10hb Ogos 2024 yang lepas, merupakan hari lahir cucu sulung kak ana yang pertama. Masyaa Allah.. Alhamdulillah.. dah setahun genab usia putera soleh HNH . Macam masih terngiang lagi di fikiran, malam tu kak long call nangis bagitau dah turun tanda. 

Mulalah kak ana yang tak mahu tidur lena, selagi dia belum selamat bersalin. Syukur sangat semuanya di permudakan Allah swt. Sempat sampai ke Hospital Cyberjaya dengan selamat dan selamat melahirkan cahaya mata pertamanya secara normal. 


dekor birthday tema safari


Semasa berpantang, kak long tinggal dengan kak ana , jadi kenangan sangat semasa baby HNH masih dalam pantang. Di uji pula masa tu juga kak long kena demam denggi, Allahu Rabbi berulang ke klinik tiap hari walau dalam pantang. Begitulah ujian kan.. 

Sedar tak sedar dah setahun dah usia dak tecik HNH. Syukur sihat sentiasa membesar dengan baik dan makin hari makin bijak meneroka alam dunia ini. Semoga HNH akan terus membesar dengan sihat, sempurna dan sentiasa di dalam jagaan Allah Azzawajalaa.. Aamiin.

Hari lahir tema safari 



hari jadi tema safari

Yang excited nak buat majlis hari lahir baby HNH nih pasti lah mummynya, Kak Long. Beriya dia nak dekor props untuk potong kek dengan tema safari , katanya. Idea inspirasi dari putera sulung Remy Ishak, Tuah Alam yang usia selang seminggu dua sahaja dengan HNH. 

Kak ana pun serahkan seratus peratus pada dia untuk dekorasi tema hari jadi pertama anaknya. Ikutlah macam mana pun. Kak ana dan suami sediakan menu makanan utama, kami nak buat majlis kesyukuran sekali menjamu saudara dan jiran terdekat. 

Kek birthday tema safari 



birthday kek tema safari


Birthday cake baby HNH, sponsored by Kika nya, ( mak usu dia lah tu, Adik Ika ) . Adik order sehari sebelum di Secret Recepi one whole red velvet cake . Kemudian kak long dah awal-awal beli topper bertema safari di Mr DIY. 


topper cake tema safari


Pagi tu, dah ambil kek di Secret Recipe berhampiran kediaman kami, terus Adik Ika hiaskan sendiri dengan topper bertema safari. Nampak cantik kan, macam kek tempah dah. Kami memang rancang awal-awal pilih red velvet cake sebab decoration nya base putih dan tak semak. 

Jadi mudah untuk Adik Ika match kan dengan topper safari dan pokok-pokok tu. Lagipun baby HNH boleh lah merasa sedikit kek red velvet ni kerana usia dia belum boleh makan kek coklat lagi. 

Kak ana memang tak nak tempah kek tema safari kerana selalunya menggunakan fondant sebagai cover, lebih mudah beli di Secret Recepi dan decor simple2 dengan tema yang di kehendaki. 


cup cake


Murah rezeki dak tecik HNH dengan kek pada majlis harijadinya . Cupcake ni nenda sebelah daddynya yang buat. Besan kak ana memang pakar buat kek , kuih muih dan roti semua tu. Jadi cup cake ni air tangan nenda nya pula. Terima kasih nenda. 


birthday cake kartun


Pagi tu hujan lebat juga , sebelum majlis bermula, jiran kami, Tuan Sabri hantar pula sebiji lagi kek birthday untuk dak tecik. Kek bertema permainan lori . Cantik sangat, terima kasih Tuan Sabri dan isteri Cikgu Faz hadiahkan dak HNH sebiji kek birthday. 


kek batik indulgence


Dan... kek batik indulgence tu pula jauh datangnya dari adik ipar kak ana, atau oph cu dak HNH , Julia Alisya. Jue buat sendiri kek batik ni dan bawa dari Manjung sehari sebelum majlis . Adik kak ana, Ju, Haris dan abah sampai hari Sabtu lagi. 

Terima kasih opah cu Jue. 4 biji rezeki kek birthday dak tecik HNH yang pertama ini, Alhamdulillah.. semoga di murahkanNya rezeki semua yang memberi. Aamiin.... Di meja kek ini juga ada mini cupcake dan cream puff yang Kak Long tempah dari Husna Cookies. 


nasi hujan panas


Untuk menu utama tengahari tu, kak ana tempah dari katering yang biasa kami order, Cikgu Asmat dari kejiranan kami ni juga. Abah yang pilih nak nasi hujan panas, lauk ayam masak merah, kari dhal  , acar timun dan sambal belacan. Harga masih RM9 satu pax. Dan jemputan kak ana tengahari tu sekitar 40 orang sahaja. 


ayam masak merah


Alhamdulillah semua cukup-cukup hingga selesai majlis dan rezeki pula kirimkan pada mak saudara kak ana di kampung yang kirim durian dan rambutan dengan abah masa datang hari tu. Abah pun bawa balik bekal nasi sedikit. Semua sedap menu masakan Cikgu Asmat. 

