Kali pertama makan nanas goreng di Saudagar Nanas, Sungai Merab
Sebelum ni Kak Long ada pii Saudagar Nanas kat Sungai Merab, Kajang. Dia bagitau kat ibu, tempat ni ala-ala Cameron Highlands, bu.. tapi versi panas . Ada pula Cameron Highlands versi panas ye hehe :)
Rupanya kalau di Cameron Highlands kita akan menikmati aneka sajian berasaskan strawberi tapi di Saudagar Nanas ni, kita akan makan menu-menu yang berasaskan nanas. Lokasi pun di atas bukit, nampak lah pemandangan belah bawah, ada laa rasa-rasa macam Cameron gituew. Ambil feel kata orang...
Kak ana ke sini seminggu sebelum puasa ritu. Kebetulan Adik ada menyertai expo di MAEPS , Serdang. Awal pagi kami hantar dia, lepas tu tak tahu nak pi mana, kami waze ke Saudagar Nanas, Sungai Merab. Tak jauh sangat dari MAEPS.
Ladang Saudagar Nanas , Sungai Merab
Kami sampai sekitar jam 10 pagi macam tu. Cuaca agak panas juga lah ketika musim panas terik. Di sambut oleh ribuan pokok-pokok nanas di sekeliling kawasan yang agak berbukit. Parkir kereta terus ke hadapan tempat makan.
Banyak seat kat sini, korang boleh pilih nak makan di ruang berhawa dingin, di ruang atas bumbung atau di luar sambil menikmati pemandang di bawah bukit. Menarik juga tempat ni untuk sekali sekala berubah angin kan.
Kat belah bawah tu ada port ootd dengan buai yang berlatar belakang kan pemandangan bawah bukit. Tak sempat nak pii sebab ramai yang queue untuk bergambar. Kasi lah kat depa nak berootd kat sana.
Kak ana dan suami pilih untuk makan di ruang luar tepi bukit. Berangin juga kat sini walau pun cuaca agak panas terik meskipun masih awal pagi waktu tu. Sementara suami jaga tempat, kak ana pi kaunter dan order mengikut menu yang ada.
Kecewa juga tak ada kek atau dessert , tetapi merasa lah buat pertama kali kak ana makan nanas goreng. Eh sedap laa korang, nanas goreng. Juicy kat dalam tapi crispy sangat kat luar. Rasa punya laa manis nanas MD2 nii kalau tak silap kak ana.
Cicah pula dengan sambal kicap, pergh!! Lebih sedap dari makan pisang goreng pada kak ana. Terliur sungguh bila tengok balik gambar, sebab masa kak ana publish entri ni dah masuk bulan puasa. Nak pii ke Sungai Merab tu, bukan lah dekat dengan kediaman kak ana. Ahhh sudahhh !! Mana nak cari nanas goreng niiii...
Selain dari nanas goreng, kami makan juga nasi lemak sambal nanas. Nasi lemak , ayam goreng besar bahagian dia, ada sambal tumis dan juga sambal nanas. Sedap juga sambal nanas ni, manis-manis pedas rasanya.
Ada pelbagai juga menu dari nanas seperti lempeng, kerepek dan sebagainya. Cuma hari yang kak ana maii tu tak ada kek atau sebarang dessert. Yang ada aiskrim dan juga jelly. Kak ana minum air jus nanas pun sedap dan manis pekat jus nya.
Selain itu kat Saudagar Nanas ni ada juga jual pelbagai produk berasas kan nanas, termasuk lah sambal nanas yang kami makan dengan nasi lemak. Nak beli benih nanas pun ada. Sebab tu ia ala-ala Cameron tapi versi panas dan nanas. Buah nanas pun mestilah ada jual kat sini.
Sangat menarik pada kak ana idea menjadikan nanas sebagai tarikan umum ke Saudagar Nanas. Nanti ada kesempatan boleh lah kak ana maii lagi, In Syaa Allah.. Nak sangat makan nanas goreng sekali lagi. Memang sedap.
Korang kalau kebetulan ada sekitar Kajang, Serdang atau Putrajaya boleh la ke sini lepas raya nanti. Menarik pada kak ana untuk di kongsikan bersama pembaca setia blog ini. Semoga setiap perkongsian ada manfaatnya.. Aamiin..
2 Comments
aduhh kak ana tertelan2 ayaqliur bila baca nanas goreng cicah sambal kicap lagi sedap dari pisang goreng
ReplyDeletebanyak produk berasaskan nenas tu
ReplyDelete