Antara satay yang kak ana dan keluarga selalu dan suka makan adalah Satay Pak Wan. Kalau teringin nak makan satay , ke sana lah kami pii. Restoran yang paling dekat dengan lokasi kediaman kak ana adalah di Bandar Tasik Puteri, Rawang. 

Satay Pak Wan ni isi nya besar-besar dan paling sedap ada lelemak pada setiap cucuk satay. Kuah kacangnya pun okay pada kak ana sebab tak berminyak sangat. Harga pun standard harga satay masa kini. 


Lokasi baru Satay Pak Wan , Bandar Tasik Puteri


 Satay Pak Wan , Bandar Tasik Puteri 


Baru-baru ni kak ana singgah ke Satay Pak Wan di Bandar Tasik Puteri lepas kami balik dari Shah Alam. Rupanya restoran Satay Pak Wan dah berpindah lokasi. Kami pusing cari di blok komersil yang baru siap berhadapan sahaja dengan lokasi yang lama. 



Satay Pak Wan , Bandar Tasik Puteri


Alhamdulillah, restorannya lebih luas dan besar dari lot kedai sebelum ni. Lebih selesa dan parkir pun banyak di hadapan kedai. Senang dah la nak singgah makan Satay Pak Wan berbanding sebelum ni agak sempit shop lot nya. 



Satay Pak Wan , Bandar Tasik Puteri


Macam selalu juga kak ana order satay ayam, satay daging dan satay perut. Satay ayam tu cuba ampa tengok besar kan isi dan campur lelemak ayam. Kalau yang tak suka lemak, boleh sahaja order satay tanpa lemak tapi harganya lebih mahal sedikit. 

Satay ayam biasa berharga RM1.20 satu cucuk. Memang itulah harga satay sekarang ni, kita pun faham harga bahan mentah macam mana, kan. Cuma kak ana rasa sangat berbaloi satay Pak Wan ni sebab isi satay tu besar . Kami order dan makan 25 cucuk satay ayam. 



Satay Pak Wan , Bandar Tasik Puteri


Turut order juga satay perut 5 cucuk dan satay daging 10 cucuk. Kak ana makan bertiga dengan suami dan Adik Ika. Satay perut berharga RM1.60 satu cucuk dan sama juga satay daging RM1.60 satu cucuk. 

Perapan satay Pak Wan secukup rasa dan sangat sedap pada selera kak ana sekeluarga. Cuma kali ni satay perut tu agak liat, mungkin terlebih bakar agaknya dan ia rasa kering sedikit. Mujur juga order 5 cucuk sahaja. 


Satay Pak Wan , Bandar Tasik Puteri


Kak ana ambil juga nasi impit, harga seketul cuma RM1 sahaja. Di hidangkan macam biasa lah bersama hirisan timun dan bawang merah besar. 


Satay Pak Wan , Bandar Tasik Puteri


Ini pula kuah kacang Satay Pak Wan. Ia tidak berminyak sangat seperti kebanyakan kuah satay lain, ada sesetengah tu berkepala minyak di permukaan atas. Sesedap rasa dan tidak terlalu pedas. Tak habis pun semua satay, kak ana minta bungkus dan bawa balik. Depa top up kan kuah satay yang baru. 

Semoga perniagaan Satay Pak Wan akan terus sukses di masa hadapan. Dah besar sikit restoran ni memberi keselesaan kepada pelanggannya , In Syaa Allah. Untuk ke sini waze sahaja lah ke Restoran Satay Pak Wan, Bandar Tasik Puteri, Rawang.