Lama dah teringin nak pekena nasi daun pisang Indian Style dari BananaBro, tiap kali jumpa outlet depa kat mana-mana mall. Tapi biasa lah kan kalau keluar hujung minggu, manjang laa full house sampai kena queue terus jadi malas.
Happy sangat bila dapat tahu kat Aeon Rawang pun dah ada outlet BananaBro baharu sahaja di buka. Tak lah jauh dari kediaman kak ana. Dan rezeki merasa juga makan nasi daun pisang Banana Bro ni bila Adik belanja beberapa minggu yang lepas.
BananaBro Aeon Rawang
Sebelum meneruskan kisah makan nasi daun pisang BananaBro ni, hasil carian kak ana di internet menyatakan BananaBro memiliki pensijilan Halal Jakim . Alhamdulillah.. Memang kak ana akan cari dahulu info sebelum terbitkan mana-mana entri makan ni.
BananaBro Aeon Rawang ni baharu sahaja di buka dan boleh di katakan hujung minggu selalu sahaja full house. Malam tu kami pii bertiga sahaja dengan suami dan Adik Ika. Nampak macam penuh seat tapi tak lama kemudian kami dapat juga meja bila ada orang siap makan dan berikan meja pada kami.
Staff akan datang dan ambil order di meja makan. Kemudian depa akan datang ke meja bawa daun pisang dan meletakkan menu makanan ke atas daun pisang. Nasi korang boleh minta banyak mana pun , staff akan ceduk dan buh atas daun.
Kami ambil Craving Set BananaBro ni berharga RM 10.90 . Set hidangan atas daun pisang ni datang dengan sayuran bersama nasi putih, salad timun ( sedap nii kak ana suka ) , peria goreng rangup ( pun sangat sedap tak pahit ) , di tuang kan 4 jenis kuah campur dan rasam serta papadom.
Set ni tak da lauk naa, hanya sayuran sahaja bersama nasi. Untuk lauk kita perlu add on pilihan lauk pauk yang ada kat menu.
Minuman ni memang sedap, teh tarik lawa cold yang kami ambil dalam set Family Combo untuk 2 pax . Pelbagai pilihan air minuman pun ada untuk korang pilih. Cuma kat sini tak ada dessert jer laa untuk penggemar dessert macam kak ana huhu :)
Selain dari Craving Set ni, kami ambil satu lagi set Family Combo untuk 2 pax yang berharga RM49.90 . Set ni datang dengan 2 Craving Set , 1 menu Chicken 65 , Squid Ring dan 2 air teh tarik lawa sejuk. Berbaloi dah kalau makan berdua dengan set ni.
Chicken 65 ni memang banyak dan cukup untuk 2-3 orang makan, sama la juga dengan sotong goreng tu atau squid ring, Memang banyak dalam satu piring , tak perlu dah nak tambah menu lain. Ayam goreng Chicken 65 ni boleh di katakan signature dish BananaBro laa, memang sedap.
Sama juga Squid Ring tu pun cukup garing dan rangup di makan. Tak habis makan, kak ana minta staff tapau bawa balik. Kak ana tengok ada beberapa meja tinggal macam tu jer dalam pinggan tak habis makan. Sayang nya laa kan, sebab tu kak ana minta staff depa tolong tapau bawa balik hat meja kami yang tak habis.
Inilah 4 kuah campur yang kita boleh refill , ada jer staff yang duk keliling panggil depa mai tuang kuah. Ada juga yang depa tinggalkan sahaja set kuah ni atas meja makan. 4 jenis kuah ini adalah kuah kari ayam, kuah kari ikan, dhal dan rasam ketam.
Untuk makan malam tu, kami juga order Butter Chicken berharga RM9.90 dan ikan tenggiri goreng RM11.90 sekeping. Kiranya untuk makan bertiga kami ambil satu Craving set dan satu set Family Combo kemudian add on 2 jenis lauk.
Itu pun kira macam terlebih juga lah sebab pertama kali makan kan, ingat kan lauk tu sikit je dalam bekas piring rupanya memang banyak dan kalau ikut tak perlu dah nak add on lauk lain. Apapun rezeki malam tu puas makan, Alhamdulillah...
Kalau korang mengidam nak makan nasi daun pisang Indian Style ni boleh la ke mana-mana outlet BananaBro . Memang padu dan sedap kesemua menu yang kami makan malam tu. Sekali sekala kata orang boleh laa Bro, hari-hari jenuh ler pulak.. Semoga bermanfaat...
1 Comments
Sya pun nak cuba juga nanti
ReplyDelete