Inspirasi dari adik ipar kak ana masa hari raya Aidil Fitri yang lepas, dia buat untuk jamuan keluarga. Memang mudah dan sedap . Cantik pula tu bila isi dalam bekas acrylic tersusun atas meja dessert's table. 

Dua minggu lepas raya, Adik Ika nak ajak kawan-kawan pejabatnya makan-makan raya di rumah, terus kak ana plan nak masak puding dadih mangga ni untuk hidangan pencuci mulut. Menu utama kak ana masak lontong dan kawan-kawannya bawa potluck seperti rendang ayam, rendang kerang, lemang, kek aiskrim, buah-buahan dan sebagainya. 


resepi puding dadih mangga
desserts table raya 


Kak ana tempah juga cream puff dan cheese tart dari besan buat penyeri meja pencuci mulut. Puding dadih mangga dalam bekas acrylic bertutup tu habis kak ana beri kan pada kawan-kawannya bawa balik, jadi memang tak sempat nak ambil gambar untuk entri ni. 

Nasib baik ada lebihan bahan yang tak cukup nak isi dalam bekas acrylic tu, kak ana masukkan dalam bekas kaca creambrulee Ikea, dapatlah simpan dalam petisejuk esoknya dan ada lah gambar untuk entri ini walau dah tinggal dua sahaja.. 


Resepi puding dadih mangga


Resepi puding dadih mangga 


Ini kiranya resepi instant sahaja lah sebab puding base tu kak ana gunakan serbuk dadih instant yang di beli di pasaraya dan masakkannya. Kak ana pilih perisa mangga sebab kak ana nak hiaskan atasnya dengan taburan buah mangga susu yang di dadu.. 

Bahan-bahan dan cara masak puding dadih mangga 




Resepi puding dadih mangga


Ada tiga langkah mudah untuk masak puding dadih mangga iaitu masakkan dadih, masakkan jelly jernih dan akhir sekali taburan buah mangga segar di atasnya. Jom kak ana kongsikan.. 

Bahan dan cara masak lapisan dadih mangga 

1 pek dadih segera perisa mangga 
1 tin susu cair
2 sudu gula
1 litre air 

Cara masak dadih segera ni boleh ikut di paparan pembalut dadih yang kita beli. Untuk jenama yang kak ana gunakan, didih air dan masukkan susu cair serta gula. Bila dah menggelegak, matikan api dan masukkan serbuk dadih bersama gula buahan yang ada dalam pek. Kacau sebati dan tuang kan dalam acuan 3/4 bekas. Sejukkan suhu bilik dahulu kemudian masukkan dalam peti sejuk. 

Bahan dan cara masak lapisan jelly jernih 

1/2 pek serbuk agar-agar jernih ( Clear ) 
1/2 cawan gula ( ikut kemanisan masing-masing ) 
3 cawan air 

Masak kesemua bahan di atas api hingga mendidih dan tuang kan ke atas lapisan dadih mangga yang telah sejuk dan keras tadi. 

Hirisan buah mangga di dadu kecil dan bolehlah di letakkan ke dalam adunan agar-agar jernih. Atau boleh juga masukkan hirisan buah mangga segar kemudian tuangkan adunan agar-agar jernih, mana-mana pun boleh sahaja. 


Resepi puding dadih mangga


Sejukkan semula bekas pada suhu bilik dan kemudian masukkan ke dalam petisejuk dan sedia untuk hidangan. Kalau nak nampak cantik gunakan bekas acrylic macam kat atas tu atau pada yang suka ringkas boleh saja isi kan dalam bekas tapau kecil plastic. Tengok pada bajet masing-masing kan.. 

Mudah dan sedap, anak-anak pasti suka dan menu ini juga sesuai untuk majlis potluck di sekolah atau pejabat. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.. In Syaa Allah..  

6 Comments

  1. sedap tu..suka apa2 dessert yg melibatkan mangga

    ReplyDelete
  2. Senang sangat ni buat sebab guna serbuk dadih tu kan. Tapi nampak mahal bila masuk dalam bekas acrylic tu.

    ReplyDelete
  3. Bila sejuk makan pun menambah-nambah apa lagi time panas. aduhaiiii

    ReplyDelete
  4. Aduhh sedapnyaa! Simple betul bahan2 nya tpi kalau nk buat tu bertangguh tangguh!

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, sedapnya! Makan sejuk2 ni mesti nikmat yakmat lalu dekat tekak hehe

    ReplyDelete