Ini merupakan kali ke 3 kak ana singgah makan di Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai ni walaupun hampir setiap kali balik kampung mesti lalu depan restoran nya. Kali ini sebab kami otw balik belah lewat pagi dan sampai sini dah tengahari juga dalam jam 12 lebih dan pada hari bekerja. 

Kalau balik hujung minggu atau cuti umum memang bertabahlah nak singgah, setiap kali lalu, deretan kereta dan orang yang beratur memang tak pernah tak ramai. Belum lagi geng rider motor, memang perlukan kesabaran yang tinggi laa nak makan port viral yang Alhamdulillah telah lama dan masih bertahan.


harga makanan Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai


Tapi kan walaupun ramai, ia flow queue bila kita makan kat sini. Tengahari tu kami masuk dan terus suami beratur bahagian bakar-bakar . Kemudian queue sekali lagi untuk ambil lauk pauk lain dan nasi. Adik pula jaga tempat duduk. Kemudian kak ana beratur pula di bahagian air minuman.


makan di Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai


Nak mudah dan cepat proses nak ambil makanan dalam beratur panjang ni ialah korang plan bahagikan siapa yang nak beratur bahagian nasi dan lauk-pauk, siapa pula nak beratur bahagian bakar-bakar dan bahagian air. Ini lah 3 barisan yang panjang korang kena beratur untuk ambil dan pilih menu. 

Tapi pastikan bawa duit siap-siap lah sebab sepanjang beratur tu kita pilih lauk, ambil buh dalam dulang sampai hujung ada kaunter dan terus bayar, bawa ke meja. Kalau masing-masing dah selesai kan cepat. Lauk-pauk di sini di isi siap-siap dalam piring dan dah ada pun harga. Pepandai lah bajet naa..

Menu dan harga Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai


Bila korang sampai di sebelah kanan adalah barisan untuk mengambil dan terus bayar untuk menu bakar-bakar di Nasi Bamboo Sungai Klah ni. Serius cakap bakar-bakar depa kat sini semuanya sedap. Kena dengan selera kak ana sekeluarga. 


nasi bamboo Sungai Klah, Sungkai


nasi bamboo Sungai Klah, Sungkai


Tiap kali singgah walaupun baru kali ke 3 atau ke 4 tak berapa ingat , kami wajib ambil ayam bakar dan juga kambing panggang. Kat hujung ada di sediakan kaunter sos dan air asam. Kak ana suka sambal kicap depa, sedap makan cicah dengan kambing panggang atau ikan atau ayam bakar. 


nasi bamboo Sungai Klah, Sungkai


Ayam bunian ni pun sedap sangat , kak ana tak pasti ia ayam kampung atau ayam biasa, tapi memang teramat sedap perapan bakarnya. Kalau kambing panggang tu depa dah buh siap dalam pinggan juga , waktu kami makan ,kalau tak silap kak ana harganya cuma RM13 lebih. Tapi cukup untuk kami makan bertiga dan adalah ambil lauk pauk lain juga.


nasi bamboo Sungai Klah, Sungkai


Dah selesai beratur di bahagian bakar, sekali lagi kak ana teman suami untuk beratur di bahagian lauk, sayur dan nasi bamboo. Ambil dulang awal-awal, macam makan kat Ikea laa kiranya hehe. Kemudian kutip lah menu-menu yang dah sedia dalam piring. Ada senarai harga kat sana, supaya tak over budget bila sampai di hujung kaunter. 


Nasi Bamboo Sungai Klah , Sungkai



Nasi Bamboo Sungai Klah , Sungkai


Nasi Bamboo Sungai Klah , Sungkai


Puluhan pilihan lauk pauk dan sayur serta ulaman kerabu dan sebagainya ada kat sini.Korang kena pilih dengan bijak sebab nanti dah ke hadapan tak boleh nak patah balik ambil atau letak semula lauk pauk. Marah orang lain yang sedang queue tu kan .


Nasi Bamboo Sungai Klah , Sungkai


Nasi Bamboo Sungai Klah , Sungkai


Mahal ke menu makanan di Nasi Bamboo Sungai Klah ni ? Tidak lah mahal, ia bergantung kepada pilihan jenis lauk pauk yang korang makan. Kalau hat yang premium macam ikan jenahak atau udang galah tu mahal la kan, sebab harga mentah nya pun dah mahal. 

