Makan kerang bakar , sotong goreng tepung di Pantai Remis, Jeram, Selangor
Lepas jer menonton youtube si Fendi, Destinasi TV tu, suami ajak kami ke Pantai Remis, Jeram. Lama tak ke sana katanya, last kami ke Pantai Jeram untuk makan di Medan Ikan Bakar pada tahun 2020. Sebelum ni kalau rindu laut, situ lah destinasi pilihan kami beriadah , lepak pantai, kemudian ke pasar petang yang menjual pelbagai juadah makanan dan juga hasil laut.
Taklah berapa jauh dari kediaman kak ana,melalui laluan Bandar Tasik Puteri, Kota Puteri, Ijok dan terus ke simpang Kuala Selangor-Klang. Dari situ dipertengahan jalan ada dua pantai peranginan satu lokasi medan ikan bakar femes iaitu di Pantai Jeram , pernah kak ana terbitkan entri nya di SINI .
Kerang Bakar, Sotong Goreng Tepung di Pantai Remis, Jeram
Kali ni suami nak makan kerang bakar pula. Sampai di Pantai Remis waktu tu masih awal dalam jam 3:45 petang, jadi masih tak ramai orang. Parking pun mudah depan medan selera tu sahaja kami dapat. Pantai Jeram atau Pantai Remis sering di kunjungi orang ramai pada sebelah petang dan hujung minggu. Kami pii nii pun hari cuti juga.
Nasib baik lah gerai dah mula di buka seawal waktu kami sampai. Kami pilih gerai hujung dekat mengadap pantai, tapi tak lah nampak pantai kerana di sini pantai di lindungi batu-batu besar sebagai benteng air jika berlaku air pasang besar. Pernah air melimpah naik dan rosakkan benteng suatu waktu dahulu. Semoga keadaan baik-baik semuanya, aamiin.
Sampai kat gerai, ada pelayan akan hantar menu dan ambil order. Untuk ikan bakar ambil no meja dan pergi ke bahagian belakang untuk pilih ikan. Harga ikan bakar macam biasa ikut harga pasaran jangan risau ada tulis kat sana harga untuk berat sekilo ikan.
Dah order nanti sampailah menu-menu yang korang pesan dan sekali kan bil nya. Kalau menu seperti sotong goreng tepung, waktu hantar terus bayar pada depa. Senang lah kan urusan tak yah nak cari mana satu gerai yang hantar menu kita sebab sini konsepnya ada banyakjuga gerai-gerai dalam medan selera kerang bakar ni.
Macam tu bil untuk air, kerang bakar dan nasi putih dari gerai utama jadi depa kepilkan dengan penyepit sidai baju tu. Bukan apa sebab sini berangin kuat waktu petang, Sat sat terbang lak kertas bil kan naya. Masa nak bayar bawa je ke kaunter semua bil untuk di kira.
Sepinggan kerang bakar yang kak ana makan tu berharga RM12 sahaja. Banyak juga, puas makan untuk kami tiga beranak. Ais asam dia memang sedap,kak ana suka. Di bakar just nice taklah kering dan kecut sangat. Kerang hidup pun laa nii sekilo antara RM12-RM15 dah kan.
Suami kak ana ni ikan feveret dia ikan murah jer, cencaru. Jadi dia pun pilih lah seekor ikan cencaru untuk menu ikan bakar. Kami pun dah makan heavy breakfast sebelum jadi belum lapar nasi sangat. Memang maii sini nak makan kerang bakar dan sotong goreng tepung je ratah-ratah, kan.
Ikan cencaru saiz M lebih kurang, cuma berharga RM7 sahaja.Ikan bakar dia okay sahaja pada kak ana cuma agak kering dan sambal tu biasa sahaja. Rasanya kalau korang nak makan ikan bakar yang lebih sedap boleh pi ke Pantai Jeram dalam entri yang kak ana share kat awal tadi. Sana ikan bakar dia lebih padu.
Sotong goreng tepung kat sini memang awesome. Harga cuma RM10 sahaja dan memang banyak dalam sebekas. Puas meratah dengan adik Ika. Garing, rangup dan isi tak kenyal. Terbaik lah sotong goreng tepung di Pantai Remis, Jeram ni.
Ada juga udang goreng tepung, ikan goreng tepung dan pelbagai menu lain di gerai medan Kerang Bakar, Pantai Remis, Jeram ni. Kiranya kalau ngidam tu maii sini dah okay dah buat warga KL dan Selangor sementara nak ke Pantai Timur kan.
Jangan risau kalau order ikan bakar sahaja kat sini sebab nasi putih depa bagi sekali dengan kuah sup kosong dan air asam. Jadi tak lah kering hidangan nak di makan nanti.
Inilah pandangan dari luar medan gerai Kerang Bakar Pantai Remis. Kat hadapan gerai-gerai ni ada replika tulis Pantai Remis yang besar mengadap gerai, tapi kak ana tak dapat nak ambil gambar sebab ramai orang bersidai kat situ bergambar. Kak ana tak suka nak published foto-foto orang lain dalam entri, kadang-kadang ada yang tak terjaga aurat dan sebagainya, kena ambil berat juga bab-bab begini,kan.
Inilah pemandangan pantai di Pantai Remis, Jeram bagi yang belum pernah ke sini. Pantai ni bukan untuk pantai bermandi manda, sekadar menikmati pemandangan indah ciptaan Allah swt. Petang tu air surut dan jauh ke tengah. Nampak seperti sebuah kapal pelayaran cruise di tengah laut sayup-sayup.
6 Comments
Memang mantap la tempat ni, tapi jauh pulak dgn Johor, hehehe.
ReplyDeleteKat sini la pi makan haritu. Ingatkan boleh masak menu lain. Rupenya kat situ ada bakar² je.takde masak 3 rasa ke, tomyam ke 🤣. Tapi sedap juga. Not bad kan kak.
ReplyDeleteAlaaaa...ntah bila la dapat merasa pi sini....memang best kat sini kan kak...seafood fresh
ReplyDeletesedapnya semua, tapi kalau dtg skrg ni mesti jem jln menghala sana lagila waktu cuti sekolah ni
ReplyDeleteterliurnya rasa tengok gambar2 tu rasa macam nak pi harini je haha
ReplyDeletetakpelah tak nampak pantai pun, dapat angin-angin tu cukuplah. terliur pulak tengok kerang tu
ReplyDelete