Antara kuih tradisional yang kak ana suka makan adalah kuih bakar ni.. Dari segi rasa , pada kak ana ia sama sahaja rasa makan kuih bengkang pandan kan. Tapi bila di masak dalam acuan bulat berbentuk bunga tu orang akan panggil kuih bakar dan bukan lagi bengkang. Bengkak biasanya orang masak dalam lengat dan di potong-potong. 

Ini merupakan percubaan pertama kak ana buat sendiri kuih bakar pandan di rumah. Acuan pun tak ada cuma guna acuan kek bersaiz 6 tu dan kak ana bakar dalam air fryer sahaja. Resepinya macam biasa laa nih mudah kita dapat apa-apa resepi dari tiktok sahaja. 


resepi kuih bakar pandan guna air fryer
kuih bakar pandan guna air fryer 


Cuma adalah sikit versi derhaka resepi bila kak ana tidak ada bijan untuk di taburkan di atas permukaan kuih bakar . Dia nampak tak berapa original kat situ, sebab kuih bakar wajib di tabur bijan di permukaan atasnya. 

Dari segi rasa, alhamdulillah sedap lemak manis secukup rasa, lebih kurang lah rasa kuih bakar yang kita beli di pasar malam dan sebagainya. Kak ana suka nak share dengan ampa semua, resepi dan cara kak ana hasilkan kuih bakar menggunakan air fryer ni sahaja. 



kuih bakar pandan guna air fryer
kuih bakar pandan guna air fryer 


Resepi kuih bakar pandan guna air fryer 

1 cawan air pandan ( kisar 5-7 helai daun pandan bersama secawan air ) 
1/2 cawan gula ( ini ikut kemanisan masing-masing boleh kurangkan jika tak nak manis ) 
1 biji telur saiz A 
1 kotak kecil santan ( 200ml ) 
1 cawan tepung gandum 
secubit garam ( untuk rasa lemak santan ) 
Bijan untuk hiasan di bahagian atas permukaan kuih 

Cara masak kuih bakar pandan 


resepi kuih bakar pandan guna air fryer
resepi kuih bakar pandan guna air fryer 



1. Satukan kesemua bahan kecuali bijan dalam pengisar dan blend sebati. 

2. Tapiskan dan masukkan adunan ke dalam loyang pembakar . Pastikan loyang yang muat masuk dalam air fryer . Kak ana gunakan baking paper untuk alas , kalau tak de oles loyang dengan minyak sebelum tuangkan adunan ke dalam loyang. 

3. Taburkan bijan dan bakar dalam air fryer pada suhu 180' selama 30 minit. Kemudian naikkan suhu pada 200' dan bakar lagi 10 minit dan sehingga masak keseluruhan. Hasilkan kuih bakar yang garing di atas dan lembut di bahagian dalam. Selamat mencuba !! 




3 Comments