Hey whatapp guyssssss.... bergema dan ternanti-nanti suara dak Khairul Aming tiap hari sepanjang bulan Ramadan ni kan.. Satu hari ada sahaja satu dua resepi yang di kongsikannya dan akan jadi viral lah sampai kehabisan stok produk yang digunakannya dalam resepi beliau. 

Itulah penangan Khairul Aming sepanjang bulan Ramadan Mubarrak yang mulia ini. Kak ana dan Adik Ika pun rajin jer nak cuba resepi-resepi nya, selalunya dessert dan air lah, kan. Tapi kali ni kak ana try pula buat resepi masakan Sambal Paru Berlada nya dan Alhamdulillah menjadi dengan jaya. Yeay!!!


Sambal paru berlada resepi KhairulAming


Sambal paru berlada resepi KhairulAming


Pagi kelmarin, kak ana ke pasaraya di taman kediaman ni dan kebetulan ada di jual paru segar bukan frosen. Kak ana ambil beberapa potongan dan timbang, aik! Murahnya dalam RM4 lebih gitu. Ia lah kan paru tu ringan, lampung je, jadi murah lah dalam kuantiti yang tak begitu banyak kak ana ambil untuk kami makan bertiga. 

Bahan-bahan yang di gunakan untuk resepi sambal paru berlada resepi KhairulAming , kali ni kak ana tak derhaka pada resepi, ikut je semua bahan kebetulan ada di dalam petiais. Jom kita tengok :

Bahan-bahan sambal paru berlada resepi Khairul Aming 

Paru dalam 500g lebih kurang.
Asam keping 
Garam 
1 ulas bawang besar
1 biji tomato
Cili padi merah dan cili padi hijau - ikut kepedasan masing-masing. 
Cili merah dan cili hijau biasa - juga ikut kepedasan sendiri
3 batang serai
Daun limau purut untuk aroma
Sos tiram
Sos ikan
serbuk perasa 


Cara masak sambal paru berlada 

1. Bersihkan paru , rebus dalam air mendidih hingga bertukar warna . Rebus bersama asam keping dan garam.

2. Bila dah menggelembung besar, angkat dan toskan. Hiris kecil-kecil dan nipis sedikit.

3. Lumurkan dengan garam dan kunyit, goreng hirisan paru tadi hingga agak sedikit garing. Tos dan ketepikan.

4. Bawang besar, bawang putih, tomato dan cili-cili tadi di potong dan di blend kasar sahaja.




Sambal paru berlada resepi KhairulAming

5. Panaskan minyak dan tumis bahan blend tadi hingga pecah minyak, kacau selalu jangan sampai hangus.

6. Masukkan serai yang di ketuk bersama daun limau purut. 

7. Bila dah masak cili, masukkan sos tiram dan sos ikan serta perasa jika suka.

8. Bila bahan sambal dah mengering sedikit , masukkan lah hirisan paru goreng.

9. Gaul sebati dan boleh lah matikan api. Kak ana tak buh garam dah sebab dah ada sos ikan yang masin serta paru pun dah di salut dengan garam dan kunyit. Hati-hati naa...

10. Siap dah menu sambal paru berlada kita. Selamat mencuba pula korang . 


1 Comments

  1. Beuughhh ini makanan favorit sayaaa. Kadang bikin 500 gr tak cukup untuk serumah kak, karena sukaaa semua 🤣.

    Resep KA ini pun saya juga sukaaa. Ada resep dia yg saya coba, tapi biasa yg mudah2 lah. Makanya saya juga follow IG dia .

    Jadi teringin nak masak paru ini juga .

    ReplyDelete