Suami kak ana tiba-tiba ajak ke Bangi nak jumpa cucu , katanya pagi Ahad tu. Rindu laa tu dengan cucu kami seorang tu. Kak ana dengan Adik Ika laju je laa, siapa tak nak jumpa dak kecik omey tu, kan. Memang rindu sangat kalau lama tak jumpa peluk gomol-gomol dia. Alhamdulillah... makin hari makin membesar dan cerdik je dia.. waktu entri ni kak ana terbit dah masuk 7 bulan dah.. 

Kami dah siap-siap makan di rumah kemudian sampai Bangi, lepak kejap rumah Kak Long. Kak ana ajak lah suami ke Cyberjaya, teringin nak ke Tamarind Square tu, sebab ramai pii sana makan-makan dan tempat pun esthetic untuk bergambar. 



Kocha Lala Cafe Kampung Tamarind Square, Cyberjaya


Kocha Lala Kafe Kampung Tamarind Square, Cyberjaya


Kocha Lala Cafe Kampung Tamarind Squre, Cyberjaya


Dan memang tak jauh sangat dari Bangi, dalam setengah jam sampai lah kami ke Tamarind Square, Cyberjaya. Rupanya dekat sangat dengan Hospital Cyberjaya tempat kak long bersalin bulan Ogos tahun lepas. 

Cantik sangat tempat ni, ada lanskap dan banyak cafe berkonsep hipster dan esthetic di dalam bangunan yang berciri industrial . Siap ada kolam buatan dan berkonsep terbuka. Menarik lah pada kak ana yang pertama kali sampai sini dengan izinNya. 


Kocha Lala Kafe Kampung di Tamarind Square, Cyberjaya


Dah ronda-ronda, Kak Long dan Aiman ajak singgah minum kopi di salah sebuah cafe yang ada kat sini. Kebetulan kami berada di hadapan Kocha Lala Cafe, masuk ke dalam dan sangat cantik interior dekorasi di dalamnya. 

Cafe Kocha Lala ni berkonsepkan kampung vibe. Hasil carian di internet ianya adalah milik Muslim dan ada nama pemilik di letakkan di Linkend. Alhamdulillah... Seronok bila dapat masuk dan makan di cafe-cafe saudara seIslam kita ni kan. Boleh makan dengan yakin dan pasti lah menyajikan menu yang halal. 


Kocha Lala Kafe Kampung di Tamarind Square, Cyberjaya


Kami cuma minum petang sahaja. Adik Ika tak minum pun sebab dia nak makan dessert lepas ni katanya. Kami makan peknga Kedah bersama sambal bilis. Peknga ni lempeng kelapa. Sedap , makan pula dengan sambal ikan bilis memang kena sangat dan sambal pun secukup rasa sahaja.

Kak long dan Aiman order juga pisang goreng cicah sambal kicap. Rangup dan besar belahan pisang, sambal kicap pun sesedap rasa tak terlalu pedas bahang. Kami minum kopi dan teh , ada di berikan sagun kelapa bersama hidangan cawan minuman. Menarik juga dan anak-anak tak kenal pun dan tak pernah makan biskut sagun kelapa ni, menu orang dulu-dulu. 


Kocha Lala Kafe Kampung di Tamarind Square, Cyberjaya



Kak ana ambil satu posting di FB Page Cyberjaya Info menyatakan " Kafe Kocha Lala di Tamarind Square dengan konsep dan vibe kampung! Kalau nak cari hidangan kampung dari Nogori Sembilan dan Pahang, boleh datang ke sini. 

Rasa makanan yang authentic. Untuk peminat tempoyak, wajib cuba Jenahak masak lemak tempoyak. Ikan fresh, boleh rasa manis isi ikan tu. Kuah bukan setakat pekat, tapi ada pedas-pedas & masam dari tempoyak tu. Fuhh, memang layan!


Kocha Lala Kafe Kampung di Tamarind Square, Cyberjaya


Tempoyak daun kayu Nogori ni menu rare tau. Bukan senang nak jumpa. Makan dengan daging salai masak lemak cili api, memang tak sedar dah bertambah nasi. Kuah memang pekat, pedas terangkat dan berpeluh-peluh makan!

Mee bandung Muar dekat Kocha Lala ni memang patut cuba. Kuah dia pekat likat tu cukup rasa, ada rasa manis dari ubi keledek. Udang besar-besar dan fresh.

Lempeng kelapa cicah sambal sesuai untuk menu minum petang. Minum pula kopi O kaw, memang padu!  First time rasa Oreo yang digoreng, unik betul! Oreo goreng dorang serve dengan whipped cream.


Kocha Lala Kafe Kampung di Tamarind Square, Cyberjaya


Dekat Kocha Lala pun ada menu nasi lemak dengan pelbagai lauk. Korang boleh cuba. Btw, owner Kocha Lala adalah Muslim. Kocha Lala di Tamarind Square, sebelah MyNews (sebaris dengan The Tepen). Dibuka setiap hari kecuali Jumaat, dari 12.00pm hingga 8.30pm. "

Kak ana copy paste je tu menu-menu yang ada di promosi kan page FB tersebut. Korang kalau ada di sekitar Tamarind Square ni boleh singgah nanti. Senang kan bila kita dah tahu cafe Muslim owner ni, boleh lah nak makan, In syaa Allah... 

















2 Comments

  1. Suka betul saya ke cafe hipster macam ni Kak Ana ditambah pula menu menarik juadah kampung. Kalau ada coffee, makanan simple tapi sedap memang mantap!

    ReplyDelete