Nih kisah sarapan pagi kak ana dan suami, beberapa hari yang lalu.. Kami dating berdua je pagi tu, cadang nak ke Batu Arang pekena roti sarang favourite kami, tapi mood malas tu hinggap pula, terus singgah sarapan di kawasan kediaman nih sahaja. 

Singgah ke restoran Nur Iman dan order lah roti canai. Untuk suami, dia order roti bawang dan kak ana kalau pekena roti canai kat mana pun suka roti kosong tapi kuah banjir. Melimpah ruah gitu, baru ngam dengan selera kak ana. 


roti canai banjir


Tuu dia aihh ! Dia punya banjir memang melimpah ruah dah kuah di pinggan. Barulah sedap dan berselera ada pula di tuangkan sambal sekali dalam kuah dhal tu, walaweiii sedap!!

Roti canai banjir



Roti canai banjir


Kak ana juga suka kalau roti canai tu nipis-nipis tapi garing. Banyak ragam laa pulak, pii buat sendiri yer hehe :) Tak lah tapi itulah kriteria coti canai kesukaan kak ana. Kena lah dengan selera kak ana sarapan pagi di restoran ni, rotinya nipis dan garing, kuah dhal pun sedap bersama sambalnya. 

Roti banjir ni depa dah potong-potong siap roti dia sebelum buh kuah melimpah. Jadi senang sangat nak makan tak perlu terkais-kais lagi nak potong dalam piring. Sedap meresap je kuah dhalnya dalam roti canai tu... 

Kak ana kurang menggemari roti canai mamak, tapi sekali sekala tak ada masalah. Sebabnya kak ana suka makan roti canai orang kita sebab kuah. Kuah roti canai mamak ni selalu depa bagi kari dan juga dhal, tapi kari depaa pekat dan tanpa santan , kurang kena dengan tekak Melayu kak ana. 

Sebab tu kalau nak pekena roti canai selalu kami pii ke restoran atau gerai orang kita. Baru ngam, ye lah selera kita tak sama kan. Ada yang suka lepak mamak makan roti canai, tidak menjadi isu selagi ia halal dan bersih. 


teh tarik


Dah pekena roti canai, guu dia teh tarik laah kan. Haa kena sedar diri juga, usia-usia kami berdua ni pengambilan gula kena kawal. Selalunya kami minum teh tarik seminggu sekali sahaja, itupun kalau minum di luar. 

Di rumah kak ana memang tak ada minuman bersusu gini. Pagi selalunya kak ana sediakan teh o atau kopi o kurang gula, light light gitu jer. Maklum lah dah di pinjamkanNya usia separuh abad banyak yang perlu di kawal dan di jaga. 

Mudah-mudahan Allah swt kurnia kesihatan yang baik hingga ke akhir hayat. Mampu menunaikan ibadah dengan sempurna selagi berbaki usia. Kita kena lah berusaha dahulu, kemudian sentiasa memohon dariNya dan selebihnya tawakal akan takdir yang hadir kelak. 

Itu jer coretan kak ana hari ini. Lama tak menulis dan blogwalking ia akan jadi rindu. Apa sahaja yang baik berkongsi peringatan dan pesanan kak ana cuba terbitkan. Dunia hari ini, banyak yang perlu kita hati-hati dalam menulis, bukan sekadar untuk popular dan wang ringgit tetapi audit akhirat paling utama perlu kita berhati-hati, jangan sampai banyak tuntutan-tuntutan sesama manusia yang panjang dan merugikan kelak.. In Syaa Allah...