Nasi lemak ni kesedapan dan keunikannya pada kak ana terletak pada rasa sambalnya lah kan. Ada orang suka makan nasi lemak dengan sambal kering, pedas dan ada pula macam kak ana suka yang basah-basah berkuah sikit dan tak pedas sangat sambalnya.

Ia sangat subjektif pada setiap orang. Lazimnya set nasi lemak akan datang bersama nasi lemak, sambal ada yang asing sambal basic sahaja dan ada yang sambal tumis ikan bilis, telur rebus, kacang tanah dan ulam timun. Itu selalunya kelaziman menu set nasi lemak. 


Nasi lemak Kedai Legasi Atok
nasi lemak sayur kangkung 

Nasi lemak sayur kangkung

Kalau zaman dahulu sekitar tahun 1980-an hingga awal 90-an nasi lemak memang begitulah sahaja yang di jual dan siap-siap bungkus dalam daun pisang serta surat khabar . Namun seiring peredaran masa nasi lemak laa nih di sajikan dengan pilihan pelbagai lauk dan sambal. Meriah dan menyelerakan sungguh. 

Banyak pilihan lauk seperti rendang ayam, daging, sambal paru, sambal sotong, sambal udang, ayam masak merah, ayam berempah dan pelbagai lah. Malahan bukan sahaja menjadi jualan dan perniagaan orang Melayu, malah kaum Cina dan India pun dah  ada menjual nasi lemak di pagi hari untuk pelanggan depa. 


Kedai Atok Legasi
nasi lemak sambal kerang 


Kak ana nak kongsikan dengan ampa semua, suatu pagi tu kak ana pi sarapan nasi lemak di Kedai Atok Legacy , kat Kampung Melayu Rawang bersebelahan bangunan Giant . Meriah sungguh lah set nasi lemak kat sini. 

Banyak pilihan lauk pauk, tapi kak ana dan suami pilih sambal kerang dan sambal sotong. Cuma set nasi lemak ni depa hidang sekali keropok sayur, sambal tumis, telur sebiji sama ada pilih nak telur goreng atau telur rebus, kacang tanah, hirisan timun, ikan bilis goreng dan yang paling unik pada kak ana, sayur kangkung tumis tu. 


nasi lemak sayur kangkung
nasi lemak sambal sotong


Meriah naa sepinggan nasi lemak dengan side dishes yang banyak macam ni. Harga kak ana tak ingat dah lah, tapi tidaklah over price , In Syaa Allah . Sebenarnya foto ni tersimpan dalam galeri lama juga dah, kisah tahun lepas dah ni 2025 :) 

Korang yang tinggal di sekitar Rawang , Bukit Beruntung dan sebagainya boleh lah try sarapan pagi di Kedai Atok Legacy. Port lepak pun cantik dan bersih. Ia di buka untuk sarapan sahaja kalau tak silap kak ana. Kisahnya pernah dah kak ana terbitkan di SINI




 

13 Comments

  1. saya 1st time mkn nasi lemak sayur kangkung tu kat kedai mamak (area sri gombak). anyway nasi lemak adalah fav menu my family dan i biasanya masak nasi lemak once a week (weekend)

    ReplyDelete
  2. Kalau ada kangkung memang cara orang Melaka. Memang suka ada kangkung.
    Meriah bahan sampingan siap ada keropok sayur tu ya.

    ReplyDelete
  3. meriah lauk nasi lemak macam2 ada sedap tu

    ReplyDelete
  4. skrg ni nasi lemak dah ada macam2 version dah...
    kadang2 sampai penuh pinggan letak side dishes...

    ReplyDelete
  5. Teringat first time makan nasi lemak kangkung ni arwah papa yang ajar makan. Masa tu kecil lagi. Tapi memang sedap. Dulu orang makan nasi lemak waktu pagi je. Sekarang tak kira masa orang makan nasi lemak. Lauk pun ada macam macam.

    ReplyDelete
  6. Dulu masa kecik, ada aunty masak nasi lemak ada sayur kangkung, rasa pelik. Tapi sedap rupanya.

    ReplyDelete
  7. kalau kat melaka nasi lemak ada kangkung ni dah biasa kot ;-) kdg kangkung tu smpi rasa masin pun ada hehehe

    ReplyDelete
  8. Sy suka juga nasi lemak ada kangkung. Ada juga orang jual dekat tempat sy ni

    ReplyDelete
  9. Semua bahan dalam gambar tu adalah gabungan nasik lemak... Kecuali keropok... kan?

    ReplyDelete
  10. betul tu kalau sambal sedap, maka sedap la nasi lemak tu. sedapnya terus rasa lapar tengok nasi lemak ni. bestnya siap ada kangkung tak pernah jumpa lagi area Lipis ni nasi lemak ada kangkung.

    ReplyDelete
  11. haah Ana pun setuju nasi lemak sedap terletak pd sambalnya. waahh sambal keranggggg aaaaa dapnyeee!

    ReplyDelete
  12. Sambal kerang tu sedap ya....kangkung pun saya suka jugak.

    ReplyDelete
  13. saya lupa, haritu ada baca, memang area mana ntah nasi lemak mereka memang ada kangkung. kampung saya ada timun je . tapi kadang timun pun tak berapa nak jumpa, hehe

    saya suka sambal yang kurang pedas melahar, ada rasa pedas manja, manis masin seimbang. kalau pedas tanpa rasa manis sikit pun bukan pilihan saya. kalau incek boss dia suka yg berselirat bawang . kampung dia punya jenis gitu. saya tak makan bawang yg tak dikisar memang haru la kalau dapat sambal gitu. hahaha.(tapi kalau buat memang saya terpaksa campak 4-5 biji bawang, bawang agih ke dia, saya cedok sambalnya saja)

    ReplyDelete