Lama sangat dah kak ana nak bawa anak-anak makan di Molten Chocolate Cafe ni tiap kali berada di Melawati Mall. Port shopping kami sekeluarga di Melawati Mall ni. Dulu sebelum pindah ke kediaman sekarang, kami tinggal di Ukay Perdana, jadi Melawati ni memang biasa la tempat kami belah belah dan sebagainya, cuma masa tu belum ada lagi Melawati Mall, KL East Mall ni..

Sempena birthday suami kak ana pada awal Disember 2022 lalu, tanya dah dia nak makan kek apa untuk birthday. Suami kak ana kata tak mau makan kek, tapi nak waffle jer.. Mula-mula cadang nak belanja waffle kat 7E Cafe jer, tapi di sebab kan dah berada di Melawati Mall, kami terus laa masuk ke Molten Chocolate Cafe yang terletak di ground floor. 


menu Molten Chocolate Cafe


Macam biasa laa, kak ana akan survey dulu harga menu sebelum masuk mana-mana cafe untuk dapatkan bajet sebelum nak order menu makanan. Mula-mula cari dahulu status Halal, pastu mesti nak tengok harga menu.. ini wajib. Ye laa kan, takkan dah masuk duduk tengok menu harga tak mampu makan, segan aihh nak keluar balik huhu :) 


Mahal ke menu di Molten Chocolate Cafe ?


Molten Chocolate Cafe ,Melawati Mall Halal


Alhamdulillah, Molten Chocolate Cafe ada Halal Jakim tampal kat tepi entrance, dan harga menu pun masih mampu makan untuk golongan marhein macam kita-kita. Boleh laa pii try naa.. Meh kak ana share dengan korang menu yang kami bertiga makan petang tu. Kak ana , suami dan Adik Ika..


harga makanan Molten Chocolate Cafe


Laa nii kebanyakan cafe atau restoran makanan, kita perlu scan QR Code untuk buat tempahan atau order menu. Selepas dapatkan seat, terus lah scan QR Code kerana kat Molten Chocolate Cafe, Melawati Mall ni selalu full house kalau hujung minggu. Kadang-kadang kena tunggu queue nak masuk dine-in. Syukur masa kami maii tu ada set table yang kosong dan terus scan untuk pilih menu dan order. 

Tak lama lepas tu ada waiter yang akan hantar ke meja menu yang kita order. Jom tengok apa yang kami makan menu-menu berasaskan chocolate di Molten Chocoloate Cafe. 


harga Molten Chocolate Cafe


Untuk air minuman kami pilih English Breakfast & Greentea sahaja sebab tak larat laa nak minum minuman coklat lagi di sebabkan kesemua menu dessert yang kami order ni berasaskan coklat dah. Kira minum dengan teh o , gituew untuk hilang muak coklat yang melimpah ruah dalam setiap menu yang kami order. 

Aneka pilihan flavour tea di sini harga dia cuma RM6.96 seperti English Breakfast, Earl Grey, Jasmine, Greentea dan sebagainya la. Ada juga menu minuman panas dan aneka pilihan minuman sejuk yang kak ana pasti semua sedap-sedap. Adik Ika pilih Greentea. 

Unik sangat kita akan di hidangkan secawan air panas kosong dalam mug di atas piring panjang Molten Chocolate yang aesthetic dan diberikan satu uncang teh pilihan serta gula di dalam mug kecil. Makna nya kita perlu bancuh sendiri tea ikut citarasa kemanisan masing-masing. Kak ana kenan sungguh laa mug tu rasa nak buat collection jer.. 



harga Molten Chocolate


Inilah pilihan birthday boy petang tuu, nak sangat makan waffle, kami lanjer dia waffle premium sangat dari Molten Chocolate. Menu ni Chocolate Waffle yang menghidangkan 3 keping Belgium Waffle chocolate serta dipping dark & white chocolate bersama strawberries dan whip cream. Harga menu tanpa aiskrim adalah RM20.88 nett . 

Rasa dia memang premium laa sedap yakmat, mewah rasa dark chocolate dripped tu kak ana suka makan pula bersama cream yang lemak merdu padu dengan buah strawberries. Kompom sedap berbaloi dengan harga. 



menu sedap Molten Chocolate


Kak ana pilih Mini Brownies yang di sajikan sepotong signature brownies dari Molten Chocolate bersama drizzle kemewahan coklat Belgium yang teramat premium taste. Tekstur chocolate drizzle yang pekat dan padu melimpah ruah di makan bersama aiskrim vanila , cream dan strawberries. Harga menu ni cuma RM22.04 nett. 

Penggemar coklat pasti akan suka menu ni. Nasib baik lah kak ana sempat fikir tadi nak minum dengan teh english breakfast jadi tak la menjadi berganda lemak coklat kami hadap petang tu, bijak juga kan sempat fikir diet sebelum makan, haaa.. diet la sangat ye.. usah percaya huhu :) 


Molten Chocolate menu


Ini pula pilihan Adik, Molten Lava Cake. Unik sangat dessert ni di sajikan panas dalam bekas tembikar , kena hati-hati masa pegang. Lava cake bersama taburan gula icing yang masih panas di makan mencair bersama aiskrim di atasnya dan strawberri . 

Dah nama lagi lava cake bila kita potong maka mengalir lah lava coklat premium dari dalamnya di makan bersama aiskrim yang sejuk. Kombinasi rasa yang sangat unik dan sedap khas buat penggemar coklat. Menu ni harganya cuma RM 22.04 nett. 

Kesemua harga menu di atas adalah pada tarikh entri ini kak ana terbit kan naa, sebarang perubahan pada masa akan datang, Waallahu'alam.. korang carilah info di laman web depa ada tab untuk melihat menu sebelum maii sini makan.. 

Apapun sekali sekala boleh la makan di Molten Chocolate Cafe ni, nak selalu bahaya untuk wallet dan juga tak begitu baik untuk menu kesihatan kita. Dia memang selalu macam tuu laa, makan mahal-mahal ni tak leh selalu kan... Semoga bermanfaat... 






1 Comments

  1. ok sangat kak harganya tu nak dibandingkan dgn 1lagi restaurant coklat tu harga kemain lagi..menu di molten ni pun nampak mewah

    ReplyDelete