Entah dah kali ke berapa kami singgah makan di Restoran Mohd Chan, bandar Rawang ni. Memang sedap-sedap menu makanan di sini. Makanan masakan cina ni memang kebanyakannya sedap , kan. Syukur sangat laa nih banyak dah restoran makanan cina yang halal di sekitar kita. Mudah nak makan tanpa rasa was-was , Alhamdulillah..

Lebih rasa lega lagi ia di usahakan oleh saudara mualaf kita sendiri, seperti beberapa buah restoran mee tarik dan paling terkenal pastilah restoran Mohd Chan. Ia telah mula bertapak dalam penyajian masakan Halal Cantonese dari tahun 2007 lagi oleh pemilik dan founder Dato' Haji Mohd Chan dan berkembang pesat dan jayanya di negara kita. 


Halal Cantonese di Restoran Mohd Chan


Nasi ayam sedap di Restoran Mohd Chan 


Ahad lepas, macam biasa kalau hujung minggu kami akan brunch dan lepas Zohor baharu lah plan nak keluar jenjalan ke mana-mana. Waktu cuti ni lah nak rehat santai dengan keluarga kan. Dan macam biasa juga lah soalan wajib bila keluar ' nak makan mana ? ' .

Kak ana cadang kat suami jom makan di Restoran Mohd Chan, bandar Rawang tu sahaja sebab perut pun dah keroncong untuk ana berlagu... Suami dan Adik Ika pun setuju kami terus ke sana yang terletak di hadapan Balai Polis Rawang tu sahaja. Sebelah SR. 

Masuk, dan dapat meja, staff pun maii laa bawa menu. Hat ni memang lah pening nak makan apa, sebab semua pun nampak sedap-sedap. Suami pilih nak makan nasi ayam combo yang mana ia ada dua pilihan ayam bersama set nasi ayam. 

Tak ingat kak ana menu ayam tu tapikalau tak salah roasted satu lagi adalah ayam bbq . Dan Adik Ika juga makan nasi ayam BBQ . Set nasi ayam ni sangat sedap dan ada disertakan sekali sayur tumis taugeh, sos dan sup macam biasa lah kan.  


Halal Cantonese di Restoran Mohd Chan



Kak ana macam tak berasa sangat nak makan nasi tengahari tu, order wantan mee BBQ . Sedap sangat rasa macam makan mee kicap kat RnR Ulu Bernam tu. Memang sedap. 




Halal Cantonese di Restoran Mohd Chan

Kalau makan di restoran makanan cina, kak ana suka sangat minum teh bunga depa. Memang sedap. Rasa refresh sangat . Total kami makan bertiga dengan air suam dan ais kosong untuk suami dan Adik Ika dalam RM60 lebih termasuk tax laa kan. 

Memang sedap sangat dan ada banyak lagi pilihan menu masak-masak panas yang ada di sini untuk korang nikmati bersama keluarga macam ikan siakap, udang harimau dan pelbagai lah. Korang cari sahaja di laman web atau FB depa untuk butiran menu dan harga. 


4 Comments

  1. Mohd Chan kalau nak makan nasi putih dgn lauk kena mai ramai.. sebab portion dia agak banyak huhuu

    ReplyDelete
  2. betoi tu kak, menu-menu dia sedapppp semuanyaaa

    ReplyDelete
  3. Ini yang rasa nak ke Mohd Chan ni!

    ReplyDelete
  4. Saya juga sukaaaa makanan Chinese muslim begini 😍😍😍. Sebenernya makanan Chinese memang paling sesuai dengan lidah, tapi tuh lah agak susah nak cari yg bener halal kan. Untung di JKT ada yg sudah logo halal.

    Yg Mohd chan ini saya belum coba lagi. Nantilah next ke Malaysia lagi, kalo bisa mampir kesini. Saya lihat pun cabang dia ada beberapa ya

    ReplyDelete