Dah lama kak ana ajak suami teman mengopi ke cafe esthetic di Kampung Kubu Gajah, Shah Alam nih, tapi selalunya plan tak jadi ke lokasi lain sudahnya. Selalu nampak di instagram memang teringin nak masuk dan try menu-menu depa. 

Dah nak rezeki agaknya, tengahari tu, suami plan nak makan nasi campur di Kundang tapi tak tahu macam mana tak jumpa kedai yang di cari. Sebab kawan dia yang cadangkan tapi boleh pula tak bagitau nama kedai, mana lah nak jumpa hehe. 


Warunk Koffie by Wood & Steel


Cuma dia khabarkan berdekatan stesen minyak , ermm , dia pun malas nak contact kawan dia kami pun waze lah ke cafe Warunk Koffie by Wood & Steel yang tak jauh dari lokasi kami sesat nih.. Kalau kita tahu nama kedai kan senang boleh waze jer in syaa Allah sampai.. 


Warunk Koffie by Wood & Steel, Shah Alam 


Walaupun beralamat di Shah Alam, cafe Warunk Koffie by Wood & Steel ni terletak bersebelahan dengan kawasan Kundang, Sungai Buloh lebih kurang dan bukan di bandaraya Shah Alam. Ia beralamat di Kampung Kubu Gajah, Shah Alam. 



Warunk Koffie by Wood & Steel
Warunk Koffie by Wood & Steel


Sepanjang kami waze ke sini, ia melalui lorong dan jalan-jalan kampung dan cafe ini sendiri terletak di dalam kawasan perkampungan Melayu. Namun ia luas kawasannya dan cafe Warunk Koffie by Wood & Steel adalah milik Muslim. 



Warunk Koffie by Wood & Steel
Pintu masuk Warunk Koffie by Wood & Steel


Untuk parkir ada kawasan lapang yang agak jauh sikit dari lokasi cafe kerana ia terletak di kawasan rumah orang, jadi kena parkir di ruang lapang jauh sikit lah dari pintu masuk cafe. Okay je seronok tengok rumah-rumah di kawasan ni. Jangan risau parkir percuma sahaja. 



Warunk Koffie by Wood & Steel
Warunk Koffie by Wood & Steel


Bila sampai ada satu ruang seni di bahagian belakang cafe dan kak ana ada ternampak seseorang sedang menyiapkan lukisan abstract aspirasi seni seperti dalam foto kat atas tu. Ia macam bengkel lukisan gitu. Dan dari situ jalan ke hadapan sedikit jumpalah pintu masuk. 


Warunk Koffie by Wood & Steel


Ruang lanskap di hadapan cafe pun dah penuh elemen seni senada dengan bangunan cafe ini berbatu merah , pintu kayu dan menepati ciri klassik dan rustic. Pokok-pokok hijau memenuhi setiap sudut dan kak ana sangat suka pada persekitaran yang sebegini, sangat mendamaikan pandangan. 


Warunk Koffie by Wood & Steel


Melangkah masuk lagilah memukau pandangan pada sudut yang berbeza. Ia bagaikan sebuah galeri seni dengan susunan perabot dan sofa mix and match untuk ruang makan pengunjung. Tidak seperti sebuah cafe biasa tetapi lebih pada cafe untuk santai makan dan minum sambil berada di ruang galeri seni yang indah dan luas. 



Warunk Koffie by Wood & Steel
Warunk Koffie by Wood & Steel


Kami memilih untuk duduk di meja makan untuk bertiga sebab kami nak makan menu tengahari hari tu. Kalau sekadar nak kopi-kopi dan dessert mungkin boleh duduk di ruang-ruang sofa yang disediakan, ye dak. Tapi untuk makan nasi kena lah pilih meja makan untuk keselesaan. 


Warunk Koffie by Wood & Steel


Ruang makan cafe ni berhawa dingin dan pencahayaannya pun cukup cerah. Di sajikan dengan lagu-lagu nostalgia yang agak klasik sebagai halwa telinga memang tenang dan selesa untuk makan-makan di sini. 


