Berbaloi tak makan di Rembayung ?
Rembayung... mana lagi kalau bukan di restoran milik Khairul Aming kesayangan majoriti rakyat Malaysia. Pagi tu kami keluar sarapan pagi bertiga dengan suami dan Adik Ika. Dalam perjalanan Adik Ika tanya, nak tak makan tengahari kat Rembayung hari ni ? Tapi slot pukul 4.30 kalau tak silap kak ana, lupa aih! Maklumlah kak ana suka sangat peram gambar dalam galeri sebelum terbitkan entri, hehe :)
Ayah nya jawab , nak lah.. Adik dapat booking slot ke ?Adik Ika bagitau ada kawan ex-officematenya ada slot tapi tak dapat pii kerana ada urusan personal yang urgent. Kami pun setuju dan Adik terus deal dengan kawannya. Dan kami pun rezekilah dapat slot tu.
Lepas zohor kami pun gerak ke Kampung Baru, KL menuju ke Rembayung. Parkir kereta sebelah sahaja dengan Rembayung berhadapan Perodua Kampung Baru, tu. Kami sampai awal jugalah, duduk dulu di hadapan restoran yang memang di sediakan kerusi.
Rembayung, Kampung Baru, KL
Slot makan di Rembayung
Kebetulan lah kan, slot makan yang kawan Adik Ika dapat tu memang untuk 3 orang. Adik Ika pun dah bayar deposit untuk 3 orang ni pada kawannya. Sayang juga kalau tak beri pada sesiapa sekiranya kita dah dapat slot tapi tak dapat hadir. Kadang-kadang ada aral lah kan.
Tapi slot ni bukanlah untuk di jual beli, itu yang salah. Adik Ika cuma bayar semula deposit pada kawannya sahaja tanpa ada extra token lain. Deposit untuk satu orang cuma RM10 sahaja dan akan di tolak semula pada bayaran penuh menu yang kita makan nanti. Okaylah kan.. sebagai cagaran untuk kita hadir
Kak ana sertakan disini syarat untuk membuat tempahan slot makan di Rembayung yang kak ana dapat dari internet :
1. Had Pax: Minima 2 hingga maksima 8 orang (termasuk kanak-kanak) untuk setiap tempahan.
2. Waktu Makan: Dihadkan kepada 1 jam 45 minit sahaja.
3.Pembayaran: Restoran beroperasi secara tanpa tunai (cashless).
4. Keperluan Khas: Nyatakan jika anda memerlukan kerusi roda (wheelchair) atau kerusi bayi (stroller).
Semua tempahan mesti dibuat lebih awal. Anda boleh membuat tempahan rasmi melalui Rembayung UMAI Booking.
Slot makan di Rembayung ni kekdahnya macam kita booking tiket nak menonton wayang. Kita dapat tiket jam berapa, kita datang dan tunggu hingga slot masuk kita sampai. Selepas selesai slot 1 jam 45 minit yang sebelum kita tu keluar, baru kita di panggil masuk.
Di pintu masuk nanti ada staff yang akan menunggu kita dan memeriksa email pengesahan serta memberikan nombor meja untuk kita. Mudah sahaja, cuma rezeki nak dapat kan slot tu sahaja agak sukar rasanya lah..
Di hadapan pintu masuk ada display cabinet untuk pilihan kuih muih. Kita order kuih mana yang nak, nanti staff akan hantar ke meja. Staff juga akan datang ke meja bawa buku menu untuk kita pilih makanan yang hendak di makan. Order di meja sahaja.
Sementara menunggu menu sampai, kami makan 3 jenis kuih sahaja petang tu. Serimuka durian, pulut tai tai dan seri muka tradisional. Sebagai penggemar kuih tradisional, kak ana suka kesemua kuih-kuih ni dan ia sangat sedap sesedap rasa cukup manis lemaknya. Satu kuih ni berharga RM1.90 .
Menu di Rembayung
Menu di Rembayung adalah masakan Melayu aneka pilihan dan yang ada di dalam buku menu . Agak rambang mata juga nak pilih, tapi sebelum sampai kami dah research dah nak makan apa dan mengikut bajet yang kami nak makan petang tu.
![]() |
| Ayam salai lemak cili api Rembayung |
Harga menu standard lah pada lokasi dan nama Rembayung itu sendiri. Tidak lah terlalu mahal, In Syaa Allah mampu makan untuk kebanyakan dari kita. Nak mencuba kan resepi masakan Khairul Aming.
Kami pilih 3 nasi putih, gulai lemak cili api ayam salai, sayur lemak putih, telur kicap dan set ikan rebus goreng dan budu . Tiga pilihan air pula kelapa bunga telang, kopi santan dan sirap selasih. Untuk pencuci mulut kami makan tapai pulut aiskrim.
![]() |
| telur mata masak kicap Rembayung |
Menu dalam gambar kat atas tu adalah ayam salai lemak cili api berharga RM36.90 . Ada empat ketul ayam saiz sederhana tapi cukup untuk kami makan bertiga. Sesedap rasa, kuah tak terlalu pedas sesuailah untuk kak ana yang tak boleh makan pedas. Aroma salai tu ada dan membuatkan penambah selera untuk di nikmati.
