Sambal ikan bilis belimbing buluh
Duk leka dengan jaga kak long dalam pantang, lama kak ana tak turun ke kebun belakang rumah. Memang padat sangat masa berlalu waktu tu. Awal pagi , siapkan suami dan Adik Ika nak ke pejabat, siapkan sarapan depa .
Kemudian siapkan sarapan kak long pula, maklum lah orang dalam pantang, arwah mak pesan jangan sarapan lewat nanti masuk angin. Kemudian siap kan air mandian kak long dan baby H . Pas tu ke kedai cari lauk, siap-siap masakkan kak long lauk dalam pantang. Mandikan baby H dan macam-macam lah.
Tak pe la bukan selalu, ini lah masa nak bantu anak ye dak. Tapi kak ana pun bukan pandai sangat bab jaga orang dalam pantang ni, banyak bertanya pada sepupu-sepupu dan geng sekolah MGS kak ana yang ramai dah senior jadi opah.
Panjang pula mukadimah kat atas tu ye. Kisah sebenarnya nak cerita pasal sambal ikan bilis belimbing buluh pemberian jiran kak ana , Zura. Bila kak long dah habis pantang, baru lah sempat nak melawat kebun belakang rumah.
Masyaa Allah.. Alhamdulillah.. rupanya banyak buah belimbing buluh lebat berbuah. Bergayut-gayut dari pangkal sampai ke atas dahan. Kak ana memang tak dan nak masak-masak lagi. Terus bagitau jiran Zura, suruh suaminya Abang Yaya pii petik ambik.
Kak ana post juga dalam status whastapp, kut ada jiran teringin nak masak pii la petik . Besan respond nak . Bagi dah kat dia melalui Zura. Kemudian mak saudara jiran maii dari Kelantan, kak ana tanya pandai dak makan buah belimbing buluh. Pandai jua rupanya, suh la petik ambik seplastik penuh.
Alhamdulillah.. tak lah sayang buah gugur musim hujan laa nih. Kalau tak sayang sangat rasa rezeki Allah swt turun kan terbuang gitu sahaja.
Sambal ikan bilis belimbing buluh
Selang beberapa hari sampailah sambal bilis belimbing buluh air tangan Zura. Allahu Akhbar.. sedap sangat. Memang Zura orang negori ni pandai bab masak-masak sambal. Semua masakannya sedap. Rezeki berjiran dengan nya.
Sambal ikan bilis belimbing buluh ni kak ana makan dengan nasi putih dan telur dadar dah cukup. Kak ana nak share dengan korang resepi nak buat sambal ikan bilis belimbing buluh yang kak ana jumpa di internet.
Resepi sambal ikan bilis belimbing buluh
Bahan-bahan:
Ikan bilis*
Cili merah & cili padi* – (Ikut suka nak pedas mana)
Bawang merah*
Belacan (optional)*
Belimbing buluh – dihiris bulat, kalau suka masam boleh lebihkan.
Cara memasak:
1. Mula-mula, tumbuk kasar atau halus bahan yang bertanda *.
2. Kemudian, tumis kesemua bahan yang telah ditumbuk.
3. Masukkan belimbing buluh.
4. Tumis sampai garing dan pecah minyak, perasakan dengan garam dan juga gula. Siap!
Nanti kalau ada stok belimbing buluh boleh cuba jadikan sambal ikan bilis selain dari sambal hitam dan juga masak lomak. Semoga bermanfaat..
5 Comments
Makan dengan nasi panas, ayam goreng/ikan goreng boleh bertambah nasi ni kak adoi
ReplyDeleteAlamak sedapnya la hai...buat sambal macam ni sedap..buat sambal hitam pahang lagi sedap kan kak ana
ReplyDeleteBaru hari ini buat sambal sotong. Dulu pernah dapat juga belimbing buluh ni. Tak ingat masak apa...haaa masak lemak kot.
ReplyDeleteTerliur terus sy Kak Ana.. padahal baru lepas makan ni 😂
ReplyDeleteSedapnya sambal belimbing buluh. Saya suka kalau buat sambal hitam Pahang, boleh bertambah2 nasi dibuatnya.
ReplyDelete