Cara simpan daun ketumbar tahan lama
Paling sensetif dan cepat kecut layu sungguh tiap kali beli daun ketumbar untuk kegunaan masakan, betul tak ? Kadang-kadang kak ana beli guna sedikit sahaja, niat nak simpan lah baki untuk kegunaan lain kali, ermmm...
Kak ana pernah bungkus dengan surat khabar, basahkan surat khabar dan balut, pastu simpan dalam peti sejuk. Esok nya dah membusuk daun jadi lembik dan kuning. Pernah juga try rendam dalam air buh atas peti ais kat luar, esoknya udah lah layu terkulai sepi ..
Cara simpan daun ketumbar tahan lama
Selang beberapa hari kak ana buka dan tengok, alhamdulillah masih kekal segar tak kecut dan kering. Kemudian selepas seminggu kak ana check semula, dah ada daun-daunnya yang mula kuning. Kak ana buang daun kuning-kuning dan simpan semula baki yang masih segar tu.
Paling lama bertahan lebih 10 hari juga kalau tak silap dan terdapat beberapa tangkai yang kekuningan tetapi masih ada yang kekal segar. Nampak gayanya, menjadi lah ujikaji kak ana nih. Ye laa, takkan nak simpan sebulan mesti lah makin banyak yang akan kekuningan nanti.
Jadilah kan dalam seminggu dua, dapatlah buat dua jenis menu atau pun simpan untuk stok masak bila di gunakan. Korang boleh lah try teknik yang kak ana kongsikan ni.
Semoga bermanfaat dan dalam hidup ini, kita sedaya upaya elakkan pembaziran. Berjimat lah semampu yang mungkin , In Syaa Allah sama-sama kita cari keberkatan dalam setiap perbuatan kita di muka bumiNya ini...
7 Comments
Boleh la try simpan daun sup nanti. Daun ketumbar jarang beli. Terima kasih kongsi tips.
ReplyDeleteMemang tahan kalau buat macam ni. Kena pastikan kering dan alas tisu..
ReplyDeleteKat umah memang apa2 sayur Cuya akan balut dengan tisu dapur dan simpan dalam bekas.. memang tahan
ReplyDeleteOh okay cara baru tahu ni.. Insyallah boleh cuba thanks for sharing :D
ReplyDeletesatu lagi yang susah nak simpan daun bawang...ni boleh la cuba tips kak ana
ReplyDeletedaun ketumbar memang sedap orang cakap bila dalam masakan. wangi.. tapi busyra tak boleh.. kalau masuk dalam tomyam, jadi satu hal pulak nak kutip satu2.. hehe
ReplyDeletesaya selalunya frozenkan daun bawang dan ketumbar jika tidak habis. cara saya basuh bersih2 dan potong. gaulkan dgn minyak msk sikit. so klu nk guna msk sup, stim or buat dumpling..ambik je ngan sudu. mudah dan tidak membazir.
ReplyDelete