Minggu lepas kak ana singgah lah selepas Isyak di Masjid Cahaya Iman, berdekatan kediaman kak ana. Waktu tu sedang di adakan Food Republik Chinesse Muslim Food Festival. Ia menjual pelbagai makanan street food dan makanan dari negara China peniaga muslim yang Halal . Macam-macam jenis juadah ada termasuk juga menu makanan tempatan dan timur tengah pun ada.
Dalam banyak-banyak menu jualan, kak ana tertarik nak mencuba teh babao atau babao cha yang di pamerkan di salah satu khemah jualan. Unik sangat sebuah cerek tembaga yang mengalirkan air teh dan di kelilingi beberapa jenis herba dan buah kering.
 |
| Eight Treasures Tea - Babaocha |
Kak ana beli lah dua cawan , satu cawan depa jual RM6 tapi kalau beli dua cawan RM10. Teh ni di minum sejuk dengan ais. Rasanya sangat refreshing . Kak ana dan Adik Ika suka sangat kami simpan sampai esok minum semula pun masih sedap.
Rasa teh tanpa gula dengan aroma dan rasa campuran buah-buah kering yang di rendam sekali di dalamya. Memang rasa oriental sangat. Ini pertama kali kak ana mencubanya kerana yakin lah kan ia di jual di Muslim Food Festival begini. Alhamdulillah.
Kak ana dapatkan info dari internet yang menerangkan beberapa fakta mengenai babaocha ni untuk pengetahuan bersama.
Eight Treasures Tea / 八宝茶 - Bābǎochá
Minuman ini dikenali sebagai Teh 8 Harta (atau Eight Treasures Tea / 八宝茶 - Bābǎochá).
Ia merupakan minuman herba dan buah-buahan tradisional Cina yang sangat popular. Minuman ini dinamakan "Teh 8 Harta" kerana direneh dan dihidangkan bersama pelbagai jenis bahan kering, buah-buahan, dan herba khas.
Bahan-bahan Utama campuran buah-buah kering:
Seperti yang dapat dilihat pada dulang di dalam gambar, minuman ini digandingkan dengan pelbagai ramuan seperti:
* Kurma Merah (Red Dates / Jujube)
* Kismis
* Buah Kiwi Kering
* Aprikot Kering
* Hirisan Epal Kering
* Mata Kucing / Longan Kering
* Kelapa Kering / Hirisan Buah-buahan Lain
Satu keunikan jualan Teh 8 Harta di pasar malam atau gerai tempatan adalah penggunaan teko tembaga/logam berleher panjang (long-spout teapot) khas. Air teh panas dituang dari cerek berleher panjang ini terus ke dalam cawan yang berisi campuran buah-buahan kering tersebut.
Minuman ini biasanya mempunyai rasa yang manis secara semula jadi daripada buah-buahan kering, wangi, dan dipercayai mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan serta menyegarkan badan. Semoga bermanfaat.
0 Comments