Nostalgia cucur nyok di waktu hujan ...
Wah macam tajuk lagu pula naah.. Kisah cucur kelapa yang nak kak ana kongsikan hari ni memang ada nostalgianya. Kisah kami di kampung dahulu, waktu kanak-kanak dan awal remaja, masa tu tinggal di rumah arwah tok Saidin di Teluk Intan.
Bila hujan memang lapar memanjang, sampailah ke hari ni dah remaja purba ni pun kalau hujan lapar sesaja. Waktu dulu tak banyak pilihan makanan yang ada, semua pun kena masak sendiri. Kedai pun jauh dari dari rumah, orang jual tepi jalan pun tak ada yang dekat.
Jadi, bila lapar hujan pula tu, arwah mak atau pun mak saudara kak ana, akan buatlah pelbagai juadah untuk alas perut di petang hari. Selalunya cucur laa, itu paling basic sebab hanya guna tepung gandum dan campur lah apa sahaja bahan yang ada..
Kadang-kadang buat cucur pisang, atau coq kodoq, kadang-kadang cucur ikan bilis, cucur udang kering , biasanya guna udang geragau tu kami panggil udang kepai dan kadang-kadang cucur nyok nih laa. Dapat makan sepinggan habis licin, cicah dengan gula dan kawannya kopi o.
Cara buat cucur kelapa atau cucur nyok
Bahan-bahan :
Tepung gandum
Kelapa parut
Secubit garam
Air
Minyak untuk menggoreng
Cara buat sangatlah senang. Gaulkan tepung gandum, kelapa parut dan secubit garam. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menggaul sampailah dapat adunan batter yang tak terlalu keras dan tak terlalu cair.
Panaskan minyak dan sudu kan satu persatu, kalau dulu arwah wan dan mak guna jemput dengan jari je masuk dalam minyak panas. Goreng sampai perang dan balikkan hingga masak. Masyaa Allah sedap sangat makan panas-panas cicah gula. Laa nih kak ana gunakan gula perang sebab lagi sedap nak cicah dengan cucur.
Beberapa hari lepas waktu hujan lebat belah petang, kebetulan ada kelapa parut dalam peti sejuk, kak ana buat lah cucur nyok nih. Selera makan habis sepinggan . Resepi ni tak ada sukatan pun, gaulkan ajer ikut banyak mana nak buat.
Dan terimbaslah semula memori waktu kecil di kampung, di rumah arwah tok yang beratap rumbia berdinding papan awalnya. Kemudian atap di tukar kepada atap zink. Kalau hujan sebelum pasang siling dulu , memang kuat bunyinya. Semua itu dah tiada lagi kini.
Rumah arwah tok pun dah separuh di turunkan jadi rumah batu dah. Separuh lagi masih kekal tetapi kian di mamah usia banyak yang dah reput dan jarang dah naik ke atas tu. Begitulah kehidupan berputar silih berganti dan tiada yang kekal dan abadi selain DIA Yang Maha Esa...
9 Comments
Arwah Mak Sy pun selalu buat cucur nyor ni Kak Ana. Satu lagi cucur manis @ coq kembung... Memang layan laa... Nak² time hujan
ReplyDeleteJemput2 kelapa memang sedap
ReplyDeleteSaya pun suka jemput kelapa macam ni..sedapp
ReplyDeleteFirst time lah rasanya tengok cucur kelapa ni, thanks kongsi resepi Kak Ana. Memang sedap ni.
ReplyDeleteHebatnya hujan... Sampai boleh ternostalgia 😄
ReplyDeleteSedapnya. Saya suka cucur ikan bilis atau cucur udang geragau, makan dgn sos cili. Lepas tu minum teh o panas. Nikmatnya...
ReplyDeleteBelum coba kalo cucur kelapa. Selalunya cucur udang, cucur jagung 😅😄.
ReplyDeletemakan cucur petang2 smbil minum teh panas.. huhhh sedppp!
ReplyDeletejudu ngan kopi panas pekat melikat fuhhhhhh heaven!
ReplyDelete