Roti canai banjir
Nih kisah sarapan pagi kak ana dan suami, beberapa hari yang lalu.. Kami dating berdua je pagi tu, cadang nak ke Batu Arang pekena roti sarang favourite kami, tapi mood malas tu hinggap pula, terus singgah sarapan di kawasan kediaman nih sahaja.
Singgah ke restoran Nur Iman dan order lah roti canai. Untuk suami, dia order roti bawang dan kak ana kalau pekena roti canai kat mana pun suka roti kosong tapi kuah banjir. Melimpah ruah gitu, baru ngam dengan selera kak ana.
Tuu dia aihh ! Dia punya banjir memang melimpah ruah dah kuah di pinggan. Barulah sedap dan berselera ada pula di tuangkan sambal sekali dalam kuah dhal tu, walaweiii sedap!!
Roti canai banjir
Kak ana juga suka kalau roti canai tu nipis-nipis tapi garing. Banyak ragam laa pulak, pii buat sendiri yer hehe :) Tak lah tapi itulah kriteria coti canai kesukaan kak ana. Kena lah dengan selera kak ana sarapan pagi di restoran ni, rotinya nipis dan garing, kuah dhal pun sedap bersama sambalnya.
Roti banjir ni depa dah potong-potong siap roti dia sebelum buh kuah melimpah. Jadi senang sangat nak makan tak perlu terkais-kais lagi nak potong dalam piring. Sedap meresap je kuah dhalnya dalam roti canai tu...
Kak ana kurang menggemari roti canai mamak, tapi sekali sekala tak ada masalah. Sebabnya kak ana suka makan roti canai orang kita sebab kuah. Kuah roti canai mamak ni selalu depa bagi kari dan juga dhal, tapi kari depaa pekat dan tanpa santan , kurang kena dengan tekak Melayu kak ana.
Sebab tu kalau nak pekena roti canai selalu kami pii ke restoran atau gerai orang kita. Baru ngam, ye lah selera kita tak sama kan. Ada yang suka lepak mamak makan roti canai, tidak menjadi isu selagi ia halal dan bersih.
Dah pekena roti canai, guu dia teh tarik laah kan. Haa kena sedar diri juga, usia-usia kami berdua ni pengambilan gula kena kawal. Selalunya kami minum teh tarik seminggu sekali sahaja, itupun kalau minum di luar.
Di rumah kak ana memang tak ada minuman bersusu gini. Pagi selalunya kak ana sediakan teh o atau kopi o kurang gula, light light gitu jer. Maklum lah dah di pinjamkanNya usia separuh abad banyak yang perlu di kawal dan di jaga.
Mudah-mudahan Allah swt kurnia kesihatan yang baik hingga ke akhir hayat. Mampu menunaikan ibadah dengan sempurna selagi berbaki usia. Kita kena lah berusaha dahulu, kemudian sentiasa memohon dariNya dan selebihnya tawakal akan takdir yang hadir kelak.
Itu jer coretan kak ana hari ini. Lama tak menulis dan blogwalking ia akan jadi rindu. Apa sahaja yang baik berkongsi peringatan dan pesanan kak ana cuba terbitkan. Dunia hari ini, banyak yang perlu kita hati-hati dalam menulis, bukan sekadar untuk popular dan wang ringgit tetapi audit akhirat paling utama perlu kita berhati-hati, jangan sampai banyak tuntutan-tuntutan sesama manusia yang panjang dan merugikan kelak.. In Syaa Allah...
13 Comments
samalah.. rumah saya jarang ada minuman bersusu. sekali sekala sahaja ada... selalunya teh o kurang manis. roti canai banjir ni biasanya anak anak saya yang suka. saya tak suka sbb nanti dia kembang..
ReplyDeleteSedapnya roti canai banjir tu Kak Ana! Pekena pulak dgn teh tarik buih mcm tu. Fuhhh
ReplyDeleteMentang2 lah musim banjir ni... hehehehe
ReplyDeleteKemain ye teh tarik tu berbuih-buih je. Hirup buih dulu baru air 😄
ReplyDeleteMusim2 hujan ni kena cari roti canai banjir erk.
ReplyDeletesekarang ammi dah jarang makan roti canai. entahlah kenapa. tapi dulu kalau order pun taste macam kak ana, mesti banjir. Makan nasi pun sama mesti wajib sampai arwah mama kata "berenang-renang itik dalam pinggan tu"
ReplyDeleteSA suka roti canai tapi SA x pandai makan kalau kuah banjir..hahahaa..camne tu kak..
ReplyDeletesedap pula tengok roti canai banjir ni...nak kena order macam ni juga la nanti
ReplyDeletesedapnya!! my fav ni ;) cuma tak leh lah mkn selalu/kerap sbb high calorie dan carbo ;)
ReplyDeleteSedap tu roti canai kuah banjir dengan teh tarik. Kat rumah kalau nak minuman bersusu, azi selalu buat campuran coklat dan susu segar tanpa gula atau susu pekat. Sesekali cari juga teh tarik buih-buih banyak gitu.
ReplyDeleteRoti canai banjir ni seorang anak tu suka sgt.. kalau yg lain diberi roti canai banjir langsung tak disentuh huhu..
ReplyDeleteSaya suka roti canai, tp jarang minta kuah banjir 😄. Biasa minta terpisah, Krn prefer di celup2. Tapi setuju dengan kari mamak. Saya LBH suka Kari Melayu juga kak. Rasanya balance antara gurih santan, dan pedas. Lebih sesuai juga di lidah saya. Kalo kari mamak ini, cendrung kuat rempah.
ReplyDeletewahhhhh kite boleh geng ni
ReplyDeletegeng roti canai banjir hehehe