg asyik online je

    ReplyDelete
  2. Suka kalau tempat makan guna konsep macam foodcourt sebab selera masing-masing lain-lain.

    ReplyDelete
  3. makanan semua menggoda jiwaaa uwaaa..sedap2 tuh

    ReplyDelete