Kisah persediaan perjalanan umrah pertama ( Part 2 )
In syaa Allah.. kak ana sambung coretan persediaan sebelum menunaikan umrah dan ziarah kami tiga sekeluarga , bersambung dari bahagian pertama di SINI ( Part 1 ) . Selesai langkah pertama iaitu membuat tempahan pakej dan urusan dokumentasi sehinggalah mengambil luggage dan hadiah dari Andalusia, maka bermula langkah-langkah persediaan mental dan fizikal sepenunya.
Sebelum itu lagi kak ana bertiga dan banyak membaca dan menonton video perkongsian jemaah yang telah pun selamat ke sana. Video-video di tiktok banyak membantu dengan pelbagai perkongsian dan persediaan apa yang perlu di bawa ke sana dan sebagainya.
Persediaan sebelum menunaikan umrah
Kak ana bahagikan kepada tiga kategori untuk mudah di fahami. Yang pertama adalah persediaan ibadah umrah kerana itulah matlamat utama kita untuk perjalanan ini. Kedua adalah persediaan kesihatan diri untuk menunaikan umrah. Dan yang ketiga adalah persiapan dan kelengkapan diri seperti pakaian serta keperluan lain.
Persediaan ibadah umrah wajib
Dengan Andalusia, kami diberikan sebuah buku panduan lengkap Panduan Umrah dan Ziarah Mekah Madinah . Kami mula menelaah buku ini satu persatu dan cuba memahami setiap rukun , larangan, sunnah dan sebagainya secara teorinya terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus secara fizikal .
Tandakan pada muka surat bab-bab yang penting dan lipat begini supaya nanti kita berada di sana senang untuk di jadikan rujukan. Namun Alhamdulillah sewaktu kak ana di sana, di bimbing penuh oleh mutawif kami jemaah Bas 2 SV4Feb Ustaz Syafiq Ikhwan dari Andalusia Terengganu. Malah untuk masuk ke Rawdah juga Ustaz hantar Ustazah Faezah menemani kami jemaah wanita masuk ke Rawdah. Syukur Alhamdulillah...
Selepas sahaja urusan pembayaran selesai, kami bertiga telah pun menghadiri kursus fizikal persediaan umrah di Pejabat Urusan Andalusia di Desa Pandan selama 2 kali kelas . Kita bebas untuk hadir kursus berapa kali pun kerana ia terbuka kepada jemaah pada hujung minggu.
Kami memilih untuk hadir kursus umrah di Andalusia HQ kerana ia di adakan pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu. Untuk kursus di cawangan Andalusia berdekatan selalunya di adakan pada hari Sabtu sahaja. Waktu itu suami kak ana bekerja pada hari Sabtu jadi kami perlu menghadiri kursus hari Ahad yang hanya di buat di Andalusia HQ.
Rezeki sangat , seminggu sebelum penerbangan kak ana dan suami hadir sekali lagi kursus umrah dai Andalusia HQ di bimbing oleh pemilik Andalusia Travel sendiri iaitu Datuk Ustaz Haji Md Daud Che Ngah. Masyaa Allah.. Ustaz berkongsi pengalaman nya dengan pelbagai kisah jemaah haji dan umrah dan mengambil masa yang lebih panjang dari kebiasaan waktu kursus.
Kursus umrah hanya separuh hari sahaja mulai jam 9 pagi hingga 1 tengahari. Penerangan dan pengajaran mengenai panduan lengkap umrah wajib, penerbangan, persediaan malahan ada sessi soal jawab sekiranya ada kemusykilan dari jemaah.
Persediaan kesihatan sebelum menunaikan umrah
Selain banyak berdoa memohon kesihatan yang baik dariNya, kita juga usahakan secara fizikal untuk persiapan ibadah umrah dan ziarah. Antara yang lazim di lakukan oleh bakal jemaah adalah brisk walk. Brisk walk perlu dilakukan kerana untuk ibadah umrah iaitu tawaf dan saei memerlukan kita banyak berjalan . Pusingan tawaf 7 pusingan dan ulang-alik perjalanan saei antara Bukit Safa dan Bukit Marwah itu sahaja untuk satu umrah di anggarkan sejauh 7 kilometer perjalanan.
Selain itu , kita juga akan banyak berjalan dari hotel ke masjid serta waktu aktiviti ziarah. Jarak hotel ke masjid adalah berbeza mengikut pakej umrah yang kita ambil. Alhamdulillah pakej sederhana yang kak ana ambil ini, jarak hotel di Madinah ( Hayah Plaza ke Masjid An Nabawi cuma sekita 200 meter lebih kurang ) dan jarak di Mekah ( Olayan Al-Haram ke Masjidilharam sekitar 500 meter lebih kurang ).
Kak ana juga buat temujanji di klinik kesihatan dan klinik swasta untuk pemeriksaan kesihatan beberapa minggu sebelum penerbangan. Minta konsultan doktor mengenai jenis ubat-ubat yang perlu di bawa mengikut tahap kesihatan masing-masing. Dapatkan bekalan ubat-ubat wajib yang mencukupi seperti ubat darah tinggi, kolestrol, kencing manis dan sebagainya.
Sediakan juga ubat-ubat emergency seperi ubat tahan sakit, ubat selsema, ubat batuk, ubat sakit perut, ubat tahan sakit dan minyak-minyak atau balm yang di perlukan. Untuk wanita yang masih mempunyai kitaran haid, dapatkan nasihat doctor untuk langkah penahanan period ketika berada di sana.
Kak ana dan Adik Ika, doktor sarankan mengambil pil hormon sebulan sebelum tarikh pergi sehingga lah selesai umrah . Lain orang lain keperluannya. Sangat penting untuk ke klinik sakit puan untuk mendapatkan konsultansi.
Seterusnya adalah persiapan atau check list pakaian dan keperluan lain untuk berangkat menunaikan umrah. In Syaa Allah, akan kak ana sambung di entri yang akan datang kerana ia juga agak panjang lebar yang akan kak ana tuliskan dari pengalaman kak ana sendiri yang mungkin akan bermanfaat untuk bakal jemaah umrah. Kita sambung nanti , naa...









6 Comments
alhamdulillah tahniah ana selamat beribadah umrah moga Allah permudah semua urusannya
ReplyDeleteMasya-Allah, tabarakallah... seronok baca pengalamaan Kak Ana. Kagum sangat dengan kesungguhan Kak Ana buat persediaan rapi, siap buat fisioterapi awal-awal untuk masalah slipped disc. Betul-betul menginspirasikan bakal jemaah lain supaya tidak culas bab kesihatan sebelum ke sana. Semoga mendapat umrah yang mabrur, Kak Ana
ReplyDeleteBagus perkongsian akak boleh jadi rujukan bila diperlukan.
ReplyDeleteAlhamdulilah kak ana... dimudahkan urusan persiapan umrahnya tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat menjejak kaki ke tanah suci
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat menjejak kaki ke tanah suci
ReplyDelete