Sayur lemak kobis
Antara gulai penyelamat bila dah kering idea nak jadikan kuah dalam sajian hidangan harian adalah gulai lemak kobis. Boleh di katakan kerap kali juga kak ana masak gulai lemak kobis di rumah ni. Salah satu sebab ianya pun memang sedap di makan dengan lauk apa sekali pun. 
Makan dengan sambal ikan, ayam masak merah atau pun ikan dan ayam goreng sahaja pun kena dah , kan. Resepi masakan pun mudah sangat, lebur kan sahaja semua bahan dalam periuk dan masak sampai didih. Siaplah satu menu yang sedap. 
Masak lemak kobis
Cuma sekarang ni kak ana masak banyak menggunakan santan kotak berbanding santan asli. Jarang dah beli kelapa parut di kedai Acheh. Kalau ikutkan santan kotak ni kurang sikit rasa sedap lemak manis berbanding santan asli.
Tapi di sebab kan kak ana keluar beli barang dapur basah seminggu sekali, lebih mudah simpan stok santan kotak sahaja di rumah. Tapi okay sahaja , rasa lemak tetap ada dan masak dengan santan kotak ni lebih tahan lama dan tak cepat basi berbanding santan asli. 
Sayur lemak kobis ni selalunya di masak gulai santan putih lah kan. Kalau kuning tu lebih di kenali sebagai sayur lodeh . Sama jer sebenarnya cuma di campurkan dengan serbuk kunyit. Bahan masakan tu ikut lah apa yang ada. 
Kadang-kadang perencah ikan bilis, udang kering atau pun fish cake pun boleh jer. Hirisan bawang merah dan cili merah. Macam di atas tu kak ana masukkan hirisan lobak merah. Dah siap!! 

7 Comments
Sedap...Suka gak lauk ini Macam! Hehehe
ReplyDeleteSedap ni Kak Ana... Dok ingat nak buat juga, tapi nak pi cari ikan temenung dulu buat regu dgn sayur lemak kobis ni. Tumbuk pulak sambal belacan pedas², aduh sedapnya!
ReplyDeleteletak suun sikit..memang ngam lah... kalau ikan goreng, ngam ada sambal belacan
ReplyDeleteSayur lemak macam ni, dapat dengan ikan goreng jer pun dah cukup sedap sangat, Kak Ana.
ReplyDeleteSA suka sayur lemak tauge atau petola kak ana, kobis ni jarang makan...lepask tu gandingkan dengan sambal gesek atau ikan kembung goreng berlada..kalau ada sambal belacan atau ikan masin pun menambah nasi ni..confirm habis sepiyuk nasi
ReplyDeleteserius sy suka menu ni mkn dgn ikan / ayam goreng garing =D
ReplyDeleteLauk ni sesekali buat lepas tu gue dengan ikan kering dan sambal belacan. Gitu je dah menambah2 rasanya
ReplyDelete