Musim tak berapa sihat nampaknya sekali lagi melanda kak ana sekeluarga. Kebelakangan ni memang kerap kena demam. Tiap kali demam , kami buat swab test. Risau juga menjangkiti orang lain kan. Adik pula kali ni demam, batuk dan selsema serta sakit tekak.

Dua kali buat swab test, negative keduanya. Dia makan ubat klinik dan alhamdulillah dah boleh ke pejabatnya untuk kembali bekerja selepas sehari work from home. Rezeki juga pengurusan pejabat membenarkan pekerja yang tidak sihat untuk work from home sahaja. 


Resepi kuewtiau sup


Resepi kuewtiau sup 

Masa tak berapa sihat ni lah kak ana cuba beri dia makanan yang boleh lawan sikit kurang selera kerana sakit tekak dan batuk. Kak ana masakkan dia bubur nasi dan juga keesokkannya masak pula kuewtiaw sup.  Kuah sup putih ala-ala chinesse style. Memang berselera di makan waktu tekak hilang selera gini.




Resepi kuewtiau sup


Resepi ni ikut olahan kak ana sendiri sahaja. Kak ana suka kan kuah sup tu jernih putih dan di makan bersama kuewtiau dan telur puyuh rebus. Saja lah kan sebab Adik Ika suka makan telur puyuh ni. Bagi dia selera sikit.

Bahan-bahan untuk kuah kuewtiau sup :

Isi ayam - potong kecil kecil
1 paket bebola ikan 
1 sudu makan rempah sup atau pun boleh guna sup bunjut
3 ulas bawang putih - di ketuk sahaja
1 inci halia - juga di ketuk atau pecahkan sahaja
Bahan penumis bunga lawang dan kayu manis
Sehelai daun salam - jika ada
Garam secukup rasa 




Resepi kuewtiau sup



Cara masak kuah sup putih :


1. Tumiskan bunga lawang dan kayu manis. Guna sedikit sahaja minyak.

2. Masukkan juga bawang putih dan halia.

3. Masukkan isi ayam dan biar masak seketika.

4. Masukkan rempah sup yang di bancuh dalam air atau pun sup bunjut.

5. Masukkan daun salam dan tuang kan air secukupnya.

6. Masak ayam hingga empuk dan bila menggelegak, buang kan lapisan minyak di permukaan kuah sup supaya kuah sup kita menjadi jernih. 

7. Bila ayam dah masak, masukkan bebola ikan dan rasakan dengan garam secukupnya. Siap dah. 



kuewtiau sup ala chinesse


Untuk menghidang tu , letakkanlah apa-apa bahan yang korang rasa sesuai di makan bersama kuewtiau sup . Kak ana hidangkan dengan taugeh, telur burung puyuh, cili potong dan kicap serta daun sup dan daun bawang. 

Adik ni tak suka makan sayur , kalau nak sedap boleh juga hidangkan dengan sayur fatt choy, kan. Cuba lah naa.. mana tahu kena dengan selera ampa semua. Kuah tu jadi jernih putih kerana kak ana dah buang kan permukaan berminyak waktu tengah masak tadi. Nampak menyelerakan, ye dak.. Semoga bermanfaat.. 


4 Comments

  1. orang yang sihat ni tengok bertambah2 terliur

    ReplyDelete
  2. maksudnye buat kuah sup biasa je la kan, cuma perlu tambah kuew tiow tu.. InsyaAllah nak cube nanti untuk anak2..

    Alhamdulillah dah pulih demam, semoga lepas ni demam x bertandang lagi.. ameeeennnnn

    ReplyDelete
  3. Mudah resepinya, terima kasih share :)

    ReplyDelete
  4. sbb dia chinese style...jadi kita cakaplah hmmmmm "hen hao chi". sebab mmg nampak sedap. Ammi mmg peminat makanan bersup ni..tambah pulak kalau ada cili kicap

    ReplyDelete