Telur mata masak kicap tu memang signature menu KA lah kan dalam 30 hari 30 resepi Ramadan nya. Kak ana memang nak try ni kut lah ada special . Sama sahaja lah macam kita buat di rumah ada telur mata dengan sosnya kicap cili api. Sedap je untuk di makan dan telur mata tu ada 3 biji kalau tak silap sebab dalam gambar tak jelas pula berapa biji. Harga set ni RM15.90.
![]() |
| sayur masak lemak putih |
Hat nih laa paling sedap pada kak ana sekeluarga petang tu. Sayur masak lemak putih ni masakan orang pantai timur kalau tak silap lah kan. Ada rasa isi ikan di masak bersama sayuran seperti taugeh, terung , petola dan sebagainya.
Sangat sedap lemak manis rasa ikan secukup rasa dan memang guu sangat di makan dengan menu ikan rebus goreng dan budu yang kami order bersama. Sayur lemak putih ni berharga RM18.90 .
Kak ana berani bagi 5 bintang lah untuk review menu ini, kena sangat dengan selera kami. Cadang nak masak di rumah tapi sampai laa masih dalam peringkat cadangan, entah bila nak kejadiannya..
![]() |
| set ikan rebus goreng bersama budu |
Ini pula set ikan rebus goreng bersama budu. Ikan tu ikan sardin kami panggil. Ikan rebus ni ikan lengat lah pada setengah orang. Ikan yang di kukus kemudian di goreng garing. Ada juga yang panggil ikan tu ikan selayang, ikut lah kan..
Di makan dengan budu dan sebiji telur rebus yang di lenyet di dalam budu dan perah asam limau nipis. Sedak do'oh kata orang Kelate' . Set menu ni berharga RM22.90 .
![]() |
| air kelapa bunga telang Rembayung |
Adik Ika mencuba air kelapa bunga telang yang juga salah satu hot seller di Rembayung. Sedap sangat ala-ala rasa coconut shake di beri sentuhan kemelayuan dengan mencampurkan bunga telang. Lemak manis rasanya. Air kelapa bunga telang berharga RM15.90 .
![]() |
| kopi santan Rembayung |
Kopi santan pula pilihan suami kak ana. Kak ana tak berapa kena sikit dengan adunan rasa kopi santan ni tapi adalah kelainan rasanya yang agak unik. Mungkin dah terbiasa dengan kopi susu kan. Kopi santan ni berharga RM14.90 .
Ini memang air orang tua-tua kata anak-anak kak ana. Sirap selasih sedap lah kan nak makan denan nasi dan lauk pauk menu kampung gini. Kak ana kalau makan nasi tak suka dengan bersusu santan bagai ni. Suka kalau air yang plain sahaja. Sirap selasih ni pun murah aje , RM5.90 sahaja.
![]() |
| tapai pulut aiskrim Rembayung |
Sebagai pencucui mulut atau dessert kami pilih tapai pulut aiskrim. Sangatlah sedap untuk kak ana peminat tapai pulut , di makan dengan aiskrim vanila dan ada parutan kelapa kering kalau tak silap lah kat atas tu di taburkan.
Untuk dessert kita boleh request depa hantar kemudian bila kita nak makan sebab ia aiskrim kan nanti sampai awal cair pula. Harganya cuma RM15.90 sahaja.
Inilah resit harga menu yang kami makan petang tu untuk kesemua di atas . Makan untuk 3 orang memang berbaloi pada kak ana dengan suasana Rembayung dan kesedapan masakan kampung Melayu. Sekali sekala tu boleh lah , kalau selalu tu kena tanya poket dahulu lah kan.
Masakan menu di Rembayung memang sedap pada kak ana. Rasa seperti masakan di rumah sesedap rasa. Tiada yang nak over claimed memang sedap semuanya . Harga-harga menu hanya pada tarikh entri ini di terbitkan dan sebarang perubahan harga ampa kena carilah di Rembayung sendiri naa.. Sekadar berkongsi pengalaman..
Jumpa tak Khairul Aming ? Jumpa sekejap sahaja , KA ada meeting dan tak sempat pun nak bergambar.. KA sekadar melambai tangan kepada kami sambil tersenyum manis.. penat sangat kak ana tengok gayanya hehe :)

















10 Comments
Kalau dekat, teringin jugak sy nak makan kat sini, Kak Ana. Apakan daya, jauh di mata, hihi.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki Kak Ana dapat slot tu tanpa dirancang ye... Kuih muih nampak sedap belaka. Kalau Sy pun pilih ayaq sirap tu jugak Kak Ana. Baru kena dgn lauk pauk kita makan tu
ReplyDeletewah rezeki dapat slot makan di Rembayung. Kuih-kuih dia pun nampak sedap, Sirap selasih lah lagi syiok layan lauk kampung ni
ReplyDeleteWowww.. 5 star Kak Ana bagi.. mesti highly recommended kan..Nengok pun semua sedap² belaka.
ReplyDeleterezeki dapat slot ni. entah bila la boleh makan kat situ.
ReplyDeletewow terbaik ana dapat slot makan di remvayung sedap menu semua
ReplyDeleteBest best alhamdulilah rezeki dpt makan kat situ kan... nk book slot ntah bila la akan berjaya hehehe
ReplyDeletealhamdulillah, menu pun nampak sedap, ala kampung. budu tu yang paling best, nak pulak ada ulam pucuk tere..
ReplyDeletewahh bestnyer makan telur mata masak kicap kat rembayung itttewww., nyum2
ReplyDeleteOrang kata susah nau nak dapat slot eh?
ReplyDelete