Sekali pandang macam rupa double sided tape, kata suami kak ana. Aah kan... Double sided hat tebal tu kann hehe :) Tapi ini adalah sepotong kek yang kak ana beli di Komugi baru-baru nih. Baum namanya. Unik kan.. 

Kak ana suka nak cuba benda-benda baharu ni, nak rasa kelainan rasanya. Alhamdulillah Komugi adalah bakery Jepun yang memiliki sijil Halal Jakim, jadi dapatlah makan roti, pastri, dessert dan cake nya tanpa keraguan. 



Baum cake Komuji


Baum cake by Komugi 


Macam biasa sebelum menerbitkan entri nih , kak ana akan dapatkan info terbaik tentang sesuatu produk tu supaya ia tidak mengelirukan. Sama lah macam kek Baum ni, kak ana dapatkan info mengenainya dari laman web www.komugi.com.my .

Bolehlah kak ana kongsikan semula di sini apakah di sebalik Baum cake dari Komugi ini. Baum cake ni popular di negara Jepun, dan ia berasal dari German. Nama penuhnya adalah Baumkuchen . Haa gituew. Ia merupakan kek yang lembut, dihasilkan dari telur dan terkenal kerana kecantikan lapisan kek dalam bentuk bulatan. 


Baum cake


Inilah potongan sekeping baum cake yang kak ana beli di Komugi hari tu. Ia di jual sepotong-sepotong dan juga sebiji. Nampak unik kan, walaupun hakikatnya ia adalah sejenis kek lapis kalau di negara kita ni. Cuma lapisan tu sangat lah nipis dan saiznya pula kecil dan berbentuk bulatan berlubang atau pun ring. 



Baum cake

Baumkuchen ni menggunakan bahan-bahan seperti telur,gula, mentega, whipping cream, tepung gandum, tepung jagung,  serbuk badam , minyak sayuran (Canola), pelembut sayuran (Vegetable Shortening) dan madu.

Cara nak buat tu ampa carilah sendiri di internet nih naa... Tapi kak ana rasa rumit juga lah kan, lebih kurang macam nak buat kek lapis laa kut, selapis demi selapis. Tak sesuai untuk orang malas duk dapur lama-lama macam kak ana nih.. Harga sepotong kak ana dah lupa hehe . 


Komugi


Andai kata korang terjumpa Komugi Bakery ni kat mana-mana mall boleh lah try baum cake ni atau pun aneka lagi pilihan roti dan pastri serta dessert yang ada di jual. Harga pun masih murah untuk roti-roti kat sini dan kak ana suka sangat sebab ia memang lembut dan gebu-geban roti-rotinya. Try naa ... 



9 Comments

  1. Tulah.. Baru nak cakap.. Mcm kek lapis je

    ReplyDelete
  2. Ha aa nampak macam double sided tape

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap tu kek
    Macam terasa dlm mulut
    Hehe

    ReplyDelete
  4. Double sided tape? Okey! Uncle gelak sampai berbunyi tau!

    ReplyDelete
  5. eh haah lah mcm double sided tape hehehe

    ReplyDelete
  6. Macam kek lapis tapi jenis bulat.

    ReplyDelete
  7. Kue ini miriiiiiip dengan lapis legit Surabaya. Saya belum coba kalo komugi, tp betulkah, penampakan mirip double tape pula 🤣😄.

    ReplyDelete