Terima kasih Cikgu, dari majlis bertunang, akad nikah , majlis kesyukuran cukur jambul dan kini birthday setahun semua kak ana berurusan dengan Cikgu. Gambar-gambar kabur sebab kak ana screenshot dari video, tak ambil pun gambar menu utama hehe :) 


koktail dan agar-agar sumi


Untuk dessert selain buah tembikai , kak long juga sediakan koktail buah dan kak ana buat malam sebelumnya agar-agar sumi. Jadilah kan buat ghaso-ghaso. Kami memang bajet agak-agak untuk 40 orang jemputan kerana majlis kecil-kecil sahaja untuk tetamu terdekat dan sepupu kak ana serta kawan-kawan Adik Ika. 

Decor birthday bertema safari 



decor birthday tema safari


Kesemua decorasi hari jadi bertema safari ni kak long , Adik Ika dan Aiman buat sendiri sahaja. Belon-belon beli di Shopee. Memang dah siap set depa jual ikut tema yang kita nak pilih. Contoh tema safari, tema princess, frozen dan sebagainya. 

Semua tu korang boleh tengok dan beli di SHOPEE BALLOON DECOR . Dalam set tu dah ada siap belon-belon warna yang sesuai dengan tema safari tu, ada tali dan tape untuk menyambungkan belon dan juga boleh lah tambah belon Rimau dan Singa serta Nombor 1 . Untuk pam belon, korang boleh beli di Mr DIY. 



birthday tema safari


Kotak dengan paparan huruf nama HNH tu pun boleh beli di Shopee Birthday BoxPilih lah nak huruf ringkas atau nak buh nama penuh pun boleh , cuma belikan sticker hurufnya sahaja. Kain untuk backdrop pun ada tapi kak long tak jadi nak guna kerana tak sesuai dengan keluasan ruang, dia cuma tampalkan banner Happy Birthday sahaja.



birthday tema safari

Alhamdulillah, selesai majlis kecil kami dengan sempurna, dicukupkan semuanya. Meriah walau tak ramai dan banyak rezeki dak tecik kali ini dengan hadiah-hadiah ada yang beri duit.. Ermmm budak-budak tak boleh main duit hehe. 

Di kesempatan ini kak ana sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir jemputan kami. Abah, Lan, Ju dan Haris dari Teluk Intan, sepupu kak ana Yop dan Kak Ita dari Banting, sepupu kak ana Effa dan Ali sekeluarga dari Ampang, besan Ida, makcik ( Onyang HNH ), Ain dan Adam, jiran-jiran terdekat Man, Ida, Cacha, Tuan Sabri, Cikgu Faz, Nad dan suami dan Tuan Mat Rosli. 

Kawan-kawan sekolah Kika, anak-anak ibu.. Zuu dan Alya serta pokcik dan isteri serta kawan-kawan daddy HNH . Semoga kalian di murahkanNya rezeki dan maaf atas setiap kekurangan yang ada. Majlis kami bermula lepas Zohor dengan bacaan doa , makan tengahari dan majlis potong kek birthday HNH. 

Kak ana memang tak nak acara tiup lilin kerana ianya bercanggah dengan syariat kita. Mana yang tak baik tu, boleh lah kita tinggalkan. Cukup sekadar potong kek dan makan-makan. Semoga kita semua memperolehi redha Allah swt dalam setiap apa yang kita lakukan.. Aamiin.. 

6 Comments

  1. cantik-cantiknya kek baby HNH..moga cucunda sentiasa sihat,membesar dengan ceria

    ReplyDelete
  2. happy birthday baby HNH, moga menjadi anak soleh yang cemerlang di dunia dan di akhirat. aamiin

    ReplyDelete
  3. HAPPY BIRTHDAY BABY HNH MERIAH MAJLISNYA

    ReplyDelete
  4. happy bday baby HNH...
    meriah sambutannya...rezeki dapat 4 biji kek...alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Comel betul tema ni pun. Dekorasi semua cantik2 dan comel.

    ReplyDelete
  6. comellllll je tema safari ni... kreatif betul mereka yg buat deko ni
    happy belated birthday HNH ;-)

    ReplyDelete