Hari tu kak ana, suami dan Adik pii jenjalan ke Melawati Mall. Memang Melawati Mall ni antara favourite mall kami laa. Best sini parking pun murah, banyak kedai dekor, baju dan tempat makan. Melawati ni suatu masa dahulu memang area kediaman kak ana sekeluarga sebelum berpindah ke kediaman laa nih..

Adik sebenarnya nak makan nasi arab di M3 Mall, Taman Melati, tapi kedai favourite Afghan Hydramout tu dah tutup rupanya. Itulah yang melarat sampai ke Melawati Mall nak cari makan tengahari. 


Memang Meow Melawati Mall


Jalan-jalan terpandang lah restoran yang agak baharu di buka di Melawati Mall, dan sebelum ni pun kak ana dan suami dah pernah makan waktu kami di Mitsui Outlet. Yang kak ana maksudkan adalah restoran Memang Meow.


Memang Meow Melawati Mall


Memang Meow di Melawati Mall 

Nampak cantik outlet Memang Meow di Melawati Mall, berbeza dengan yang kami makan di Mitsui sebelum ni kecil je. Syok makan sini sebab macam dekat jer dengan kucing , nama pun Memang Meow ye dak. Tapi tak ada kucing pun dalam restoran ni, nama jer..

Banyak menu pilihan masa laa nih. Paling best bekas air depa laa ada gambar kucing hitam huhu :) Kami makan menu nasi lemak dan western pula kali ni. Alhamdulillah sedap kena dengan selera dan harga pun berpatutan, standard harga menu di mall.




Memang Meow di Melawati Mall


Pilihan Adik kat sini adalah Mushroom Chicken Chop with Spaghetti. Potongan ayam chicken chop agak besar dan mengenyangkan. 

Di goreng crispy dan sedap perapannya. Mushroom gravy biasa sahaja, sama seperti kedai western lain dan portion spaghetti juga agak banyak dan creamy rasanya. Set hidangan ni berharga RM19.90 



Memang Meow di Melawati Mall


Hat ni laa cawan plastik Memang Meow yang cute tu, ada kucing comel itam pada cover, kesian nak cucuk straw hehe :) Omey sangat kan. Air ni ice lemon tea kalau tak silap kak ana, biasa laa lupa dah sebab baru laa nak terbit kan entri, makan lama dah sebenarnya. Memang Meow ada pelbagai signature drinks yang sedap-sedap .



Memang Meow di Melawati Mall




Hat kak ana minum ni kopi o ais tradisional. Comel sangat penyediaannya di berikan kole Memang Meow berisi kopi o dan sebuah gelas berisi ais pun ada gambar kucing comel itam. Tapi bila kak ana dah tuang kopi o dalam gelas ais ni tak nampak pula budak Memang Meow yang comel tu sebab sama warna , kannn.. 




Memang Meow di Melawati Mall


Suami kak ana makan nasi lemak ayam goreng berempah. Hidangan ni datang dengan kombo minuman berharga RM19.90 sahaja. Ada ayam goreng berempah yang agak sedap juga perapannya bersama hidangan nasi lemak seperti sambal, telur rebus, keropok dan ikan bilis serta kacang tanah goreng.

Nasi lemak rasanya biasa-biasa sahaja, sambal pun just nice tak terlalu pedas dan berminyak. Okay lah pada kak ana untuk sajian nasi lemak yang cukup mengenyangkan, Alhamdulillah.. 


Memang Meow di Melawati Mall


Kak ana pilih mushroom chicken chop untuk menu tengahari tu. Harga nya sama juga RM19.90 . Menu ni sama sahaja macam yang Adik makan, cuma hat ni tanpa spaghetti. Ia di hidang kan bersama 2 side dishes dalam pinggan iaitu coleslaw dan fries serta sayuran tomato dan sos cili. Gravy mushroom sama sahaja rasa standard gravy . 

Macam biasa lah kan, sebelum makan kak ana akan cari info halal sesebuah restoran terlebih dahulu dan hasil carian di https://memangmeow.com/contact/ menyatakan dalam perenggan FAQ , rangkaian restoran kopitiam Memang Meow adalah Halal .

Semoga coretan kali ini juga ada manfaatnya buat semua, In Syaa Allah... 






3 Comments

  1. Mujur makanan sedap di Memang Meow ni, Kak Ana. Taklah kecewa sangat tak dapat makan nasi arab.

    ReplyDelete
  2. daya penarik meow menyelerakan ide kreatif

    ReplyDelete