Adik laa ngidam nak makan satay sangat. Dari minggu lepas lagi. Kebetulan Kak Long dan Aiman ada kat rumah malam ni, kak ana balik dari KL terus lah suruh Aiman order dahulu satay Pak Wan di Bandar Tasik Puteri . Senang nanti pii ambik jer dah siap-siap bakar.Mudah kan sebabnya Satay Pak Wan ni memang selalu fullhouse. 


satay Pak Wan Bandar Tasik Puteri


Satay Pak Wan Bandar Tasik Puteri 

Nak makan sana pun kadang-kadang penuh, kedai pula tak berapa luas sangat dan laa niii ia dah berpindah ke bahagian belakang bersebelahan deretan SegiFresh . Kat situ parkir pun azab sungguh nak dapat. Jadi kami cadang take away sahaja malam ni lepas order awal-awal. 


Satay Pak Wan Bandar Tasik Puteri


Apa yang kak ana nak share dengan korang ni, memang awesome sangat lah, berbaloi beli dan makan satay Pak Wan, korang. Saiz dia besar, gemoks sangat. Sedap garing dan kak ana sekeluarga suka makan satay yang berlemak-lemak gini.

Sebenarnya korang boleh pilih sama ada nak makan satay berlemak atau pun tanpa lemak. Beza laa harga dia. Hat yang tanpa lemak tu mahal sikit berapa sen beza harganya. Hat yang berlemak lebih murah. Terpulang selera masing-masing.

Malam tu, kak ana order 50 cucuk satay. 40 cucuk satay ayam berlemak yang berharga RM1.20 secucuk dan 10 cucuk satay perut yang berharga RM1.60 secucuk. Masyaa Allah.. tak habis kami makan berlima sekeluarga di rumah. Ada baki12 cucuk lagi.


satay Pak Wan Bandar Tasik Puteri


Sebabnya satay Pak Wan ni padat isi besar-besar korang. Berbaloi dengan harganya. Satay ayam dan satay perut sama besarnya. Sebelum ni kak ana ada belikan Kak Long satay ayam juga di Saujana Rawang, pada beberapa minggu lepas. Harga sama RM1.20 tapi saiz sataynya sangatlah halus dan kurus. Besar suku jari keliking je celah isi sataynya.

Satay Pak Wan ni berbeza sungguh. Sedap, garing bakarnya dan kuah pun sedap sesangat. Sekali pakej timun dan bawang. Alhamdulillah puas makan sekeluarga. 

Ini bukan paid review naa..memang kak ana review seikhlas hati nak share dengan korang, kalau nak makan satay try la Satay Pak Wan. Ada banyak outlet sekitar Selangor ni. Korang boleh la cari nombor whatsapp depa kat FB dan buat tempahan dahulu nanti ambil bayar. Boleh bayar cash atau debit. Mudah. Nak dine in pun boleh jer,lagi syok makan panas-panas kat sana kan. Semoga bermanfaat naa...



4 Comments

  1. Dekat je ni dgn Leyla. Tpi tak pernah Cuba sbb asyik penuh Kan. Nnti nk Try juga la

    ReplyDelete
  2. Pernah nampak iklan ni. Teringin jugak nak rasa satay pak wan ni. Ok boleh masuk dalam list.

    ReplyDelete
  3. Saya dapat 5 cucuk satay pun dah kenyang tersandar. Ini saiz gemuk-gemuk, confirm makan 3 pun dah cukup.

    ReplyDelete