Ada beberapa kali dah kak ana tengok orang duk share masak atau makan kuih kasui pandan bunga cantik nih. Teringin sangat nak rasa, sama ke dengan hat yang sebelum ni ? Nak buat tu macam tak lah kut, sebab kat rumah ni kuih-kuih gini tak dapat sambutan .

Suami dengan Adik kurang minat. Selalu kalau teringin kak ana beli je kuih-kuih tradisional lama ni. Tapi hat ni kuih moden lah, kuih tradisional yang di moden kan, gituew. 


kuih kasui pandan viral



Cari juga kat kedai makan nak beli kuih kasui viral ni, belum lagi jumpa di jual kat area kediaman kak ana ni. Adik ipar kak ana, Jue, adalah try buat, tapi dia nun kat Manjung sana, jauh nau nak makan. 

Nak jadi kan rezeki, besan kak ana Ida hantar hari tu kat rumah. Ida memang selalu open order tempahan kuih dan roti. Rezeki kan, dapat gak menikmati bagaimana rasa kuih kasui viral nih.. 

Sedap tak kuih kasui pandan viral ?


Masyaa Allah.. sedap weii rasa kuih kasui pandan viral ni. Kena sangat pada selera kak ana yang menggemari kuih kuih tradisional Melayu kita ni. Sedap sangat aroma daun pandan atau esen pandan kak ana tak pasti, tapi memang menggoda jiwa aromanya.


Kuih kasui pandan viral

Tekstur dia pun lembut gedik gedik je gitu. Sama sahaja lah rasa macam kuih kasui tradisional dulu-dulu cuma mungkin sebab ia dalam acuan di sapu pula dengan minyak untuk mudah di keluarkan, jadi ia rasa lebih lembut berbanding yang di masak dalam loyang kemudian di potong untuk hidangan.

Atau pun lebih kurang rasa kuih lompang yang berlubang tengah dan kita isi inti kelapa dalam nya kan. Sama sahaja dari segi rasaa cuma hat ni lembut gedik gedik dan licin. 

Sedap di makan dengan kelapa parut buh garam. Kelapa parut ni dapat kelapa parut putih muda lagilah nikmat. Jadi ia bukan sekadar cantik di kukus dalam acuan tetapi sedap rasanya. 

Kalau korang nak buat sendiri carilah di internet resepinya, naa. Kak ana tak buat lagi dan rezeki dapat makan merasai kesedapan kuih kasui pandan yang tengah viral di perkatakan saat ini. 

Bagus sebenarnya meng inovasikan resepi tradisional lama, kepada yang lebih komersil dan moden tetapi masih mengekalkan rasa tradisional nya. Alhamdulillah semoga ia tidak akan melupuskan menu menu resepi kuih tradisional lama kita zaman berzaman. 

8 Comments

  1. Eh bentuk bunga plak ye kak ana...macam2 bentuk dah sekarang kan...nasib la SA x pandai buat kuih...teringin nak buat tapi x berani tanggung risiko...SA kalau buat kuih memang manjang x jadi

    ReplyDelete
  2. kuih ni hari2 lalu lalang..teringin juga nak buat sendiri tapi banyak malas dari rajin tu yang tak buat2 lagi

    ReplyDelete
  3. Kuih ni pernah nampak kat Rumah Kueh Kak Zu. Elok je bentuknya kan?. Oh ya ada kat situ bentuk macam ni jugak tapi apam beras.

    ReplyDelete
  4. Saya peminat kaswi tapi belum cuba lagi kaswi gedik.

    ReplyDelete
  5. Sedap ada yang warna hijau ada yang perasa gula melaka. Lagi lembut sebab tu gedik. hehehe

    ReplyDelete
  6. kuih kasui pandan harum ja aromanya mmg sedap tu

    ReplyDelete
  7. Memang sedap kuih kasui @ kaswi pandan. Aromanya saja dah cukup menggoda selera.

    ReplyDelete