Dari tauhu bergedil menjadi wantan goreng yang sedap
Plan asalnya Adik dan Kak ana nak buat tauhu bergedil. Siap dah pun inti tauhu bergedil kami masak. Kentang dah rebus dan lenyet . Isi ayam dan pun tumis dengan bawang putih, rasakan dengan lada sulah garam secukup rasa.
Tup tup masa nak sumbat dalam tauhu kering, Adik kata bau semacam dah tauhu kering tu. Lama dah juga kak ana beli tauhu kering tu simpan dalam peti sejuk. Rupanya tak tahan juga walaupunn ikut pada tarikh belum expired lagi.
Alhamdulillah Adik dapat hidu bau pelik dan bila kak ana cubit sikit nak pastikan ia masih okay atau tak, dah masam pun rasanya. Itu lah kan, ada jenis-jenis makanan ni tak tahan simpan lama walaupun belum expired tarikhnya.
Wantan goreng inti ayam dan kentang
Sayang sangat bila kak ana tengok kentang lenyet dan inti ayam, kebetulan dalam peti ais kak ana ada simpan kepingan kulit wantan untuk masak mee kicap . Kak ana dan Adik pun menjadi kreatif dengan menjadikan inti tauhu bergedil tadi kepada wantan goreng.
Kami satukan kentang lenyet dan inti ayam tadi menjadi inti wantan. Sumbat dalam kulit wantan dan lipat keliling. Kulit wantan ni memang bagus sangat ia tidak pecah atau kering bila di lipat. Kak ana beli di pasaraya tak ada pula jenama tetapi mempunyai label Halal Jakim.
Kak ana goreng dalam api perlahan seketika dan toskan minyak. Sedap sebagai kudapan cicah dengan colek keropok sahaja. Rumah ni wajib simpan sos pencicah atau colek jenama Ummi dari pantai timur. Sedap sangat sos dia untuk buat sos colek.
Begitulah kisah dari tauhu bergedil menjadi wantan goreng air tangan kak ana dan Adik di rumah. Kami jadikan sajian menu minum petang dengan air teh o,rezeki yang amat di syukuri dan Alhamdulillah tidak berlaku pembaziran walaupun tauhu kering terpaksa juga kak ana buang kerana dah tak boleh di makan.
1 Comments
tetap sedap kak
ReplyDelete