Warunk Koffie by Wood & Steel


Tak ramai pelanggan tengahari tu tetapi selepas kami masuk dan makan, kak ana tengok makin ramai pula yang baru sampai. Korang boleh call dan buat tempahan meja juga kalau nak meraikan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan tetapi kami walk-in sahaja hari tu. 


Warunk Koffie by Wood & Steel


Scan qr code dan order lah makanan serta buat bayaran di kaunter atau secara online. Pelbagai menu tempatan dan western ada di dalam menu dan untuk pencuci mulut pula boleh pilih di kaunter display di sebelah cashier. 



Warunk Koffie by Wood & Steel
masak lemak daging salai 


Sebab kami lapar nasi tengahari tu, suami order set nasi putih masak lemak daging salai. Set ni berharga RM18 sahaja. Daging salai banyak isinya dan citarasa masakan negori sembilan secukup rasa pedas lemak. Aroma daging salai cukup menyelerakan. 



Warunk Koffie by Wood & Steel
chicken chop with mushroom sauce


Adik Ika nak try western kat Warunk Koffie by Wood & Steel , dia ambil chicken chop with mushroom sauce dan set ni T20 sikit harganya RM29.00 . Potongan chicken chop tu saiz XL lah, besar dan unik kerana ia sangat cruncy salutannya dan isi dalam masih lembab dan lembut. Sos cendawan tu pun terasa homecooked di hidangkan bersama salad dan fries. 



Warunk Koffie by Wood & Steel
set nasi putih daging tetel asam pedas


Dan pilihan kak ana pula , kesukaan kak ana kalau ada menu asam pedas , kak ana suka sangat makan asam pedas daging tetel. Set nasi putih ni datang bersama semangkuk asam pedas tetel dengan isian yang agak banyak juga, sambal belacan, ulam timun, telur asin dan papadom. 

Sangat sedap masakan asam pedas tetel ni pada selera kak ana dan berbaloi pada harga yang mengenyangkan pada harga RM18 sahaja.  



Warunk Koffie by Wood & Steel
Biscoff Pavlova 


Tak banyak pilihan dessert petang tu, ada cheese cake dan beberapa potong kek lain, jadi Adik Ika pilih nak makan Biscoff Pavlova berharga cuma RM10 sahaja. Untuk minuman macam selalu kami suka minum biasa-biasa sahaja bukan jenis fancy drinks, teh o ais berharga RM4.50 segelas. 


Warunk Koffie by Wood & Steel

Untuk menu dan ambience kak ana suka sangat dengan cafe Warunk Koffie by Wood & Steel di Kampung Kubu Gajah, Shah Alam dan boleh sahaja akan datang lagi di masa akan datang dan mencuba menu lain. 

Selang beberapa minggu ada sepupu kak ana, Eja,  update dia datang ke sini untuk majlis pertunangan adik iparnya. Rupanya di ruang sebelah cafe ni ada juga di sediakan event hall untuk majlis kecil-kecilan. Menarik sangat kan untuk sessi photo shoot di sekitarnya. Kena pula berpakaian busana klassik, sangatlah sesuai dan esthetic. 

8 Comments

  1. Menarik ejaannya : Warunk Koffie!

    ReplyDelete
  2. Suka cafe konsep camni. Best melepak2. Kemain ejaan warung dia dah macam budak zaman wechat. Hihi

    ReplyDelete
  3. cantik dekorasi menu pun pelbagai

    ReplyDelete
  4. Memang nmpk estetik segala hiasan kedai ni ... Seronok dapat makan tenang² santai² sambil menikmati makanan yg nampaknya sedap belaka tu Kak Ana

    ReplyDelete
  5. Kalo suatu cafe atau tempat Deco nya banyak pakai tumbuhan lalu lukisan colorful atau mural, saya memang suka.

    Karena vibe nya langsung berubah ceria . Nak makan pun jadi betah sangat 👍👍

    ReplyDelete
  6. unik sungguh deko2 dlm cafe ni...rare!

    ReplyDelete
  7. kaki2 selfie kalau dtg sini kompem amik gmbr lbh lama dr makan😁

    ReplyDelete