Macam selalu kak ana kalau keluar jenjalan hujung minggu pasti akan makan tengahari atau pun brunch awal-awal. Baru selesa nak keluar jenjalan. Samalah kali ni pun kami brunch dahulu di sekitar Rawang sebelum keluar ke KL . 

Melainkan kalau memang plan nak makan lunch d luar. Tengahari tu kami dah brunch siap-siap dan terus keluar jenjalan. Last-last tak tahu nak pii mana, singgah la ke Melawati Mall, sahaja. Plan awal Adik nak cari tudung Fazura di Aeon, Wangsa Maju tapi dah tutup pula fizical store Fazura situ, kami pun ke Melawati Mall. 


restoran i love yoo!


Restoran I Love Yoo! Melawati Mall 


Puas lah meronda satu mall, tak ada juga tudung yang Adik berkenan nak beli. Memang dia nak tudung Fazura sebab senang nak pakai tanpa gosok dan ia pun comel-comel coraknya. Dalam erti kata lain, Adik nak cari tudung Bawal . 

Dah puas ronda, Adik pun dah lapar sebab dia tak makan banyak masa brunch tadi. Sampai kat LG Melawati Mall tu, nampak lah satu restoran atau lebih kurang kiosk makanan kat sudut. Dari jauh kak ana perhatikan ada logo Halal , Jakim. Okay Alhamdulillah boleh masuk makan ringan-ringan kat sini.


Restoran I Love Yoo! Melawati Mall


Sekadar nak minum petang kan, payah juga nak cari tempat makan yang simple ringan-ringan macam  ni. Nampak dari paparan menu, menarik sangat  untuk kak ana cuba. Menu makanan Cina nampaknya tetapi Halal lah kan sebab ada di pamerkan di dalam premis. 

Dan macam selalu sebelum kak ana terbitkan entri pun kak ana akan semak sekali lagi dan di nyatakan laman web depa, I Love Yoo! ada pensijilan Halal dari Jakim. 



Restoran I Love Yoo! Halal


Memang menarik dan unik menu makanan yang di jual di I Love Yoo! ni. Tertarik kak ana nak cuba kerana bagaikan mengembalikan nostlagia menu makanan di sekolah menengah kak ana dahulu. Memang ada gerai makanan yang di jual menu chinesse kerana sekolah kami adalah aliran Inggeris waktu tu. 

Menu kantin sekolah wajiblah Halal di pantau oleh pihak pentadbiran sekolah kami dan Kementerian. Dari situ lah kak ana pandai makan menu chinese yang sedap-sedap. Sekarang ni menu-menu begini dah ramai orang kita membuatnya, Alhamdulillah mudah nak makan kan. 


Restoran I Love Yoo!  Halal


Antara kuih yang di jual di I Love Yoo! adalah cakoi atau kat sini di tulis yoo tiao, sesame ball aneka inti yang sedap seperti resepi kaum baba dan nyonya seperti inti kacang merah, lotus, inti kacang tanah dan sebagainya. 

Ada juga di jual bebola keledek , bebola keladi , wantan goreng dan pelbagai lah. Semuanya nampak nostalgia dan sedap-sedap. Kami pun ke kaunter dan order lah 3 menu untuk minum petang. Antaranya yoo tiao cicah kuah kari, kak ana makan tau fu faa dan Adik lapar makan mee kantin dan minuman petang tu kami minum ILY! White Coffee dan ILY! Hainan Coffee.


Restoran I Love Yoo! Halal


Hat nii laa cakoi cicah kari tu. Dalam menu lain laa nama dia. Sedap lembut sangat cakoi di potong kecil ada pilihan nak cicah kaya atau kuah kari. Nak try kelainan kami pilih cicah kari. Kari kat sini adalah kari kapitan ala baba nyonya, memang lain rasa dia. 


Restoran I Love Yoo! halal


Kak ana sebenarnya nak makan dessert sahaja kat sini petang tu. Tapi tak ada pula menu dessert lain yang ada tau fu faa nii sahaja. Kak ana pilih dengan kuah gula merah. Sedap rasa tau fu faa jer laa kan. Tak ada lah nak claimed lebih pula hehe :) Dah memang tau fu fa ye dak .


Restoran I Love Yoo! Melawati Mall


Dan inilah mee kantin di I Love Yoo! Nampak pun sedap kan. Menggunakan mee kasar nampak macam mee tarik juga menu ni. Kak ana tak pasti jenis mee ni mee apa bukan mee kuning . Di makan dengan kuah kicap basah-basah bersama sambal , taburan udang kering goreng, kepingan cakoi di potong kecil dan sebiji telur separuh masak.

Serius sedap mee nii, lebih kurang rasa pan mee di mee tarik tu cuma ia tak lah sepedas mee tarik pan mee chili oil. Kat sini pun di beri chili oil bagi yang nak tambah pedas tapi pada kak ana tanpa chilli oil pun sedap dah. Mungkin sebab ada udang kering tu yang memberikan kenaikan rasa mee .

Apapun menu kat sini murah sahaja harga nya. Boleh sangat nak cuba bagi yang menggemari masakan ala cina simple minum petang. Ada juga menu berat untuk korang yang nak makan nasi dan bubur. Memang mengimbas sangat menu street food dahulu di kantin sekolah menengah kak ana. 


4 Comments

  1. tengok tau fu faa kak ana rasa nak ke pasar malam pula petang ni

    ReplyDelete
  2. makanan cina memang sedap2. kalau ada halal ok la kita nak makan takde ragu2.

    ReplyDelete
  3. Jauh Kak Ana berjalan sampai ke Melawati Mall tu :)

    ReplyDelete