Ini entri tertangguh yang kak ana terbitkan selepas hampir sebulan juga melalui pengalaman ni.  Banyak entri lain yang kak ana dahulukan lagipun masa pii sini dalam kecemasan kan tak lah ambil sebarang foto melainkan kad klinik untuk Kak Long. 

Nak kata kecemasan sangat pun tidak lah juga, sekadar nak berkongsi pengalaman kak ana ke sini untuk dapatkan rawatan kak long. Sejak mula hamil, memang dia muntah teruk juga sampai tak boleh nak masuk makanan apa dah. 

Risau dengan keadaannya selepas kak ana ke rumah nya di Bangi, kak ana minta izin Aiman untuk bawa balik kak long tinggal di rumah kami untuk seminggu dua. Nanti hujung minggu Aiman boleh la balik , tak jauh sangat pun dalam negeri Selangor ni juga . Lagipun rumah keluarga Aiman dengan kak ana dalam satu taman sahaja.


kos rawatan kecemasan di Hospital UiTM Puncak Alam
kredit foto FB HUiTM Puncak Alam 


Duk la kak long kat rumah ni, kak ana try bagi makan masakkan untuknya dan Alhamdulillah nampak bertenaga lah kembali. Tup tup! Kena batuk teruk pula, jangkitan dari ayahnya yang awal-awal batuk. Sampai dua malam juga kak ana tak tidur tengok kak long batuk tak henti sepanjang malam. 


Kos rawatan kecemasan di Hospital UiTM Puncak Alam 


Sebelum tu bawa ke klinik swasta berdekatan ni, tak jadi juga walaupun doktor ada bagi ubat batuk yang sesuai untuk ibu hamil. Puncak malam tu sampai kak long menangis bagitau perut dah krem dan sakit bila tarik nafas, lepas subuh kak ana cari info rawatan di Hospital UiTM Puncak Alam di internet. 

Kenapa kak ana nak bawa ke Hospital UiTM Puncak Alam ialah kerana tak daya nak bawa ke Hospital Selayang atau Sungai Buloh sebab pasti sesak dan lama menunggu. Pernah terbaca kos rawatan di Hospital UiTM ni lebih murah berbanding hospital swasta yang lain. 


Saya ( penulis pemilik blog ) tidak mengizinkan mana-mana 

agen insurans 

untuk gunakan artikel ini untuk tujuan promosi insurans anda!! 


Tapi kak ana tetap dapatkan info dan call terlebih dahulu dan dari perbualan telefon , pihak hospital mengarahkan kak ana bawa kak long ke Jabatan Kecemasan terus pagi tu.

Kami sampai di lobi Hospital UiTM Puncak Alam, bertanya kepada penyambut tetamu dan di tunjukkan laluan ke Jabatan Kecemasan. Sampai sana ada kaunter saringan, dan di sebab kan kak long batuk, perlu menjalankan ujian saringan covid19 terlebih dahulu. Alhamdulillah negatif dan di benarkan masuk ke ruang kecemasan zon hijau.


kos rawatan kecemasan di Hospital UiTM Puncak Alam


Buat pendaftaran di kaunter , ambil nombor dan pegawai tu ada tanya kak ana, sama ada berkhidmat di jabatan kerajaan atau pun anak seorang pelajar UiTM. Dua-dua pun tidak kerana kak long dah pun tamat pengajian di UiTM tahun lepas. Mungkin.. kak ana tak pasti kalau ada kretiria di atas ada potongan harga rawatan atau pun percuma kak ana tak pasti. Tak tanya la pula, korang boleh la call dan tanya naa..

Kemudian nama kak long di panggil dan di bawa ke bilik pemeriksaan kesihatan oleh MA , di ambil tekanan darah, sample darah dan sebagainya. Lepas tu kena tunggu seketika sebelum di panggil ke bilik doktor bertugas. 

Kak ana teman kan kak long masuk ke bilik doktor dan di lakukan pemeriksaan serta scan bayi dalam kandungan. Alhamdulillah tiada yang perlu di risaukan dan kami menunggu laporan keputusan ujian darah .

Selepas dapat keputusan ujian darah, juga alhamdulillah semua nya baik dan tiada yang serius. Kembali ke ruang menunggu dan ambil nombor sekali lagi untuk urusan bayaran dan dokumentasi perskripsi ubat. Debar juga nak tahu berapa kos rawatan kerana adanya ujian covid, ujian darah dan scan baby serta konsultansi doktor serta ubat. 

Di berikan jumlah bayaran yang di kena untuk semua rawatan dan konsultansi doktor hari itu untuk kes kak long ni cuma RM100.30 . Alhamdulillah.. tidaklah terlalu mahal bayarannya. Itu pun dari bil yang di berikan kos paling mahal adalah ujian covid sebanyak RM60 , sekiranya tidak perlu jalani ujian saringan covid tadi baru dalam RM40 sahaja kos nya termasuk ubat. Rasanya lebih murah dah dari bil rawatan ke klinik swata yang kami pii sebelum ni jika tanpa covid test tadi tu. 

Apapun bagus juga kan bila buat ujian saringan covid kita rasa syukur ia negatif kerana kak long mengandung, risau sangat jika ada jangkitan. Kak ana buat bayaran dengan debit kad dan kemudian ke farmasi untuk mengambil ubat.

Itulah pengalaman kak ana buat pertama kalinya mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital UiTM Puncak Alam. Kami ke Puncak Alam kerana ia masih tidak seramai di Hospital UiTM Sungai Buloh . Hospital baru la katakan. Lagipun ia lebih dekat dengan kediaman kami , ikut jalan belakang, kira ada short cut melalui Bandar Tasik Puteri ke Puncak Alam ni.


caj rawatan kecemasan di Hospital UiTM Puncak Alam
sumber foto laman web HUiTM Puncak Alam 


Di sini kak ana sertakan harga rawatan Hospital UiTM Puncak Alam yang kak ana perolehi dari laman web dan di pintu masuk jabatan kecemasan pun ada di pamerkan. Semoga bermanfaat buat sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan rawatan di sini. 

Cuma untuk pemeriksaan di klinik pakar Hospital UiTM kita perlu ada temujanji terlebih dahulu. Hanya untuk rawatan kecemasan sahaja boleh secara walk in. Dan waktu kak ana di sana pun ramai juga yang bawa anak-anak kecil dapatkan rawatan di sini, mungkin musim batuk, selsema dan demam kan.

Apa yang kak ana kongsikan di sini adalah kos rawatan untuk kes kak long sahaja naa. Untuk kos rawatan lain bergantung lah pada jenis rawatan yang bakal diberikan. Sekadar berkongsi pengalaman dengan pembaca semua. Lain kes lain kos rawatannya .  Semoga perkongsian ini ada manfaatnya.. Aamiin. 




3 Comments

  1. Eh murah betul charge rawatan kat situ kak..so hospital ni open to public la kan kak..ke tak? sebab Kak Long ex-UITM student kan...confuse SA kat situ...

    ReplyDelete
  2. Memang Hospital Selayang makin sesak.. tak larat nak tunggu que. Moga kak long dan baby sihat.

    ReplyDelete
  3. moga kaklong n baby sihat sejhtera jaga diri tiasa hspital UITM dekat ja senang nk berurusan

    ReplyDelete