Minggu lepas kak ana balik kampung semula selepas genap sebulan pemergian mak ke alam abadi. Balik kali ni kerana kak ana ada temujanji dengan Hospital Teluk Intan dan ada beberapa urusan arwah mak dan abah yang nak di buat. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik dengan RahmatNya jua.
Kak ana balik semula ke Rawang, Isnin malam selepas Maghrib. Macam selalu kak ana menggunakan laluan jalan negeri dari Teluk Intan hingga lah sampai tol Tanjung Malim baru kami menggunakan PLUS Highway.
Suami kak ana, kalau memandu malam ni dia cepat mengantuk, sebab tu paling lewat pun kami akan gerak dari kampung jam 8 malam, dalam tempoh masa dua jam perjalanan untuk sampai ke rumah. Risau kalau lewat sangat dia makin ngantuk, kak ana pula tak boleh nak memandu malam-malam mata alahan silau.
LAPAKO Tanjung Malim
Sebelum ni suami pernah cerita setiap kali kami lalu LAPAKO ni merupakan port makan viral juga di Tanjung Malim dalam sosial media khasnya FB. Memang betul, setiap malam jalan depan LAPAKO ni di kawal oleh anggota Rela yang bertugas. Deretan kereta akan parkir di sekitar dan ia merupakan laluan jalan utama ke Tanjung Malim dari arah utara.
Malam tu kami tiga beranak sahaja yang balik, kak ana, suami dan Adik Ika. Adik biasa lah lapar memanjang dan ayahnya nak cari kopi o panas. Kami pun singgah lah ke LAPAKO. Mudah dapat parkir kerana malam Isnin tak ramai pengunjung. Dengan bantuan Rela dapat lah ruang parkir di tepi kawasan LAPAKO. Parkir percuma naa..
LAPAKO berkonsepkan stall-stall dalam satu bangunan, kira macam food court laa. Deretan stall yang ada menawarkan menu sajian 'street food' dan terdapat juga minuman ,shell out, hidangan western, masakan thai , menu nasi ikan bakar dan sebagainya. Menarik banyak pilihan stall yang ada di sini.
Bila korang masuk, akan diberikan buku menu, kertas order dan pensil bawa ke meja. Pilih lah menu yang korang nak makan, tulis pada kertas order dan bawa ke kaunter cashier. Buat order dan bayar. Nanti diberikan resit berserta nombor stall. Korang hantar resit kepada stall mengikut nombor dan tunggu depa akan hantar makanan ke meja. Gitu cara order makanan di LAPAKO . Kami pun tengok orang buat pastu ikut jerr huhu !!
Terdapat ruang meja makan yang luas di dalam LAPAKO, ada juga di ruang sebelah dan ruang belah dalam. Di luar ada buskers menyambut kedatangan pelanggan dengan alunan lagu, kalau suka bagi lah tips kat anak-anak muda ni menyanyi menghibur kan kita, ye dak. Kak ana suka suara penyanyi buskers malam tu, sedap alunan suara menyanyi beberapa buah lagu.
Di ruang sebelah hujung dalam pula kak ana tengok ada dua skrin besar tayangan. Kak ana tak pasti tayangan siaran tv ataupun filem. Siap dengan sound system. Kalau korang nak layan movie boleh lah makan kat belah hujung dalam LAPAKO tu.
Malam tu kami cuma order burger special dengan minuman panas sahaja. Sedap burger ayam special ni, limpahan sos, mayo dan cheese sos ,parutan sayur yang banyak hat ni kak ana suka laa.. Roti burger dia lembut sangat dan daging burger tak over cooked, just nice. Sedap, kak ana dan Adik Ika suka. Di hidang kan dalam pinggan dan boleh je makan dengan sudu dan garfu di berikan. Nak basuh tangan ada sinki kat tepi tu.
Juga terdapat di sediakan tandas dan surau. Cuma tandas tu satu sahaja jadi kena kongsi tandas lelaki dan perempuan dan malam tu agak tak selesa dari aspek kebersihan , kak ana tak jadi nak gunakan. Mungkin boleh di tambah baik lagi naa di masa hadapan kerana tandas kongsi jantina ni faham-faham je laa.. apatah lagi ramai yang guna ye dak.
Dari segi harga menu di sini semuanya nampak berpatutan, selaras lah harga dengan makan di mana-mana gerai atau restoran, ikut pada pilihan menu masing-masing. Tidak lah harga kayangan, masih mampu makan, In Syaa Allah.. Burger special kak ana makan tu cuma RM6 sahaja dan air pun harga standard kedai makan.
Jadi kalau korang melalui jalan utama dari utara ke Tanjung Malim nampak sahaja sebelah kiri ada banyak kenderaan dan meriah dengan lampu-lampu di tepi jalan tu lah LAPAKO. Boleh lah singgah makan dan minum di sana naa..
3 Comments
Terus lapar ko.. baca entry Kak Ana.
ReplyDeleteSelalu lalu je, tak dan singgah lagi.. Kitorang kalau ke tanjung malim selalu singgah nasi ayam farhani atau wangsar
ReplyDeletemacam food court banyak la pilihan
ReplyDelete