Antara gulai penyelamat bila dah kering idea nak jadikan kuah dalam sajian hidangan harian adalah gulai lemak kobis. Boleh di katakan kerap kali juga kak ana masak gulai lemak kobis di rumah ni. Salah satu sebab ianya pun memang sedap di makan dengan lauk apa sekali pun. 

Makan dengan sambal ikan, ayam masak merah atau pun ikan dan ayam goreng sahaja pun kena dah , kan. Resepi masakan pun mudah sangat, lebur kan sahaja semua bahan dalam periuk dan masak sampai didih. Siaplah satu menu yang sedap. 


masak lemak kobis


Masak lemak kobis 


Cuma sekarang ni kak ana masak banyak menggunakan santan kotak berbanding santan asli. Jarang dah beli kelapa parut di kedai Acheh. Kalau ikutkan santan kotak ni kurang sikit rasa sedap lemak manis berbanding santan asli.

Tapi di sebab kan kak ana keluar beli barang dapur basah seminggu sekali, lebih mudah simpan stok santan kotak sahaja di rumah. Tapi okay sahaja , rasa lemak tetap ada dan masak dengan santan kotak ni lebih tahan lama dan tak cepat basi berbanding santan asli. 

Sayur lemak kobis ni selalunya di masak gulai santan putih lah kan. Kalau kuning tu lebih di kenali sebagai sayur lodeh . Sama jer sebenarnya cuma di campurkan dengan serbuk kunyit. Bahan masakan tu ikut lah apa yang ada. 

Kadang-kadang perencah ikan bilis, udang kering atau pun fish cake pun boleh jer. Hirisan bawang merah dan cili merah. Macam di atas tu kak ana masukkan hirisan lobak merah. Dah siap!!