Antara satay yang kak ana dan keluarga selalu dan suka makan adalah Satay Pak Wan. Kalau teringin nak makan satay , ke sana lah kami pii. Restoran yang paling dekat dengan lokasi kediaman kak ana adalah di Bandar Tasik Puteri, Rawang. 

Satay Pak Wan ni isi nya besar-besar dan paling sedap ada lelemak pada setiap cucuk satay. Kuah kacangnya pun okay pada kak ana sebab tak berminyak sangat. Harga pun standard harga satay masa kini. 


Lokasi baru Satay Pak Wan , Bandar Tasik Puteri


 Satay Pak Wan , Bandar Tasik Puteri 


Baru-baru ni kak ana singgah ke Satay Pak Wan di Bandar Tasik Puteri lepas kami balik dari Shah Alam. Rupanya restoran Satay Pak Wan dah berpindah lokasi. Kami pusing cari di blok komersil yang baru siap berhadapan sahaja dengan lokasi yang lama. 



Satay Pak Wan , Bandar Tasik Puteri


Alhamdulillah, restorannya lebih luas dan besar dari lot kedai sebelum ni. Lebih selesa dan parkir pun banyak di hadapan kedai. Senang dah la nak singgah makan Satay Pak Wan berbanding sebelum ni agak sempit shop lot nya. 



Satay Pak Wan , Bandar Tasik Puteri


Macam selalu juga kak ana order satay ayam, satay daging dan satay perut. Satay ayam tu cuba ampa tengok besar kan isi dan campur lelemak ayam. Kalau yang tak suka lemak, boleh sahaja order satay tanpa lemak tapi harganya lebih mahal sedikit. 

Satay ayam biasa berharga RM1.20 satu cucuk. Memang itulah harga satay sekarang ni, kita pun faham harga bahan mentah macam mana, kan. Cuma kak ana rasa sangat berbaloi satay Pak Wan ni sebab isi satay tu besar . Kami order dan makan 25 cucuk satay ayam. 



Satay Pak Wan , Bandar Tasik Puteri


Turut order juga satay perut 5 cucuk dan satay daging 10 cucuk. Kak ana makan bertiga dengan suami dan Adik Ika. Satay perut berharga RM1.60 satu cucuk dan sama juga satay daging RM1.60 satu cucuk. 

Perapan satay Pak Wan secukup rasa dan sangat sedap pada selera kak ana sekeluarga. Cuma kali ni satay perut tu agak liat, mungkin terlebih bakar agaknya dan ia rasa kering sedikit. Mujur juga order 5 cucuk sahaja. 


Satay Pak Wan , Bandar Tasik Puteri


Kak ana ambil juga nasi impit, harga seketul cuma RM1 sahaja. Di hidangkan macam biasa lah bersama hirisan timun dan bawang merah besar. 


Satay Pak Wan , Bandar Tasik Puteri


Ini pula kuah kacang Satay Pak Wan. Ia tidak berminyak sangat seperti kebanyakan kuah satay lain, ada sesetengah tu berkepala minyak di permukaan atas. Sesedap rasa dan tidak terlalu pedas. Tak habis pun semua satay, kak ana minta bungkus dan bawa balik. Depa top up kan kuah satay yang baru. 

Semoga perniagaan Satay Pak Wan akan terus sukses di masa hadapan. Dah besar sikit restoran ni memberi keselesaan kepada pelanggannya , In Syaa Allah. Untuk ke sini waze sahaja lah ke Restoran Satay Pak Wan, Bandar Tasik Puteri, Rawang. 






 

13 Comments

  1. sedapnya sate :) rumah kakak saya kat bandar tasik puteri ;) ada lah saya ke sana once in a while

    ReplyDelete
  2. Betul la Kak Ana....Sate dia besar2 dan saya macam nampak ada cucuk sate perut tu ya....Nyumsss sedap tu....

    ReplyDelete
  3. Puas makan sate saiz besar.
    Saya kalau jumpa sate sedap, memang hendak ulang datang makan.

    ReplyDelete
  4. Bahagian lemak² tu la Sy suka Kak Ana 😁
    Besar nampak saiznya dan sedap mmg berbaloilah kan

    ReplyDelete
  5. Part lemak2 tu SA suka kak Ana..satay kalau xde lemak bukan satay namanya...kan?

    ReplyDelete
  6. Nampak macam besar2 juga tuuu...

    ReplyDelete
  7. Nmpk menyelerakan...Sy suka pegi satay melaka dkt keramat / melawati & satay dekat restoran sarah tomyam tepi tasik sri rampai tu =D

    ReplyDelete
  8. sedapnya sate tu AJ, tapi kat sini sate dah berharga RM1.80 secucuk tapi nasib sedap, boleh la makan sesekali

    ReplyDelete
  9. Pencinta sate hadir. Kena try ni. Nampak sedap sangat.

    ReplyDelete
  10. sedapnya! saya mmng minat betul dgn satay. nasib kita ni duduk bangi, dekat dgn satay kajang hihi

    ReplyDelete
  11. Ini dah saya masukkan list, dah lama juga selalu dengar satay pak wan. Lalu baca beberapa review dari teman blogger Malaysia. Tp blm ada rezeki bisa makan di sana tiap ke KL .

    Lihat dari foto memang kliatan besar sangat satenya. Kalo diantara daging diberi lemak, confirm sedap lah ni 😍😍

    ReplyDelete