Nasi goreng bunga kantan bersama ikan rebus
Setiap kali balik kampung halaman kak ana di Teluk Intan, jadi kelaziman kami anak rantau ni akan beli ikan rebus di pasar besar Teluk Intan. Ikan rebus ni adalah ikan kembung atau kami di Teluk Intan ni panggil ikan temenung yang di kukus terus dalam bot nelayan.
Ia di kukus di dalam bakul rotan yang di anyam dan dijual terus di pasar besar Teluk Intan. Memang ikan segar sebab tu sedap di makan bila beli . Selalunya kak ana suka goreng sahaja ikan rebus ni tanpa di jadikan menu masakan lain.
Nasi goreng bunga kantan bersama ikan rebus
Menu nasi goreng bunga kantan ini pula kak ana masak pagi Selasa lepas. Cuti panjang 3 hari sempena Hari Keputeraan YDPA dan bersambung cuti hari Wesak. Pagi tu kak ana tengok banyak bunga kantan di kebun belakang rumah, kak ana minta suami ambilkan sebatang .
Resepi nasi goreng bunga kantan
Resepi masak nasi goreng bunga kantan kak ana buat ni mudah sangat. Mula-mula kak ana goreng garing ikan bilis dan ketepikan. Tumis terlebih dahulu bawang merah, bawang putih dan cili api yang di tumbuk kasar.
Masukkan nasi yang dah di peroi dan gaul sebati. Rasakan dengan garam dan perasa secukupnya. Matikan api barulah kak ana taburkan hirisan bunga kantan. Ini untuk memberikan kesegaran rasa pada ulam bunga kantan. Waktu menghidang barulah kak ana taburkan pula ikan bilis rangup yang di goreng awal tadi.
Memang sedap dan mudah, In Syaa Allah. Selera kampung ni main campak-campak sahaja bahan yang ada di rumah. Tak de sukatan atau tetapan bahan sangat. Hidang dengan kopi o, nikmat manakah yang kita ingin dustai lagi melainkan syukur yang tak terhingga atas setiap anugerah dan rezeki dariNya..

1 Comments
sedapnya! saya suka bunga kantan :)
ReplyDelete