Tapi kalau lauk pauk biasa tu korang tengok senarai harga kat bawah ni, masih harga normal sama seperti di restoran atau kedai makan lain juga. Cuma kat sini ada di masukkan sekali harga SST. Hat tu jadi jumlah sen sen yang berlainan.



Nasi Bamboo Sungai Klah , Sungkai


Nasi Bamboo Sungai Klah , Sungkai


Tengahari tu rezeki kami dapat makan telur sotong goreng kunyit. Rare menu ni jarang dapat kalau bukan musimnya , kan. Harga sepiring tu RM9.55 . Boleh lah makan bertiga sorang sikit sekadar nak rasa. Sedap lemak rangup je rasanya.


Nasi Bamboo Sungai Klah , Sungkai


harga nasi bamboo Sungai Klah


Dan itu pula adalah harga untuk satu bekas nasi bamboo. Nanti depa bagi pinggan mengikut jumlah nasi yang kita beli. Kami ambil 3 nasi bamboo sahaja tengahari tu, dah bertiga beranak jer kan. Bawa semua makanan ke meja yang Adik dah cop tadi, kemudian kak ana pii pula beratur ke bahagian air balang. 




Kami pilih air cawan sahaja,air longan, teh o ais dan air limau asam boi. Kalau ramai boleh ambil satu jug sekali lagi berbaloi juga lah kan. Air-air balang ni pun sedap secukup rasa sebab depa tak campur ais batu siap-siap. Bila kita order, baru depan buh ais dan tuang minuman, tak lah cair pekat terasa lagi minuman nya. 


nasi bamboo sungai klah


Tengahari tu kami makan 3 bekas nasi bamboo dan lauk pauk kat bawah ni. Nasi bamboo ni nasi kukus di dalam balutan daun, kak ana tak pasti daun apa tapi ada aroma pada nasinya dan di isi dalam keratan buluh. Lepas kita keluarkan ke pinggan,letak tepi meja nanti ada staff akan datang pungut . Mungkin nak masakkan semula keratan buluh tu untuk nasi seterusnya. 


nasi bamboo Sungai Klah ,Sungkai


Kami makan juga kambing panggang, ayam bunian dan telur sotong goreng kunyit macam dalam gambar bawah ni. Untuk kuah, kak ana ambil masak lemak sayur bayam seperti di dalam foto atas sekali nun. 


telur sotong goreng kunyit


ayam bunian

Anggaran makan kami 3 beranak tengahari tu lebih kurang sekitar RM50 lebih sahaja. Berbaloi Alhamdulillah sebab semua menu kat sini sedap-sedap. Masih sama rasanya seperti yang kak ana pernah singgah pada tahun 2018 dan 2016 yang lalu. Cuma berbeza harga la kerana sekarang makanan memang begitu lah kisahnya, harga naik dan mustahil untuk kembali murah,kan.. 


nasi bamboo Sungai Klah

Haa..kak ana dah bagi tips nak cepat dapat makanan dan tempat duduk, datang awal sebab kalau lewat banyak menu akan habis cepat nak nak hari cuti-cuti. Nak selesa maii datang hari biasa tapi kalau tak silap kak ana depa cuti hari Isnin,korang check dulu kat FB depa naa. 

Dan tak lama lagi mungkin ada cawangan Nasi Bamboo ni kat Behrang kalau tak silap sebab waktu kami lalu nampak dah papan tanda Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah di deretan shop lot di laluan utama Slim River ke Tanjung Malim. Tak tahu laa bila bukanya, kalau tak mungkin boleh singgah kat sini nanti kalau sana penuh , kan.. Semoga bermanfaat, In Syaa Allah... 





4 Comments

  1. Antara port kegemaran sy ni, Kak Ana. Tapi, datang sini memang kena bertabah la.. nak beratur ambil makanan dah lain2 barisan utk bakar2 dan lauk2, nak beli minuman pun kaunter lain. Tak silap sy dulu nasi pun kaunter lain, mujur skrg dah sekali dgn lauk-pauk. Kalau dtg ramai2, bolehlah beratur lain2, sorang cop tempat, hihi.

    ReplyDelete
  2. tempat viral ni duk tengok kawan2 je dah sampai,banyak sgh pilihan lauk dia ye harga berpatutan patut la ramai yang singgah

    ReplyDelete
  3. nampak ada restoran nasi bambu di Tapah

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sharing tips. Kalau tak biasa memang terpinga lah tak tau nak gi mana. Kalau 3 orang RM50 oklah, lagi-lagi kalau sedap

    ReplyDelete