Hei whatsapp guyyyyyy, satu hari satu resepi kadang-kadang dua resepi mantap-mantap yang di kongsikan oleh usahawan, influencer kesayangan rakyat Malaysia, Khairul Aming. Banyak pahala dia dapat kan berkongi ilmu dan di cuba pula oleh jutaan umat yang lain. 

Kak ana antara yang rajin duk try menu-menu resepi yang di kongsikan oleh beliau dan akan terbitkan pula disini. Ye laa, kadang-kadang orang nak buat tapi nak skrol Instagram dan Tiktok cari balik resepi tu makan masa juga kan. 


resepi ayam gepuk Khairul Aming


Paling mudah depa akan cari di internet dan kadang-kadang terjumpa lah entri kak ana sebagai rujukan. Kak ana kalau masak biasanya akan olah ikut citarasa sendiri tetapi masih menggunakan bahan yang sama seperti yang di ajar oleh beliau dalam video-videonya.

Hari ini kak ana nak share dengan korang cubaan kak ana dan Adik resepi Ayam Gepuk Khairul Aming. Semua menggunakan bahan yang di gunakan oleh beliau cuma sambal kak ana gantikan dengan cili merah sebab kak ana pengidap gastrik yang tak dapat nak makan pedas. Korang yang suka pedas, silalah gunakan cili api naa.. Ikut tahap kepedasan masing-masing. Jom kita start... 


resepi Ayam Gepuk Khairul Aming


Resepi Ayam Gepuk Khairul Aming 


Resepi ni terbahagi kepada beberapa bahagian penyediaan. Mula-mula ampa jangan lupa masak nasi putih awal-awal naa.. Kemudian kita buatkan perapan ayam nya terlebih dahulu. Perapan menggunakan bahan-bahan di bawah ni : 


Halia sebesar ibu jari

Lengkuas sebesar ibu jari lebih kurang 1 inci laa gitu

1 sudu makan biji ketumbar 

1 sudu makan serbuk kunyit 

1 1/2 sudu kecil garam 

Sedikit air

1/2 ekor ayam - potong ikut saiz yang di kehendaki


resepi Ayam Gepuk Khairul Aming


Kesemua bahan di atas kecuali ayam laa,  korang tumbuk kasar atau blend. Air tu agak-agak untuk dapatkan pes perapan jadi tak yah terlalu cair. Gaulkan dengan ayam dan perap sehingga 30 minit ke satu jam. Kak ana perap dalam 1 jam lebih juga dan hasilnya cukup sedap rasa perapan meresap ke dalam isi ayam selepas di goreng. Alhamdulillah..



resepi Ayam Gepuk Khairul Aming


Selepas perap, masukkan ke dalam periuk atau kuali dan kemudian masukkan air , rebus ayam hingga separuh masak. 


resepi Ayam Gepuk Khairul Aming


Angkat dan toskan, kemudian boleh lah di goreng dalam minyak panas pada api perlahan hingga garing untuk dapatkan tekstur dan warna yang cantik. Kak ana goreng bila dah hampir nak buka puasa atau time nak makan supaya sedap makan panas-panas. 

Sambal ayam gepuk Khairul Aming 


Untuk penyediaan sambal juga ada dua bahagian lagi. Pertama untuk kacang gajus. Boleh pula kak ana tak ambil gambar penyediaan dan hasil kacang gajus. Maklum lah bulan puasa ni kan kelam kabut nak masak, tapi nak juga share resepi.. Adoi..

Bahannya cuma sepaket kacang gajus, blend kasar atau tumbuk kasar. Letakkan dalam piring dan tuangkan minyak panas. Kak ana gunakan minyak gorengan ayam tadi adalah perasa sikit kan dari ayam goreng kita. Panas kan semula dan curahkan dalam kacang gajus yang di tumbuk atau blend kasar. Siap.



resepi Ayam Gepuk Khairul Aming


Untuk sambal cili pula, gunakan cili api merah atau kak ana gunakan cili merah sahaja kerana kak ana tak tahan pedas. Ikutlah tahap kepedasan masing-masing kuantiti cili yang korang nak guna. Tumbuk atau blend kasar bersama bawang putih. 

Dengan kaedah yang sama, tuangkan minyak panas-panas ke dalam sambal dan kacau sebati. Boleh lah korang satu kan kacang gajus atau pun makan berasingan dengan sambal cili ini. 



resepi Ayam Gepuk Khairul Aming


Bahan sampingan lain untuk menu Ayam Gepuk Khairul Aming adalah kobis goreng , tempe dan tauhu. Kobis ni goreng sahaja dalam minyak hingga garing , tak perlu bahan lain. Kobis sahaja dan toskan minyak, ketepikan. 


resepi Ayam Gepuk Khairul Aming


Untuk tauhu pula, kak ana goreng dua ketul tahu tanpa di potong di dalam minyak. Bila dah masak , angkat, tos minyak kemudian baharulah kak ana potong keping kecil. 

Tempe pula mestilah kita kena potong-potong nipis dahulu, lumurkan sedikit garam dan goreng. Angkat toskan minyak. Selesai.



resepi Ayam Gepuk Khairul Aming

Satukan kesemua makanan di dalam pinggan dan Bismillah... makan lah ayam gepuk resepi Khairul Aming. Memang tak lawa plating pinggan kak ana sebab dah nak buka puasa time tu. Buh je semua bahan yang ada. Kak ana pula suka bahagian kepak. Kalau buh peha , lawa la sikit kan..

Apapun kak ana puas hati dengan citarasa perapan ayam gepuk resepi Khairul Aming ni. Memang sedap dan akan kak ana guna pakai dalam menu masakan ayam goreng di masa akan datang, In Syaa Allah. Sambal dan lain-lain bahan tu sebagai pelengkap hidangan. Selamat mencuba naa.. 

3 Comments

  1. Dah perap lepas tu rebus lepas tu goreng...oh mesti rasa dia lain ni

    ReplyDelete
  2. waaah dah menjadi ye kak...saya masih screenshot dan save bila nak buat tak tau haha

    ReplyDelete