Nih antara resepi viral Khairul Aming masa bulan puasa tahun ni, laa kan. Sampai kak ana ke pasaraya dan kedai Acheh duk cari teh bunga dalam kotak tu habis. Erm.. penangan sungguh kalau trend 30 hari resepi Khairul Aming bila bulan puasa. 

Penyudahnya, kak ana buat jelly teh bunga ni guna teh bunga fresh yang ada di rumah. Kak ana memang ada stok teh bunga kering atau bunga  chrysanthemum kering ni simpan di rumah. Kak ana suka minum sebagai teh bunga. 

Korang boleh je beli di Jaya Grocer atau cari secara online. Boleh simpan lama kerana ia dah di keringkan dan bila nak minum cuma rendam dalam air panas dan campurkan sedikit gula perang. Sedap dan menyegarkan, In Syaa Allah... 


Jelly teh bunga Khairul Aming


Resepi jelly teh bunga ala Khairul Aming 


Resepi yang kak ana buat ni derhaka pada teh bunga nya sahaja, sebab kak ana guna teh bunga segar tapi Khairul Aming guna teh bunga kotak. Teh bunga kotak lagi lah senang kan dari guna teh bunga kering ni. Bezanya cuma tambah step rendam teh bunga hingga kembang dalam air panas terlebih dahulu, kemudian sambung lah ikut resepi asalnya. 


Jelly teh bunga Khairul Aming


1. Mula-mula kak ana rendam kan segenggam teh bunga kering ni dalam air panas, bila dah kembang, tapiskan airnya sahaja. 

2. Masukkan air anggaran 1 jug ( 2 kotak besar ) teh bunga ke dalam periuk bersama 2 sudu besar gula perang atau gula melaka. 

3. Masukkan 4 gram serbuk agar-agar. 

4. Masukkan daun pudina beberapa tangkai dan masak hingga didih.

5. Bila dah didih keluarkan daun pudina, tuang larutan jelly ke dalam bekas dan sejukkan beberapa jam hingga mengeras.




Jelly teh bunga Khairul Aming


6. Ia akan jadi lembik-lembik sahaja agar-agar ni bukan keras yang boleh di potong naa.. Bak kata Khairul Aming dia macam nyot-nyot  jer teksturnya. 

7. Boleh lah siapkan untuk hidangan. Sudukan atas ais batu jelly teh bunga kita, taburkan asam boi dan perahkan perahan jus limau kasturi.




Jelly teh bunga Khairul Aming

8. Tambahkan buah laici ke dalam nya dan siaplah hidangan minuman segar dan sejuk jelly teh bunga. 

Memang refreshing sangat bila kak ana sendiri menikmatinya sebagai juadah buka puasa yang lalu. Korang pun boleh la cuba naa.. laa nih ada jer di pasaraya teh bunga kotak tu, guna tu mudah sangat nak buat. Selamat mencuba, semoga bermanfaat, aamiin... 

1 Comments

  1. sedap nya minum panas2.... mmg berulang2 la gamak nya ni kalau dapat :D

    ReplyDelete