Begitu pantas masa berlalu, hari entri ini di terbitkan dah hari ke sebelas bulan Syawal 1446H, bermakna dah sebelas hari kita meraikan sambutan hari raya Aidil Fitri tahun 2025. Sepanjang bulan Ramadan, hanya 2 atau 3 entri yang sempat kak ana terbitkan.
Faktor usia dan kesihatan yang membuatkan badan tak sekuat dahulu, apapun syukur masih mampu melaksanakan perintahNya dan tanggung jawab sebagai isteri dan ibu di muka bumiNya ini. Pergerakan yang agak perlahan kerana sakit belakang yang kak ana alami.

Tapi dalam pada tuu, kan main dengan pokok bunga tetap di uruskan hehe :) Itulah terapi minda kak ana di rumah. Sejak suami minat pula dengan pokok orkid dan orkid pertama kami pemberian boss Adik Ika sewaktu event MAHA tahun lepas yang nampak tak henti bunganya, kak ana dan suami rajin pula ke ladang jualan pokok orkid yang tak jauh dari rumah kami.

Selain di nurseri kusta Sungai Buloh, di sini juga ada jualan pokok orkid yang besar dan pelbagai spesis. United Malaysian Orchids Sdn Bhd yang terletak di Rawang, Selangor. Kalau dari bandar Rawang selepas simpang ke Bandar Tasik Puteri belah kanan jalan menuju ke Ijok dan Batu Arang.

Ladang Jualan Orkid , Rawang
Paling selamat untuk tak terlepas jalan masuk adalah dengan waze United Malaysian Orchids, Rawang. Ini kerana jalan dalam pembinaan laluan untuk kediaman baharu dan ECRL di kawasan ni menyebabkan pintu masuk ke ladang orkid ni dah ke belakang dan tak nampak dari jalan raya yang under constructions.
Ladang orkid ni sangat luas dan besar. Parkir sahaja kenderaan di hadapan pintu masuk dan percuma sahaja, masuk pun free tak kena bayar dan korang boleh terus beli aneka pokok bunga orkid perbagai spisis, variasi warna dan harga yang ada di sini.
Ada di jual anak benih pokok dan juga yang dah siap berbunga di dalam pasu. Harga masa kak ana sampai ni dalam bulan puasa dan kali kedua sehari sebelum balik kampung sebab belikan sepasu untuk kawan di kampung dari serendah RM8 .
Waktu tu kak ana beli hat yang RM18 sepasu dengan harga RM50 sahaja untuk 3 pasu. Jimatlah RM4 kan. Cuma korang kena pandai pilih lah sebab pokok orkid yang di jual ni dah berbunga kesemuanya, supaya kita tahu ia spisis dan warna yang mana.
Kalau nak bertahan lama bunganya, pilih lah yang masih ada putik belum mekar di hujung dahan berbunga. Dapatlah bertahan dan selalunya satu tangkai tu akan mekar bunganya selama sebulan, In Syaa Allah.. menurut kata staff yang kerja kat sini.
Kak ana pun masih belum begitu mahir dalam penjagaan orkid jadi kak ana tak boleh nak kongsikan tips penjagaan dan sebagainya. Setakad ni dah ada 6 pasu orkid di laman dan semua masih berbunga cantik, Alhamdulillah. Cuma satu yang kak ana beli di nurseri kusta Sungai Buloh selesai bunga belum nampak lagi tunas baharu muncul.
Sehari sebelum balik kampung yang kak ana pii ke ladang orkid ni, ada seorang pelanggan depa beli beberapa pokok orkid dan di gubahkan ke dalam pasu besar dan memang sangat cantik. Kos semua sempat kak ana borak dengannya dalam RM400.
Ia dari spesis orkid mahal lah, cantik sangat. Kak ana pun tak tahu apa nama jenis orkid-orkid ni. Kena belajar nanti. Setakad ni kak ana beli hat yang biasa-biasa sahaja tengok pada warna dan bentuk bunga.
Dari penelitian kak ana di nurseri kusta Sungai Buloh dan ladang orkid ni, kalau hat yang di jual murah sangat tu batang orkidnya dah tua dan kering. Macam dah tak boleh berbunga lagi agaknya lah. Mungkin ia kena jagaan semula yang banyak untuk ia kekal berbunga kelak dan bertunas dahan baharu.
Nak cerita banyak pasal pokok orkid pun kak ana tak ada pengalaman sangat jadi kak ana share sahaja di sini beberapa lagi foto-foto pokok bunga orkid yang sempat kak ana rakamkan sewaktu disini. Dari yang murah hinggalah yang berharga ratusan ringgit ada kat sini.
Ladang orkid United Malaysia Orchids, Rawang
Cantik sangat kan... kak ana yakin lah peminat pokok orkid mesti teruja nak ke sini dan memilih sendiri pelbagai jenis pokok orkid yang ada di jual. Memang berbaloi beli terus di ladang orkid ni berbanding nurseri.
Ini lah 3 pokok orkid yang sempat kak ana beli di ladang orkid United Malaysian Orchids pagi tu selepas balik dari nurseri kusta Sungai Buloh. Kan main dari Sungai Buloh ke Rawang cari pokok bunga, dah minat dan hobi kak ana kan, suami pun ikutkan sahaja.. Alhamdulillah..
In syaa Allah di lain entri kak ana nak kongsikan pula dekorasi ruang porch garden ala-ala Inggeris di rumah kak ana. Balik kampung beraya hari tu, ada beberapa pokok tak mampu bertahan dan tewas. Tak apalah kan, tidak ada yang kekal di atas muka bumi ini melainkan Dia.
Adalah peluang untuk kak ana ke Sungai Buloh tak lama lagi dengan alasan nak cari ganti pokok yang mati, huhu...
5 Comments
Sy pun suka tengok bunga orkid tapi tak pandai nak bela :,D
ReplyDeleteSelamat Hari Raya buat Kak Ana sekeluarga ✨
Mohon maaf andai ada tersalah kata ye Kak
Arwah ayah ammi dulu orchid lover. Dia buat sendiri pasu orkid pakai kayu yg berlubang2, guna sabutlah, aranglah. Skrg minat tu turun ke along ammi pulak? Ammi hmmmm entah apa minat arwah ayah yg turun ke ammi ntahlah
ReplyDeleteMy mom suka bunga orkid..memang leceh jugak nak membelai2 jaga bg berbunga
ReplyDeletecantik-cantik semuanya tu..
ReplyDeletesaya masih belum rajin nak membelai-belai pokok huhu
Seronoknya akak, kalau dana biasa pi yang kt kusta sg buloh tu kat rawang ni tak pernah sampai lagi. Geram sungguh aih. Bukan sebulan kak, ada bunga orkid kat rumah dana dah lebih 3 bulan bungaya masih kekal tak layu lagi. Memang ada pelbagai jenis dan jangka hayat bunga nya tak sama. Ada yang rajin berbunga, ada yang ambil masa lama baru berbunga.
ReplyDelete