Suka makan Pop Meals Daging Salai , sedapp!!
Dari awal-awal adanya Pop Meals yang dahulunya di kenali dengan nama Dah Makan , kak ana dah try pelbagai menu sebelum ni. Biasa sahaja menu-menu yang kak ana pernah try dahulu laa, waktu tu antara yang kak ana paling suka adalah Honey Soy Sesame Chicken.
Tapi kan, beberapa bulan lepas, kak ana bersama kak long dan Adik , makan lah Pop Meals di Sunway Putra Mall. Masa tuu kak ana order Daging Salai bersama set nsi depa la. Mak aii sedap korang. Memang sesedap rasa gulai lemak daging salainya. Sama macam masakan di gerai atau restoran daging salai tradisional.
Pop Meals Daging Salai
Kak ana cerita lah kat suami, pas tu beberapa minggu yang lepas, sekali lagi kami lunch di Pop Meals. Maklum la Pop Meals ni antara menu harga marhein laa kalau nak makan di mall. Kali ni di Pop Meals, Setia City Mall pula.
Kak ana orderkan suami set nasi Pop Meals Daging Salai. Suami rasa , setuju dengan kak ana, memang sedap gulai lemak daging salainya. Daging salai dengan aroma asap salai. Di hiris nipis, lembut dagingnya.
Kuah lemak cukup lemak manis tak terlalu pedas. Di hidangkan dengan nasi putih, keropok moni dan ulam timun di hiris. Berbaloi juga portion di dalam bekas mangkuk kertas kecil ni, banyak isi daging salai di dalamnya. Alhamdulillah mengenyang kan..
Harga kalau tak silap kak ana dalam RM13.90 atau Rm14.90 macam tu la. Berbaloi la untuk menu makan di mall, kan. Pop Meals ni juga selalu ada di Food Panda , Shoppe Food dan in-house delivery depa pun ada kalau tak silap kak ana. Jadi kalau korang teringin nak makan, boleh la try naa. dine in atau delivery sekali sekala.
Hasil carian di internet, Pop Meals menjelaskan bahawa semua menu mereka menggunakan produk tempatan yang Halal.
6 Comments
Selamat menjamu selera
ReplyDelete1st time dengar nama pop meals ni, k.ana..ketinggalan nya saya..hehe..eh kat Sunway Putra Mall, dekat je dgn ofis saya. Boleh lah try bila2 nanti...
ReplyDeleteAdoi, Kak Ana.. terus sy terasa nak makan Daging Salai Masak Lemak ni.
ReplyDeleteAnak saya suka mac n cheese di Pop Meal. Belum cuba lagi menu daging salai. Nanti nak cuba jugak la.
ReplyDeletebeberpa kali nak try beli di grab food, tapi belum terbeli lg 😅 boleh try lah lepas ni. tq sharing..
ReplyDeleteNampak sedaplah.
ReplyDelete