Sarapan pagi idli cicah kari
Antara menu makanan India yang kak ana suka adalah makan idli bersama kari ayam. Tapi tak mudah nak dapat kerana kebanyakan restoran mamak depa tak jual idli. Selalu ada tosei, roti canai, nan dan puri. Itupun puri jarang nak dapat makan juga kan.
Di kampung kak ana, Teluk Intan.. kalau ada kesempatan kak ana dan suami suka sarapan pagi di salah satu gerai di Medan Selera MPTI di Padang Speedy. Ada satu gerai mamak Muslim lah kan menjual menu idli dan apam manis. Memang rare lah kan...
Makan idli dan kari ayam gerai Muslim di Teluk Intan
Bagi yang tak berapa kenal, idli ni sejenis apam juga menu makanan orang India yang di kukus. Lembut gebu dan rasa seperti apam tepung beras lebih kurang. Sedap lah cicah dengan kari ayam. Ia juga cepat kenyang kalau pekena dua biji dah cukup dah pada kak ana.
Gerai yang kak ana maksud kan adalah gerai Jubaitha Bee yang terletak di mengadap stadium Padang Speedy di hadapan pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan. Selain dari idli, gerai ni juga ada menjual apam manis, mihun goreng, nasi lemak dan sebagainya lah.
Di usahakan oleh sepasang suami isteri , Muslim, mamak lah kan. Kalau korang singgah atau berada di pekan Teluk Intan di waktu pagi khasnya, boleh lah try nanti .
Dalam gambar kat atas tu pula adalah apam manis. Lebih kurang sahaja dengan idli tapi ia garing di keliling dan lembut di bahagian tengahnya. Rasa pun lebih manis dan teknik masakan pula di lenggang di dalam pan di atas api tanpa minyak.
Sedap di makan dengan bubur. Kak ana kalau makan suka makan dengan bubur campur iaitu campuran bubur kacang dan gandum. Memang rare kan, menu-menu begini dan sedap sekali sekala menikmatinya.



0 Comments