Pulut kuning antara makanan yang kak ana suka makan , paling sedap lah kalau dapat makan dengan rendang. Tak kisah rendang ayam, daging atau kerang dan sebagainya , memang itu lah guu nya kalau makan pulut kuning, kan. 

Sebenarnya tak ada beza rasa pun pulut kuning dengan pulut putih, tapi sebab mindset kita dah begitu dari kecil, pulut kuning untuk makan dengan menu pedas berlauk dan pulut putih lebih sedap untuk makan dengan manisan, contohnya pulut inti, pulut durian dan serawa. Betul tak ? 


Cara kukus pulut kuning


Sepanjang pengalaman hidup kak ana, ada dua kaedah untuk masak beras pulut ni, sama ada secara tanak iaitu masak dalam periuk letrik atau periuk atas dapur dan satu lagi dengan cara mengukus pulut. Kedua-duanya pun menghasilkan rasa yang tak lari jauh. 

Cuma bila kak ana tanak atau masak pulut , ia akan berkerak tetapi dengan mengukus pulut masak dengan cantik dan serata tanpa ada kerak. Itu lah sahaja beza yang kak ana pernah rasai sendiri. Kali ini kak ana nak kongsikan cara kak ana mengukus beras pulut kuning. 


Cara kukus pulut kuning 



Cara kukus pulut kuning


Bahan masak pulut kuning 


Beras pulut 
Garam
Sedikit minyak masak 



Cara kukus pulut kuning


Cara mengukus pulut kuning 


1. Tiada sukatan khusus untuk memasak pulut kuning, ikutlah berapa pot atau kilo yang ampa nak masak. Langkah pertama basuh, bilas dan tos beras pulut. 

2. Rendam di dalam air bersama sekeping asam keping dan serbuk kunyit. Rendam lebih kurang 1-2 jam sebelum memasak . Ada orang yang rendam semalaman juga. 

3. Bila dan lembut beras pulut, basuh dan toskan , bilas bersih supaya hilang serbuk kunyit lebihan. 

4. Masukkan ke dalam loyang . Letakkan sehelai daun pandan untuk aorma jika suka . Ada orang yang kukus terus di dalam pengukus tetapi alaslah dengan daun pisang atau daun pandan supaya beras pulut tidak jatuh ke dalam air kukusan. 

5. Kukusan pertama selama 20 minit , kemudian angkat dan arungkan sebati dengan santan yang di bancuh dengan air tetapi pekat lah adunan santannya bersama sedikit garam . Arung sehingga sebati pulut dan santan kemudian sambung kukus lagi dalam 20 minit. 


Cara kukus pulut kuning


6. Angkat sekali lagi dan sambung arung pulut bersama santan dan letakkan sedikit minyak untuk kali kedua ini supaya pulut masak berkilat dan cantik. Sambung kukus sekitar 10-15 minit sehingga mendapat tekstur pulut yang lembut dan masak elok. 

7. Ulang step jika pulut masih belum masak sempurna, tetapi selalunya dua kali arung dah boleh dapat pulut yang masak elok serta lembut. 

Bila dah masak sejukkan seketika sebelum keluarkan dari loyang atau pengukus. Boleh lah di hidangkan bersama menu rendang dan sebagainya. Kak ana makan dengan daging masak hitam . Senang kan, boleh sahaja cuba jika rasa teringin nak makan pulut kuning nanti. Semoga bermanfaat, In Syaa Allah. 



1 Comments

  1. Saya pun suka makan pulut kuning. Memang sedap tu kalau dapat makan apa jenis rendang atau sambal pun. Masak kaedah kukus ni lagi sedap pada saya dan elok cantik hasilnya. Kalau tanak tu ada kerak maam rugi pulak.

    ReplyDelete